BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Saya kena kurus, kena yakinkan audiens’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
REMY-ISHAK.jpeg

Remy terpaksa keluar dari ‘gua’ selepas mengumumkan hasrat mahu berhenti berlakon buat seketika disebabkan Khadam.

‘Saya kena kurus, kena yakinkan audiens’ OGOS lalu, pelakon Datuk Remy Ishak mengumumkan mahu berehat seketika daripada dunia lakonan untuk memberi tumpuan kepada anak lelakinya, Tuah Alam.

Namun, kurang sebulan selepas kenyataan itu, aktor berusia 43 tahun tersebut tampil dengan pengumuman bakal beraksi dalam filem seram Khadam arahan Shamyl Othman.

Jelas Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, kekuatan skrip dan tawaran bergandingan dengan aktres Indonesia, Aghniny Haque, membuatkan dia menarik balik keputusan berehat ‘seketika’.

“Saya terlalu tertarik dengan skrip Khadam sehingga tidak boleh berhenti membaca. Jadi saya tarik balik keputusan untuk berehat dan saya mahu main (berlakon) filem ini.

“Lagipun saya tidak tahu bila lagi akan berpeluang terlibat dengan produksi hebat Red Comms dan Komet.

“Apalagi apabila diberitahu heroin saya ialah Aghniny Haque, saya terus setuju,” katanya pada sidang media pengumuman pelakon dan pasukan produksi filem Khadam.

Faktor utama

Mengulas lanjut, Remy berkata, faktor utama dia kembali berlakon adalah kekuatan jalan cerita filem tersebut.

“Jalan cerita. Bukan nak kata cerita yang ada di Malaysia kurang berkualiti tapi saya rasa ini macam tahap lain.

“Saya biasa dapat tawaran dan biasa tengok cerita-cerita seram yang ditayangkan di Malaysia.

“Tapi Khadam ini penulisan dan kualitinya memang lain. Cara pembikinan pun agak menarik juga sebenarnya,” ujarnya lagi.

Berkongsi mengenai rakan gandingannya, Remy mengenali Aghniny selepas melihat lakonannya dalam filem Tuhan, Izinkan Aku Berdosa yang dicadangkan isterinya.

“Isteri saya yang cadangkan untuk tengok sebelum saya dapat peluang berlakon bersama.

“Isteri saya cakap bagus dia (Aghniny) berlakon. Saya pun tengok memang bagus tapi ‘daring’ juga Indonesia buat begini.

“Dapat rezeki berlakon dengan dia , bukan selalu terutama dari segi skrip, saya ada juga pengarah yang bagus. Redcomm pun menghasilkan banyak filem berkualiti,” jelasnya.

Selain itu, Remy turut mendedahkan perlu menurunkan berat badan daripada 85 kilogram (kg) kepada 79kg dalam masa beberapa minggu sebelum penggambaran bermula 16 September lalu.

“Sekarang sedang jaga makan. Saya ambil daging dan ikan tapi karbohidrat tak makan.

“Nasi pun saya elakkan sebab umur 43 tahun ini metabolisme dah susah (turun berat). Kalau saya ‘workout’ macam mana pun memang susah.

“Tambah pula dapat watak tahun 1950-an, memang saya kena kurus. Saya kena menyakinkan audiens juga,” ujarnya lagi.

Khadam arahan Shamyl Othman mengisahkan Melor (Aghniny) yang terpaksa mewarisi saka keluarga, pewarisan spiritual gelap dan mistik selepas kematian ibunya.

Apabila saka tersebut mula menguasai hidupnya, Melor terdesak ‘berlumba’ dengan waktu untuk menyelamatkan anak perempuannya daripada mewarisi entiti hitam tersebut.

Khadam bukan hanya sebuah filem seram, lebih menarik lagi karya berkenaan tetapi sebuah penerokaan penuh emosi mengenai cabaran keibuan dan pilihan yang harus diambil demi seorang anak.
==============================
Haa, Remy. Kata nak berehat, tapi terima tawaran filem lain pulak. Konon2 skrip power la, padahal kan $$$ je. Dengar dia sibuk workout bagai, adoi apa pun, janji kurus kan? Haha, khusyuk kurus, good luck je lah! 😏

 
Back
Top
Log in Register