BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Isteri hidap barah mata, hati, selalu muntah darah’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

‘Isteri hidap barah mata, hati, selalu muntah darah’​

NAZREY.jpg

SELAIN sibuk dengan konsert, Nazrey juga sedang berusaha merawat penyakit barah yang dihadapi isterinya.

‘Isteri hidap barah mata, hati, selalu muntah darah’ KUALA LUMPUR – Positif dan menaruh harapan tinggi, penyanyi nasyid Nazrey Johani yakin isterinya yang baru disahkan dua jenis kanser mata dan hati akan mempunyai peluang cerah untuk kembali sembuh jika mendapat rawatan yang tepat.

Menurut Nazrey atau nama lengkapnya Nazrey Johani, 55, tahap barah yang dihidapi isterinya masih di peringkat awal dan setakat ini dia merancang untuk melakukan rawatan di Guangzhou, China.

“Isteri saya baru sahaja disahkan menghidap barah hati dan mata minggu lalu. Sebenarnya dia sudah lama sakit. Selalu muntah darah.

“Bila saya bawa ke klinik, doktor minta saya bawa isteri ke hospital. Selepas melakukan pemeriksaan, akhirnya doktor sahkan isteri saya menghidap barah.

“Jadi saya merancang jika diberikan rezeki saya mahu bawa isteri buat rawatan di Guangzhou.

“Kebetulan isteri sahabat saya iaitu Syamsul dari kumpulan The Zikr turut menghidap barah dan mendapat rawatan di sana,” katanya ketika ditemui pada majlis doa selamat Rayhan Syukur 26, di Publika, semalam.

Tambahnya lagi, hospital di Guangzhou menggabungkan teknologi rawatan moden dan tradisional.

“Isteri Syamsul daripada tak boleh berjalan, sampai dah boleh berjalan sekarang. Di sana mereka fokus kepada barah yang dihidapi.

“Contohnya kalau barah hati, mereka fokus kepada barah hati. Mereka tak buat rawatan untuk seluruh tubuh badan. Mereka akan rawatan satu persatu.

“Saya sendiri kalau ada rezeki, mahu bawa isteri untuk dapatkan rawatan di sana,” jelasnya.

Menariknya kata Nazrey, pihak hospital di sana mencadangkan agar Syamsul dan kumpulan The Zikr melakukan konsert amal untuk mengumpul dana rawatan.

“Kali pertama Syamsul pergi ke sana, dia beritahu saya kalau tak ada duit pihak hospital akan beri idea macam mana untuk cari duit untuk bayar kos rawatan.

“Saya pun baru sahaja dapat panggilan daripada Syamsul beritahu ada projek baru untuk buat konsert mengumpul dana untuk sakit kanser. Insya-Allah kita akan usahakan,” kongsinya.

Dalam perkembangan lain, Nazrey akan muncul dalam sebuah konsert bersama kumpulan The Rayhan tidak lama lagi selepas 20 tahun tidak melakukan konsert. – KOSMO! ONLINE.

==============================

Aduh, Nazrey rajin betul usaha bantu isteri dia. Sadis juga bila fikir pasal barah ni. Anyway, last IG post dia pun tengok happy je dia pegang mic. Semoga konsert tu betul2 meletoplah!

 
Back
Top
Log in Register