BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Keseronokan di set sudah lama hilang, rasa resah’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
TIZ-Zaqyah-1.jpg

TIZ Zaqyah kini mengambil keputusan untuk berehat daripada karier lakonan buat sementara waktu.

"‘Keseronokan di set sudah lama hilang, rasa resah’" PETALING JAYA – Agak menyepi daripada kemeriahan dunia hiburan, pelakon Tiz Zaqyah kini dalam proses untuk merehatkan karier lakonannya buat sementara waktu.

Tiz atau nama penuhnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 38, berkata, keputusan tersebut diambil kerana sudah hilang keseronokan untuk berada di set penggambaran.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku, saya cuma rasa tidak mahu berada di set penggambaran lagi.

“Keseronokan itu sudah lama hilang dan saya hanya rasa keresahan serta tidak sabar untuk pulang ke rumah,” katanya dalam platform Threads.

Tidak berkongsi punca secara terperinci, dia bagaimanapun tidak akan meninggalkan kerjaya seni buat selama-lamanya dan bakal muncul semula tidak lama lagi.

“Saya akan kembali tidak lama lagi, insya-Allah.

“Saya rasa telah hilang minat dalam berlakon sebelum ini. Terlalu banyak perkara, mungkin diri saya saja,” ujarnya.

Sementara itu, rata-rata peminatnya berharap Tiz mengambil tempoh tersebut untuk berehat sebelum kembali aktif dalam dunia lakonan. – KOSMO! ONLINE

==============================
Ala Tiz, kadang-kadang hidup ni kenalah ada rehat2 sikit. Kalau dah tak seronok, memang better chill and recharge je. Tengok IG dia, post tenang2 je, harap lepas ni energize balik la. 😊✌️

 
Back
Top
Log in Register