BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Miss World 2026: Ratu Malaysia raih tempat ketiga

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,120
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,120
Reaction score
346
Points
141

Miss World Malaysia Taanusiya Chetty Curi Tumpuan Berucap Dalam Empat Bahasa​

68f9a69f8f23804ee4e1e56fc3f4ae586a8c42580e589

Taanusiya Chetty

Miss World Malaysia Taanusiya Chetty mencuri perhatian ramai selepas videonya berucap dalam empat bahasa, iaitu bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil tular menerusi media sosial.

“Satu yang mahu saya pesan, iaitu bukan tentang sejauh mana kita boleh mengubah dunia tetapi sejauh mana anda mampu menjadi perubahan itu. Jangan tunggu dunia berubah, jadilah perubahan … itulah semangat yang perlu ada pada Miss World,” katanya dalam klip Head-to-Head Challenge pada pertandingan Miss World pada Ahad.

Taanusiya, 26, mewakili Malaysia pada pertandingan Miss World ke-73 di Vietnam, dan bersaing dengan 86 peserta lain dari seluruh dunia.

Dalam ucapannya, Taanusiya berkongsi kisah yang telah mendorongnya menceburi kerja-kerja sosial, termasuk kehilangan insan tersayang ketika berusia 14 tahun selepas ibunya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan menghadiri pengebumian ahli keluarga.

Pemegang gelaran Miss World Malaysia itu berkata kehilangan itu sungguh memilukan, namun sokongan tidak berbelah bahagi ibu tirinya akhirnya menyuntik inspirasi kepada perjalanan beliau dalam membantu masyarakat.

Pengalaman itu mendorong Taanusiya menceburi bidang pendidikan dan kerja amal dengan menubuhkan Be The Change Malaysia pada 2022, sebelum mendaftarkan organisasi berkenaan secara rasmi sebagai Pertubuhan Suara Perubahan Insan Murni.

Di bawah pertubuhan itu, beliau bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan inisiatif sekolah dalam hospital bagi kanak-kanak Orang Asli, selain mengadakan bengkel seni untuk golongan muda autistik dan mengunjungi pesakit leukemia kanak-kanak.

“Menjelang 2028, saya berharap dapat bekerjasama dengan Pertubuhan Miss World untuk mengembangkan Be The Change Malaysia ke peringkat antarabangsa kerana saya yakin kita boleh  menyelaraskan usaha bagi mencapai matlamat yang dihasratkan.

“Antara yang saya fikirkan sebelum menyertai pertandingan itu adalah untuk memperluas usaha kecerdasan emosi di Kemboja dan Vietnam,” katanya sambil menambah bahawa sejak platform itu dilancarkan, ia telah memberikan manfaat kepada 8,000 kanak-kanak dan mengumpul RM60,000 menerusi program khidmat masyarakat.

 

Miss World 2026 at Dragon Ocean Do Son: Elevating Vietnam's destination profile on the global stage​

pham.jpg

Mr. Pham Minh Hieu, General Director of Van Huong Investment and Tourism Joint Stock Company, the developer of Dragon Ocean Do Son, receives a commemorative medal from the Miss World Organizing Committee.

Hai Phong, Vietnam (ANTARA/PRNewswire)- Running from August 12 to August 20, 2026, the series of events under the 73rd Miss World pageant at Dragon Ocean Do Son International Tourist Area has officially drawn to a close, creating major momentum for Hai Phong's tourism industry. Beyond a global pageant, the journey through the port city served as a vital cultural bridge, introducing a modern, vibrant, and culturally rich Vietnam to an international audience.

Dragon Ocean Do Son impresses with world-class, integrated infrastructure

Dragon Ocean Do Son was officially selected by the 73rd Miss World Organization as the host venue for the entire series of key activities in Hai Phong. The event welcomed nearly 120 global contestants, alongside the Miss World Organization and an extensive delegation of domestic and international press, presenting a rigorous test of operational capacity across luxury hospitality, sports, stage production, and eco-tourism.

Reflecting on the milestone, Mr. Pham Minh Hieu, General Director of Van Huong Investment and Tourism Joint Stock Company, the developer of Dragon Ocean Do Son, emphasized: "Partnering with Miss World 2026 is both a privilege and a vital opportunity to demonstrate our operational capability in hosting world-class events. We aim to go beyond simply providing accommodations or facilities; through every contestant's journey, we want to tell the story of a dynamic, modern Hai Phong that remains deeply connected to its natural beauty and local heritage."

Proactive operational execution, combined with an "all-in-one" integrated ecosystem at Dragon Ocean Do Son, proved instrumental in ensuring the event series ran safely and on schedule while leaving a professional impression on the international Organizing Committee.

A multi-sensory odyssey: from championship golf to eco-adventure and world-class entertainment

On August 14 and 15, the Miss World Organization and Dragon Ocean Do Son successfully executed a diverse array of experiential activities, offering delegates a multifaceted perspective on Hai Phong as a premier destination.

The itinerary began with an exhibition round at Dragon Golf Links, Northern Vietnam's first 27-hole international championship course, built entirely over the sea and designed by Greg Norman Golf Course Design. Set against the panoramic sea and sky of Do Son, the experience highlighted Hai Phong's rising profile as a luxury sports and resort destination.

The journey continued at the Dragon Mangrove Forest, a coastal ecosystem spanning over 282 hectares. Here, delegates planted nearly 200 mangrove trees, reinforcing a message of sustainability and marine conservation. Contestants also immersed themselves in coastal heritage, catching crabs and snails, hand-painting national flags on traditional conical hats (nón lá), and sampling regional OCOP specialties (Bang La jujubes, green bean cakes, and Nui Ngoc tea), offering a genuine encounter with Vietnamese culture, the daily lives and distinctive cuisine of local fishing communities in this port city.

The experiential energy surged at Legend Park, a mythical-themed amusement park where delegates took on nearly 20 state-of-the-art thrill rides. Simultaneously, other contestant groups immersed themselves in the refreshing waters and vibrant atmosphere of Dragon Beach, weaving together an itinerary that seamlessly blended athletics, eco-tourism, culture, and entertainment.

Triumphant execution of Miss World 2026 pageant segments

In addition to destination experiences, Dragon Ocean Do Son successfully hosted several major competition segments of the 73rd Miss World pageant.

The official proceedings commenced on August 13 with the Press Conference & Sash Ceremony at the upscale Dream Dragon Resort. The defining moment arrived as pageant officials presented each contestant with their official country sash. Before the international press corps, donning the national sash marked the formal beginning of their quest for the crown while honoring their role as cultural ambassadors.

On August 17, the newly introduced Head Chef Beauty challenge transformed the culinary spaces at Dream Dragon Resort into a global cultural exchange. Supported by a professional culinary team, contestants collaborated to craft dishes fusing international techniques with signature Vietnamese ingredients.

Finland's Kiia Huutoniemi commended the spirit of teamwork and the rich variety of local produce. Meanwhile, host delegate Le Nguyen Bao Ngoc of Vietnam and her team secured a victory with their refined Lotus Stem Salad with Shrimp and Pork, presenting the subtle flavors of Vietnamese cuisine to the global panel.

The media highlight arrived on the evening of August 18 with the Vietnam Beauty Fashion Fest (VBFF) XVI, which doubled as the pageant's Top Model competition at Dragon Beach Square.

Widely regarded as one of the largest-scale artistic highlights of the event, the beachfront stage harnessed the natural backdrop of the Do Son sunset over open waters as a natural canvas for the collections. Outstanding technical execution, spanning concert-grade acoustics, dynamic lighting, and precise stage management for nearly 120 delegates at Dragon Beach Square, delivered a high-fashion spectacle showcasing world-class runway talent.

On the afternoon of August 19, the Hai Phong leg concluded on a high note with the high-intensity Miss Sport (Sport Challenge).

Nearly 120 delegates tested their endurance on a 1.25 km track run to determine the top qualifiers. The competition reached its peak as the Top 20 advanced to a back-to-back aquatic challenge featuring kayaking (40 m×2) and swimming (40 m). The emotional awards presentation at the Lagoon area celebrated the athletic discipline, resilience, and physical fitness of the global delegates, while showcasing Dragon Ocean Do Son's infrastructure for multi-sport international events.

The Miss World 2026 itinerary at Dragon Ocean Do Son concluded with strong, positive media coverage. By integrating global pageant milestones with real-world destination experiences, from oceanfront golf and mangrove conservation to grand coastal squares, the event successfully positioned Hai Phong as a diverse destination for tourism, ready to host major international cultural and sporting events in the future.

Source: Van Huong Investment and Tourism Joint Stock Company

 

Raih Tempat Ketiga Miss World 2026, Taanusiya Chetty Ulangi Pencapaian 28 Tahun Lepas​

45347e55ba398188d8d32c25420727db6a9c423fa4d62

483216bae52654886da68e4884b50e3a6a9c423613615

Kredit: Taanusiya Chetty

Wakil Malaysia Taanusiya Chetty mengulangi pencapaian negara 28 tahun lepas apabila meraih tempat ketiga pada pertandingan akhir Miss World 2026 yang berlangsung di Nha Trang, Vietnam malam ini.

Juara milik Joheirry Mola Dominguez dari Republik Dominica manakala di tempat kedua Elisabeth Reynes Alabern dari Sepanyol.

Taanusiya, 26, merangkul gelaran utama itu selepas mempamerkan persembahan memukau dan konsisten sepanjang pertandingan yang berlangsung hampir sebulan sekali gus mengetepikan cabaran 110 peserta lain dari seluruh dunia.

Kejayaan tersebut menyamai rekod Lina Teoh yang turut meraih tempat ketiga pada Miss World 1998 sekali gus menjadikan kedua-dua wakil Malaysia itu antara peserta negara dengan pencapaian terbaik dalam sejarah pertandingan berkenaan.

Selain Lina, rekod cemerlang wakil negara sebelum ini turut dicatat oleh Rahimah Orchient Yayah yang mara ke kelompok 10 terbaik pada 1994 manakala Deborah Henry berjaya menempatkan diri dalam kelompok 16 terbaik pada 2007.

Taanusiya, yang mesra disapa Taanu, melayakkan diri ke kelompok enam terbaik selepas memenangi segmen Beauty With A Purpose (BWAP) dengan mengetepikan wakil Zimbabwe Brunette Makanyiso.

BWAP adalah antara pengiktirafan utama Miss World berdasarkan komitmen dan impak projek kemasyarakatan yang dilakukan oleh peserta.

Ketika segmen gaun malam pula, Miss World Malaysia 2024/2025 itu tampil anggun dalam persalinan merah jambu yang diilhamkan oleh pereka fesyen Vietnam Minh Tuan Couture.

Sepanjang pertandingan, Taanusiya mencuri perhatian menerusi keyakinan, keperibadian dan aksi memukau dalam beberapa segmen yang dipertandingkan sebelum berjaya meraih kedudukan di podium.

 

Miss World 2026: Ratu Malaysia raih tempat ketiga​

4B4DC6DC-CD2F-44E1-8E43-B3DAEC86C966-scaled.jpeg


Miss World 2026: Ratu Malaysia raih tempat ketiga VIETNAM – Selepas 28 tahun, Malaysia kembali mengulangi kejayaan di pentas Miss World apabila Taanusiya Chetty berjaya memenangi tempat ketiga dalam pertandingan yang berlangsung di Nha Trang, Vietnam.

Kali terakhir Malaysia mengikut kejayaan dalam pertandingan ratu cantik dunia adalah menerusi kemenangan Lina Teoh pada 1998.

Selain meraih tempat ketiga, Taanusiya juga merangkul gelaran Miss World Asia.

Jelitawan kelahiran Kuala Lumpur itu turut menjadi pemenang bagi anugerah Beauty With A Purpose yang merupakan sebuah projek kebajikan dan kemanusiaan, lebih penting lagi ‘jantung’ kepada pertandingan Miss World.

Dia berjaya menawan hati barisan juri dengan projek menubuhkan sekolah di dalam hospital Orang Asli yang terletak di Gombak.

Ketika pusingan menjawab soalan di peringkat Top 6 dalam acara kemuncak malam tadi, Taanusiya ditanya tentang tanggungjawab yang dimiliki bagi melindungi alam sekitar untuk generasi masa depan dan bagaimana dia mampu memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk turut serta.

Menurut Taanusiya, sebagai seorang guru, dia akan mempengaruhi para pelajar untuk menanam pokok sejak usia muda.

“Apabila menanam pokok mereka bukan sahaja akan membantu memulihara alam sekitar, tetapi juga belajar erti kesabaran menunggu benih yang ditanam untuk tumbuh.

“Apabila anda melakukan itu, anda akan memberikan inspirasi kepada orang lain di seluruh dunia,” jawabnya dengan penuh yakin.

Mahkota Miss World 2026 menjadi milik jelitawan Dominican Republic, Joheirry Mola Dominguez manakala naib juara pula disandang wakil Sepanyol, Elisabeth Alabern.

Tahun ini, seramai 111 peserta dari seluruh dunia berentap untuk merebut mahkota Miss World edisi ke-73. Tahun lalu mahkota tersebut dimenangi wakil Thailand, Opal Suchaata.

Sejak pertandingan bermula, Tanuusiya sering menjadi perhatian ramai pencinta pertandingan ratu cantik di seluruh dunia dan namanya selalu disebut-sebut sebagai calon juara. – KOSMO! ONLINE

==============================

Wah, Taanusiya ni memang jenis work hard play hard, ye. Lepas ni mesti ramai DM nak minta petua kan, hehe. Tengok latest IG dia pun gambar berseri2 kat Vietnam. Memang patut menang! 🌸

 

Fadhlina Puji Taanusiya Manfaatkan Pentas Miss World Bawa Isu Bermakna​

45347e55ba398188d8d32c25420727db6a9c423fa4d62

Kredit: Taanusiya Chetty

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memuji Taanusiya Chetty yang merangkul tempat ketiga dalam pertandingan Miss World 2026 kerana menjadikan pendidikan dan kerja advokasi sebagai sebahagian daripada perjuangannya.

Beliau menyifatkan pencapaian wakil Malaysia itu di pentas dunia sebagai sesuatu yang membanggakan negara, selain kagum dengan prinsip Taanusiya yang mengutamakan ilmu pengetahuan.

“Saya tertarik bukan sahaja dengan pencapaiannya di pentas dunia malah juga dengan sisi Taanusiya yang meletakkan pendidikan dan kerja advokasi sebagai sebahagian daripada perjuangannya.

“Kerana kecantikan mungkin membuka pentas, tetapi ilmu dan pemikiran menentukan apa yang kita lakukan apabila berada di atasnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Fadhlina turut menggalakkan Taanusiya supaya terus menggunakan pentas dan suara yang dimilikinya untuk membawa perkara bermakna.

Taanusiya, 26, meraih tempat ketiga pada pertandingan akhir Miss World 2026 di Nha Trang, Vietnam malam tadi, manakala Joheirry Mola Dominguez dari Republik Dominika dinobatkan sebagai juara dan Elisabeth Reynes Alabern dari Sepanyol di tempat kedua.

Kejayaan itu menyamai pencapaian terbaik Malaysia yang dilakar Lina Teoh pada 1998, sekali gus mengembalikan negara ke kelompok tiga terbaik selepas 28 tahun.

Taanusiya mara ke kelompak enam terbaik selepas  memenangi segmen Beauty With A Purpose yang merupakan antara komponen penting dalam pertandingan Miss World.

Taanusiya turut mencuri perhatian apabila berucap dalam empat bahasa, iaitu dalam bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil pada sesi Head-to-Head Challenge, di samping mengetengahkan kerja kemasyarakatan menerusi Be The Change Malaysia.

 
14310132374856077-423311.jpg

14310132374856077-423312.jpg

14310132374856077-423313.jpg

14310132374856077-423314.jpg

14310132374856077-423315.jpg


Tahniah buat Cikgu Taanusiya Chetty, pemenang ketiga Miss World 2026

"Ramai yang tanya, “kamu ni kerja apa sebenarnya?”

“Saya hanyalah cikgu sekolah menengah, sambil mengurus NGO kecil saya (be.the.change_my) dan kadang-kadang muncul dalam dunia glitz & glam haha 😊 Bangga jadi anak Malaysia! 🇲🇾
 
Back
Top
Log in Register