BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saya ingatkan peluh, rupa-rupanya darah – Niezam Zaidi

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

Saya ingatkan peluh, rupa-rupanya darah – Niezam Zaidi​

photo-output-13.jpeg

Kening Niezam Zaidi terkoyak selepas terkena pistol yang terlepas daripada tangan rakan gandingannya, Adam Corrie demi menjayakan babak filem terbaharu, Orang Perang.

Saya ingatkan peluh, rupa-rupanya darah – Niezam Zaidi" NIAT mahu menjayakan babak aksi dalam filem terbaharu, Orang Perang, bertukar cemas apabila kening pelakon Niezam Zaidi terkoyak selepas terkena pistol yang terlepas daripada tangan rakan gandingannya, Adam Corrie.

Niezam atau Mohd Niezam Mohd. Zaidi, 34, berkata, insiden berlaku ketika mereka sama-sama menjalani penggambaran babak letupan pyro sebelum pistol prop itu tersasar dan mengenai bahagian keningnya.

“Kening saya koyak, ketika itu babak letupan pyro berlaku dan pistol itu terlepas lalu terkena kening saya.

“Saya ingatkan peluh, tetapi rupa-rupanya darah. Semua orang suruh saya ke hospital, tetapi saya tidak mahu. Kami berhenti sekejap bersihkan luka, kemudian sambung shooting,” katanya ketika ditemui pada pelancaran trailer, poster dan runut bunyi filem Orang Perang.

Menurut Niezam, meskipun pasukan perubatan yang berada di lokasi memintanya ke hospital, dia memilih terus berada di set dan hanya menyapu ubat gamat pada luka berkenaan.

“Memang ada pasukan medik, siap bawa pengusung untuk saya. Tapi  kalau saya pergi, macam mana dengan kawan lain sebab mesti babak itu terpaksa dihentikan.

“Saya cuma mahu kekalkan tenaga dan semangat semua orang di lokasi. Syukur luka tak dalam, jadi selepas itu kita sambung sahaja kerja,” ujarnya.

Bersemangat menyambung cerita, Niezam menambah, seorang lagi pelakon, Ammar Alfian, juga mengalami kecederaan ketika menjayakan sebuah babak pertarungan apabila matanya yang terkena pinggan berubah menjadi kemerah-merahan.

“Kami lakukan babak bergaduh sebelum tiba-tiba pinggan terkena mata Ammar. Mata dia terus merah dan kebetulan adegan seterusnya memerlukan matanya merah. Ada hikmah di sebalik insiden yang berlaku,” katanya.

Filem arahan Hashim Rejab itu mengisahkan perjuangan berani pasukan elit Orang Asli menentang komunis berlatarkan tahun 1950-an ketika zaman darurat di Tanah Melayu.

Naskhah yang turut dibarisi Syazwan Zulkifly, Josiah Hogan, dan Fauzi Nawawi tersebut dijadualkan tayangan pada 1 Oktober ini.

Pada masa sama, Niezam yang membawakan watak Bah Tangga iaitu tentera Senoi Praaq teruja apabila dia turut bertindak sebagai penyanyi lagu runut bunyi naskhah berkenaan.

Lagu Sumpah Leluhur ciptaan Achoi Floor 88 yang bertemakan kerinduan, pengorbanan dan semangat perjuangan menampilkan gandingan vokalnya bersama Elly Langkasuka yang merupakan vokalis kumpulan Langkasuka.

“Memang banyak pengalaman manis membintangi filem ini. Selain bawa watak pejuang, saya diberikan amanah menyampaikan lagu runut bunyi. Pertama kali rakamkan lagu. Saya teruja.

“Dendangan ini menghubungkan pengalaman mereka yang berada di medan perang dengan perasaan insan yang menunggu kepulangan orang tersayang,” katanya.

Berharap filem baharunya itu meraih sambutan, bagi Niezam naskhah epik perjuangan merupakan karya penting untuk menyuntik semangat kenegaraan selain menghargai keamanan pertiwi.
==============================
Adoi bang Niezam, kalau dah berdarah tu pi lah hospital, tak macho dah kening koyak tu! Dah viral kat IG pun, semangat betul dia shooting sampai luka-luka pun tak kisah. Ada hikmah ke kalau kena marah kat hospital nanti? Sihat2 bang.

 
Back
Top
Log in Register