BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Saya memang degil, doktor kata okey’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
elaine-kang.jpg

TIDAK jadi tarik diri, penyanyi Elaine Kang sedia meneruskan persaingan dalam GV12 namun keadaannya harus sentiasa dipantau doktor peribadi yang menemaninya sepanjang persembahan.

‘Saya memang degil, doktor kata okey’ SHAH ALAM – Kalau hendak seribu daya. Perumpamaan tersebut tepat menggambarkan situasi yang dihadapai penyanyi senior, Datuk Elaine Kang yang nekad meneruskan kemaraan dalam program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) meskipun berdepan dua masalah kesihatan termasuk penyakit jantung dan telinga berdesing atau tinnitus.

Bahkan, Elaine, 60, mengaku degil dan tidak mendengar nasihat doktor yang memintanya untuk berehat.

“Ya, memang saya degil! Saya tidak jadi tarik diri. Buat masa ini doktor kata okey sahaja dan tidak halang kerana tahu saya seorang penghibur dan suka berada di atas pentas.

“Dalam masa yang sama saya harus mengikut setiap nasihat doktor. Syukur kerana ramai sayangkan saya. Apa yang boleh saya beri kembali adalah suara dan persembahan di atas pentas,” katanya.

Selepas nekad untuk terus bertanding Elaine juga mengambil langkah selamat apabila doktor peribadinya turut berada dalam Dewan Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap minggu bagi memantau tahap kesihatannya.

“Memang setiap minggu ada doktor ‘stand by’ dalam dewan itu. Dia memantau dengan melihat mata saya di skrin. Jika nampak saya nampak penat atau ada sesuatu yang tidak kena dia akan tahu.

“Dia juga memesan agar saya tidak terlalu memaksa diri, tapi sebagai penyanyi paling penting bagi saya adalah menghiburkan peminat,” tuturnya.

Menyentuh tentang persembahannya, meskipun baru minggu ketiga Elaine sudah dikenali sebagai penyanyi yang memiliki citarasa tersendiri terhadap fesyen, malah sanggup mengayakan busana daripada koleksi peribadinya.

Pada minggu kedua, berat pakaiannya yang digayakan mencecah hampir 10 kilogram , manakala pada minggu ini busana unik berwarna putih memiliki berat lima kilogram.

“Semuanya baju saya dan sudah ada dalam koleksi peribadi bukannya baju baru pun. Doktor ada membebel kerana baju berat, tetapi saya tetap mahu pakai untuk tatapan peminat,” luahnya yang terus bersaing pada minggu depan.

Terdahulu, pada minggu kedua GV12 Elaine memberi bayangan mahu menarik diri kerana masalah kesihatan yang dialami.

Selepas tiga minggu bersiaran GV12 masih belum membuat sebarang penyingkiran dan minggu hadapan adalah minggu kolaborasi bersama penyanyi jemputan. – KOSMO! ONLINE.
==============================
Alahai Mak Elle ni degil2 jugak, tapi konon doktor kata okey. Maklumlah dah biasa glemer kan, malas2 nak berenti buat show. Tengok IG dia sempat lagi berfesyen baju berat2, kuat betul!

 
Back
Top
Log in Register