BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Jika hati disakiti, saya tidak simpan dendam’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

‘Jika hati disakiti, saya tidak simpan dendam’​

Juliana-Evans.jpg

JULIANA kini tidak lagi berasakan seiapa yang hadir di sisi akan bersama sampai ke penghujung, ada yang hanya ditakdirkan untuk separuh jalan sahaja.

"‘Jika hati disakiti, saya tidak simpan dendam’" PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara, Juliana Evans mengakui semakin matang dalam menilai hubungan apabila memilih untuk tidak lagi mempersoalkan kehadiran atau ketiadaan seseorang dalam hidupnya.

Juliana atau nama sebenarnya, Juliana Sophie Johari Evans, 36, berkata kini dirinya lebih memberikan fokus terhadap keluarga, kerjaya serta hubungan persahabatan yang terjalin secara ikhlas.

“Saya sudah sampai ke tahap dalam hidup di mana saya tidak ambil peduli tentang sikap berdiam diri seseorang.

“Orang datang dan pergi, itu tidak mengapa. Fokus saya adalah pada hal lebih penting iaitu keluarga, kerjaya dan hubungan yang saling menghargai,” katanya dalam hantaran di Threads.

Ibu kepada dua anak itu mendedahkan antara kekuatan terbesar dimiliki adalah mengetahui masa tepat untuk berundur daripada individu yang memberi kesan negatif.

Kata Juliana, meskipun pernah berbuat baik kepada seseorang, juga dia tidak membalas dendam sekiranya hati disakiti.

“Salah satu kekuatan terbesar saya adalah mengetahui bila masa untuk pergi.

“Jika saya sudah menunjukkan kebaikan kepada seseorang tetapi dia memilih untuk menyakiti saya, saya tidak akan balas, menyimpan dendam atau menyindir dalam media sosial.

“Saya hanya menjauhkan diri serta menyerahkan selebihnya hanya kepada Tuhan,” ujarnya.

Begitupun, luahan berkaitan nilai persahabatan itu tidak ditujukan kepada mana-mana individu, sekadar dikongsikan secara umum.

Hantaran itu juga meraih reaksi positif dalam kalangan netizen yang menyifatkan perkongsiannya melambangkan kematangan dan ketenangan menjalani kehidupan.

“Dahulu saya fikir kehilangan seseorang merupakan perkara buruk. Kini saya percaya ada sesetengah orang hanya ditakdirkan untuk menemani sebahagian perjalanan hidup kita, bukannya kekal ke penghujung,” tulis seorang pengikutnya. – KOSMO! ONLINE.

==============================

Ala, kak Juliana ni suka2 post deep2, buat kita rasa nak reflective gitew. Makin matang la kan, malas2 nak layan drama sambil2 jaga famili. Teruskan kak! Gitu je la. 🙃

 
masih lawa.. agak2 zizang nok dok?
 
Back
Top
Log in Register