BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Ingatkan dah arwah, rupanya saya masih hidup’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
WhatsApp-Image-2026-02-15-at-12.24.45-PM.jpeg

ZAHIRIL berkata harapannya adalah orang ramai mendoakan kesejahteraan dirinya serta mampu terus mencari rezeki untuk keluarga.

‘Ingatkan dah arwah, rupanya saya masih hidup’" PETALING JAYA – Poster kematian kembali tular, pelakon Zahiril Adzim tidak melatah sebaliknya menyedari hebahan berkenaan adalah mengenai watak Falah lakonannya dalam drama Andai Tiada Dia.

Zahiril atau nama sebenarnya, Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 42, berkata, harapannya adalah orang ramai mendoakan kesejahteraan dirinya serta mampu terus mencari rezeki untuk keluarga.

“Terkejut, ingatkan saya dah arwah, rupanya masih hidup lagi. Nasib baik saya tengok nama betul-betul. Kalau tak, mesti saya dah percaya dengan ‘post’ ini.

“Tak apalah, alang-alang saya masih hidup ini, doakan saya ya semua. Semoga saya sentiasa sihat untuk cari reda Allah dan rezeki untuk keluarga,” katanya dalam Threads.

Perkongsian tersebut dilakukan sebagai maklum balas terhadap hantaran seorang individu yang memuat naik poster hitam putih lengkap dengan wajah aktor terbabit bersama ucapan takziah.

Walaupun dengan nama wataknya, Falah Yusof dalam drama bersiri 36 episod yang mencetuskan fenomena dua tahun lalu, perkara tersebut tetap mencetuskan kekeliruan netizen.

Hantaran berkenaan meraih pelbagai komen pengguna laman sosial yang kagum dengan reaksi tenang Zahiril walaupun disangka sudah meninggal dunia.

“Saya terkejut sampai terbeliak mata. Janganlah buat posting macam ini. Sumpah tak lawak,” ujar seorang pengguna laman sosial.

Sekitar dua tahun lalu, Andai Tiada Dia lakonannya bersama Ummi Nazeera yang sarat emosi meninggalkan impak luar biasa buat penonton.

Bagaimanapun, perjalanan watak Falah sampai ke penghujungnya apabila dia meninggal dunia akibat kanser sehingga penonton banjir air mata.

Berikutan kematian karakter tersebut, ketika itu muncul banyak hantaran di media sosial yang meluahkan kesedihan mereka. – KOSMO! ONLINE
==============================
Adoi Zahiril, nasib watak je kan? Harap takde yang terkejut sangat. Check2 la status sebenar dulu sebelum percaya bulat2, lepas tu nangis over pulak. Kelakar betul! 😆

 
Back
Top
Log in Register