BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Igauan hilang sokongan’, Wan Fayhsal bidas dakwaan Wawasan kawal PN

afwan83

Active+ Member
Messages
3,224
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,224
Reaction score
12
Points
25

‘Igauan hilang sokongan’, Wan Fayhsal bidas dakwaan Wawasan kawal PN​

f67400cf-interview-with-yb-wan-ahmad-fayhsal-wan-ahmad-kamal-fmt-hq-220420255.jpg

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan hubungan baik antara pimpinan parti komponen PN sentiasa wujud melainkan dengan Bersatu.

Ketua Penerangan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata keanggotaan Wawasan dalam gabungan itu jauh lebih kecil berbanding PAS.

“Ringkasnya, ini dakwaan malas dan tidak berasas daripada seseorang yang jelas hilang sokongan daripada PN.

“Saya tidak faham bagaimana beliau boleh membuat dakwaan sebegitu. Sebenarnya ini igauan yang Bersatu tak faham,” katanya kepada FMT.

Kenyataan itu menyusul dakwaan Naib Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, Wawasan mempengaruhi setiap keputusan dibuat pimpinan PN.

Sementara itu, Wan Fayhsal menegaskan hubungan baik antara pimpinan parti komponen PN sentiasa wujud, melainkan dengan Bersatu.

Katanya, Bersatu menjadi pengecualian kerana parti itu didakwa kerap melanggar pelbagai keputusan dan ‘garis merah’ terutama yang melibatkan PAS.

“Jadi, sudah tentulah apa yang telah diputuskan oleh PAS itu sesuatu yang jelas. Bersatu ini ibarat peribahasa ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’,” katanya.

Sebelum ini, Presiden PAS Hadi Awang dilaporkan mendakwa Bersatu secara automatik terkeluar daripada PN tanpa memerlukan surat rasmi mahupun keputusan jawatankuasa memandangkan parti itu mengumumkan pembentukan gabungan baharu.

Katanya, tindakan menyertai atau menubuhkan blok politik lain secara sendirinya menghentikan keahlian sesebuah parti mengikut prinsip perlembagaan PN.

Namun, Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar berkata Bersatu masih kekal anggota gabungan.
 
Back
Top
Log in Register