kakigossip
Active+ Member
- Messages
- 3,067
- Joined
- Apr 21, 2011
- Messages
- 3,067
- Reaction score
- 40
- Points
- 40
‘Dream come true!’ – Zul tengok Piala Dunia depan mata
PELAKON Zul Ariffin berkongsi keterujaannya menyaksikan satu perlawanan Piala Dunia 2026 di Los Angeles, AS beberapa hari lalu.
‘Dream come true!’ – Zul tengok Piala Dunia depan mata" PETALING JAYA – Pelakon Zul Ariffin meluahkan keterujaan luar biasa apabila berpeluang menyaksikan sendiri suasana perlawanan bola sepak Piala Dunia buat pertama kali dalam hidupnya di Amerika Syarikat.
Ujar Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 39, pengalaman menjejakkan kaki ke stadium ikonik di Los Angeles disifatkan sebagai mimpi menjadi nyata.
“Alhamdulillah! Ini kali pertama saya hadir secara langsung ke Piala Dunia. Berada di stadium terkenal di Los Angeles, tempat persembahan hebat seperti Super Bowl, memang satu mimpi jadi kenyataan.
“Saya sempat menonton perlawanan England dan Bosnia, memang pengalaman paling menyeronokkan dalam hidup.
“Permainan bola sepak sangat hebat, suasana pula luar biasa. Saya menikmati setiap detik di sini. Ini benar-benar impian Piala Dunia saya, semuanya hasil peluang bersama KIA. Boom!” katanya dalam Instagram.
Menariknya, kunjungan tersebut menjadi perjalanan pertama bintang filem The Furious itu ke Amerika Syarikat, hasil tajaan penuh KIA Malaysia bersama KIA Asia Pacific.
Perkongsian Zul dalam media sosial mencuri perhatian ramai terutama peminat bola sepak lelaki yang rata-rata meluahkan rasa cemburu melihat peluang keemasan tersebut.
“Rezeki betul, tengok live World Cup, memang impian semua lelaki.
“Seronoknya, suasana stadium tu lain macam. Memang padu!
“Ini baru betul-betul ‘living the dream’, bukan semua dapat peluang macam ni,” tulis netizen.
Untuk rekod, Kejohanan Piala Dunia FIFA 2026 telah bermula pada 11 Jun lalu di Stadium Azteca, Mexico City dan dijadualkan berakhir dengan perlawanan akhir pada 19 Julai depan, menjadikannya edisi terbesar dalam sejarah kejohanan bola sepak dunia itu. – KOSMO! ONLINE.
==============================
Zul ni memang suka tayang2 sikit kat IG kan. Dapat tengok Piala Dunia depan mata, siapa tak seronok. Tapi macam rezeki dia jugak la dapat tajaan dari KIA. Apa pun, enjoy la Zul, jeles jap!
‘Dream come true!’ - Zul tengok Piala Dunia depan mata
PETALING JAYA – Pelakon Zul Ariffin meluahkan keterujaan luar biasa apabila berpeluang menyaksikan sendiri suasana perlawanan bola sepak Piala Dunia buat pertama kali dalam hidupnya di Amerika Syarikat.Ujar Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 39, pengalaman menjejakkan kaki ke stadium...
www.kosmo.com.my