BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muktamar Pemuda Dungun minta pimpinan PAS nilai semula hubungan dengan Bersatu

afwan83

Active+ Member
Messages
3,228
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,228
Reaction score
12
Points
25

Muktamar Pemuda Dungun minta pimpinan PAS nilai semula hubungan dengan Bersatu​

d6aa19e2-sanusi-md-nor-ajk-pas-pusat-mb-kedah-6.jpg

Usul minta PAS nilai semula hubungan politik dengan Bersatu lulus secara sebulat suara pada muktamar Pemuda Dungun semalam.

Permintaan itu berdasarkan beberapa perkembangan mutakhir, yang menurut usul itu “merugikan perjuangan rakyat dan melemahkan kekuatan gerakan pembangkang”.

Usul dikemukakan Pemuda PAS Dungun itu lulus dengan sebulat suara, semalam.

Suatu kertas dilihat FMT menyenaraikan beberapa asas bagi usul itu, mendakwa Bersatu di Dungun dilihat semakin lemah, dan “gagal membantu memperkukuhkan kekuatan politik PAS serta PN di kawasan”.

Ia turut menyentuh mengenai tindakan Bersatu memecat beberapa Ahli Parlimen, mendakwa keadaan itu “akhirnya melemahkan kuasa rakyat dan menyebabkan suara rakyat semakin tenggelam”.

Justeru, katanya PAS perlu kembali menjadi teras utama perjuangan rakyat, “tanpa bergantung kepada mana-mana pihak yang tidak lagi membawa kekuatan serta manfaat kepada perjuangan Islam dan rakyat”.

Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat, Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi, mengesahkan perkara ini ketika dihubungi.

“Dungun bukan kawasan yang pertama (buat usul nilai semula hubungan dengan Bersatu). Saya dimaklumkan bahawa Pemuda di Selangor ada membuat usul yang lebih kurang sama,” katanya.

Tengku Muhammad Fakhruddin tidak mengulas lanjut, menerangkan keputusan akhir di tangan majlis syura ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat.

Usul ini berlatarkan amaran Presiden Hadi Awang kepada Bersatu, pada Jumaat.

Hadi memberi amaran kepada Bersatu bahawa kesabaran ‘ada batas’ setelah PAS “mengkaji satu persatu tindakan Bersatu”, mengambil contoh situasi politik di Negeri Sembilan dan Perlis, serta pendirian berkenaan usaha membawa masuk parti tertentu ke dalam PN.
 
Justeru, katanya PAS perlu kembali menjadi teras utama perjuangan rakyat, “tanpa bergantung kepada mana-mana pihak yang tidak lagi membawa kekuatan serta manfaat kepada perjuangan Islam dan rakyat”.
 
Aku sgt setuju dgn kenyataan di atas. Mmg PAS x betah utk berkoalisi dgn mana2 pihak sbb PAS x mungkin compatible dgn mana2 parti pun.

PAS mmg patut bergerak solo, baru boleh bawq agenda nk Islamkan Perlembagaan ikut acuan PAS, sbb parti2 lain mmg sekadar nk kekalkan status quo.
 
Back
Top
Log in Register