BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Kalau kenen-kenen buat orang hilang resah, saya okey’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
WhatsApp-Image-2026-03-06-at-1.10.57-PM.jpeg

QUE mengakui hubungganya dengan Fzzura hanyalah sebagai sahabat.

‘Kalau kenen-kenen buat orang hilang resah, saya okey’

KUALA LUMPUR – Pelakon Que Haidar menegaskan status hubungannya dengan aktres, Nur Fazura hanya sekadar sebagai sahabat lama yang menjalankan sebuah kempen raya bersama.

Menurut Que atau Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 46, dia bagaimanapun mengakui masih berasa segan setiap kali berhadapan aktres berkenaan kerana berasakan dirinya kerdil dalam industri seni kerana sudah lama tidak aktif dalam dunia lakonan.

“Memang kami bersahabat. Fazura ialah sahabat lama yang sudah lama saya tidak berjumpa, kami juga sertai industri ini dalam tempoh yang lebih kurang sama.

“Bila jumpa semula, mestilah ada rasa malu-malu dan segan. Maklumlah saya sudah lama meninggalkan industri.

“Kadang-kadang saya terfikir juga, ‘wow, besarnya nama awak sekarang’, sedangkan saya rasa nama saya kecil sahaja,” katanya ketika ditemui pada sidang media program Raya Astro 2026 di sini, semalam.

Ditanya mengenai reaksi peminat yang seperti merestui sekiranya hubungan mereka melangkah ke fasa lebih serius, dia enggan terlalu mengambil serius perkara tersebut.

“Kalau orang gembira, alhamdulillah. Kalau perkara ‘kenen-kenen’ ini boleh buat orang hilangkan keresahan atau stres mereka, saya okey sahaja.

“Kita tidak perlu fikir terlalu berat. Kalau saya beratkan, pasti akan jadi berat.

“Kalau saya ringankan, ia jadi ringan. Jadi saya layan sahaja,” katanya lagi.

Terdahulu, kemesraan hubungan Que dan Fazura menjadi bualan ramai selepas kedua-duanya dilantik sebagai duta dan bekerjasama mempromosikan sebuah jenama tesktil tempatan.

Lebih menghangatkan spekulasi, dia juga pernah menghadiahkan sejambak bunga mawar kepada Fazura selain mereka turut dilihat mengunjungi bazar Ramadan bersama baru-baru ini.

Hubungan mesra mereka itu membuatkan ramai mula ‘menjodohkan’ pasangan sahabat itu selain tercetus tanda pagar #QuelaFaz. – KOSMO! ONLINE

==============================

Haha, Que ni kan suka2 je buat speku. Tak payah over2, chill je lah. Fazura lak baru post gambar ootd kat IG, steady je.. drama free katanya. Janji enjoy je, tak perlu stress beb! 😆

 
Back
Top
Log in Register