BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Hati-hati, scammer guna gambar saya yakinkan pelabur’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

‘Hati-hati, scammer guna gambar saya yakinkan pelabur’​

aaron-aziz-2.jpeg

AARON berkata tindakan jahat scammer yang mengaut keuntungan dengan mudah dengan menggunakan nama artis memberi kesan buruk terhadap industri kreatif.- SYAKIR RADIN

‘Hati-hati, scammer guna gambar saya yakinkan pelabur’ KUALA LUMPUR – Nama selebriti dijadikan modal memancing pelabur, pelakon Datuk Aaron Aziz berharap pihak berkaitan membuat semakan sebelum menyatakan persetujuan menyuntik dana bagi pembikinan filem yang belum tentu kesahihannya.

Aaron, 50, berkata, insiden serupa pernah berlaku kepadanya apabila ada individu mendakwa menjalin kerjasama dengannya bagi meyakinkan pelabur mengeluarkan dana, sedangkan tiada sebarang perjanjian dimeterai antara mereka.

“Sebenarnya baru-baru ini ada pihak mengajak saya berjumpa untuk membincangkan projek besar. Mereka ambil gambar ketika perbincangan tetapi kemudian senyap. Tiba-tiba ada orang datang kepada saya maklumkan dia sudah melabur dalam projek itu.

“Saya terkejut kerana memang saya tidak tahu-menahu tentang perkembangan lanjut berkenaan hasil perjumpaan tersebut.

“Rupa-rupanya pihak terbabit menggunakan gambar bersama saya untuk meyakinkan pelabur kononnya saya sudah bersetuju sedangkan perkara itu tidak pernah berlaku,” katanya ketika ditemui pada tayangan perdana drama bersiri Bidadari Tanpa Syurga, semalam.

Mengakui terkilan dengan penipuan secara terang-terangan itu, Aaron berkata, tindakan jahat scammer yang mengaut keuntungan dengan mudah itu memberi kesan buruk terhadap industri kreatif.

“Penipuan sebegini bukan hanya memburukkan nama artis dan merugikan pelabur, malah turut menjejaskan perkembangan industri perfileman.

“Siapa yang akan rugi andai pelabur sudah hilang kepercayaan untuk menyuntik dana bagi menghasilkan lebih banyak filem baharu?,” ujarnya.

Mengakui perkara sedemikan sukar dibendung, pelakon filem Sheriff: Narko Integriti itu berharap semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat pemeriksaan terperinci sebelum membuat urusan.

“Kes seperti ini sentiasa berlaku kerana scammer sangat licik dan menggunakan pelbagai cara untuk memperdayakan mangsa, Jadi kita sendiri perlu buat semakan,” katanya.

Sementara itu, mengenai Bidadari Tanpa Syurga terbitan Viu Original dan Global Station, katanya watak Azlan antara karakter berat pernah dilakonkannya kerana banyak bermain emosi.

“Dari segi luaran karakter Azlan nampak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua rumah tangga yang baik terutama terhadap isterinya, Farhah lakonan Nadiya Nisaa.

“Cuma sepanjang 12 episod penonton dapat tengok warna sebenar Azlan dan dalam drama ini memang banyak air mata tumpah,” katanya mengenai Bidadari Tanpa Syurga yang disiarkan di platform Viu bermula hari ini. – KOSMO! ONLINE
==============================
Adoi Aaron, gambar kena tipu plak! 😅 Memang ligat betul scammer zaman sekarang. Harap next time lebih berhati-hati la kan. Tapi kesian jugak, bila drama, semua penuh emosi, banyak air mata katanya. 😜

 
Back
Top
Log in Register