BTC USD 75,615.1 Gold USD 4,283.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Gelaran ratu cantik kekal sampai kubur, tapi bertanding lagi, tidak’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

‘Gelaran ratu cantik kekal sampai kubur, tapi bertanding lagi, tidak’​

Shweta.jpg

BEKAS Ratu Cantik Malaysia, Shweta kini serius menjadikan lakonan sebagai karier dan enggan lagi menyertai mana-mana pertandingan ratu cantik.

‘Gelaran ratu cantik kekal sampai kubur, tapi bertanding lagi, tidak’ KUALA LUMPUR – Pelakon jelita Shweta Sekhon mengakui sudah menutup lembaran dunia pertandingan ratu cantik dan tidak berhasrat untuk kembali menyertai mana-mana pertandingan pada masa hadapan.

Bukan merajuk, pemegang gelaran Miss Universe Malaysia 2019 itu sebaliknya memilih bidang lakonan sebagai kerjaya sepenuh masa dan mahu terus fokus mengukuhkan kariernya sebagai seorang pelakon.

“Gelaran ratu cantik Malaysia akan sentiasa kekal bersama saya hingga ke kubur. Tetapi untuk kembali menyertai pertandingan ratu cantik, sama sekali tidak.

“Kini fokus utama saya adalah bidang lakonan,” katanya ketika ditemui di set penggambaran Keluang Man The Series, di sini, baru-baru ini.

Tambah pemilik nama lengkap Shwetajeet Kaur Sekhon, 28, ini lagi, pertandingan ratu cantik pada masa kini tidak lagi sama seperti ketika era sebelum COVID-19 melanda dunia.

“Pertandingan ratu cantik sekarang agak berbeza. Banyak perubahan yang berlaku. Jika saya kembali, saya hanya akan menjejaskan reputasi baik saya sebelum ini.

“Ketika zaman saya, saya mengenali kesemua 92 peserta dari setiap negara yang bertanding. Kumpulan Whatsapp kami masih aktif sehingga hari ini.

“Tetapi zaman sekarang, jika peserta boleh ‘blend’ dalam media sosial, baru mereka berkawan. Tiada ‘bonding’ di antara peserta,” jelasnya.

Namun kata anak jati Kuala Lumpur ini, dia tetap berterima kasih dengan dunia ratu cantik kerana telah membina keyakinannya dan menjadi platform untuk dia lebih dikenali ramai.

Sejak beralih ke bidang lakonan, Shweta semakin aktif membintangi drama dan filem tempatan. Antara karya yang melonjakkan namanya termasuk filem Keluang Man dan drama Paksu Ammara. KOSMO! ONLINE

==============================

Alaaa Shweta ni macam2 lah dia ni. Dulu Miss Universe pastu dah jadi pelakon plak. Kat IG asyik upload gambar cantik je, fokus drama baru dia tu konon! Haha tapi watak dulu2 tu okay je lah. 😏

 
Back
Top
Log in Register