afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,229
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,229
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
‘Sabar ada batas’, PAS nilai semula kerjasama dengan Bersatu, kata Hadi
Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata parti itu tidak mahu tergesa-gesa membuat keputusan dan memilih untuk mengambil pendekatan berhati-hati, namun menegaskan kesabaran parti itu ada batasnya.
Beliau berkata, penilaian menyeluruh dari semua aspek sedang dilakukan terhadap hubungan kedua-dua parti dalam Perikatan Nasional (PN) berdasarkan pengalaman pilihan raya sebelum ini.
Menurutnya, PAS tidak mahu tergesa-gesa membuat keputusan dan memilih untuk mengambil pendekatan berhati-hati, namun menegaskan kesabaran parti itu ada batasnya.
“Kita akan lihat satu persatu perkembangan selepas ini.
“Kita bersabar, bukan kecewa, tetapi sabar itu ada batas,” katanya selepas menyampaikan Kuliah Dhuha di Rusila, menurut Utusan Malaysia.
Tambahnya, semua sudut akan dinilai termasuk impak positif dan negatif terhadap kerjasama sedia ada.
