kakigossip
Active+ Member
- Messages
- 3,067
- Joined
- Apr 21, 2011
- Messages
- 3,067
- Reaction score
- 40
- Points
- 40
‘Dikayakan rezeki, selamat hari lahir untuk cik Uqasha’
MESKI sudah berpisah, Kamal tetap menzahirkan ucapan ulang tahun kelahiran buat Uqasha.
"Dikayakan rezeki, selamat hari lahir untuk cik Uqasha" PETALING JAYA – Pelakon Kamal Adli mengundang perhatian apabila menitipkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran bekas isterinya, Uqasha Senrose ke-33 hari ini.
Kamal, 40, berkata, dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat pemilik nama penuh Nik Zaris Uqasha Nik Sen meski sudah tidak lagi bergelar suami isteri pada Januari lalu.
“Selamat hari lahir untuk cik Uqasha Senrose atau ibu Hawra Uqaira.
“Semoga dipanjangkan umur, dipermudahkan dan dikayakan rezeki.
“Semoga diberi kebahagiaan selalu oleh Allah SWT,” katanya dalam satu hantaran Threads.
Dalam masa sama, dia mengajak orang ramai untuk memberi ucapan ulang tahun kelahiran kepada Uqasha.
“Semoga menjadi ibu yang terbaik ya.
“Rakyat tolong aminkan dan berilah ucapan sekali kalau sudi,” katanya lagi.
Dalam ruangan komen, rata-rata memuji Kamal kerana sentiasa memberi kata-kata yang baik untuk bekas isterinya.
“Bagus Kamal ini, sentiasa memandang dan menghargai wanita yang menjadi ibu kepada anaknya.
“Abang adalah bekas suami satu dalam sejuta.
“Ini tahap ‘green flag’ punya belas pasangan, semoga semua doa kepada Uqasha itu berbalik juga kepada Kamal,” komen netizen.
Terdahulu, selepas melalui pelbagai kemelut, Kamal dan Uqasha akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu atas alasan tiada persefahaman.
Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan berkenaan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia setahun lapan bulan. – KOSMO! ONLINE
==============================
Hepi birthday kat akak Uqasha! Walaupun uols dah tak jadi suami isteri, abang Kamal ni memang sporting kan. Malas2 jugak la nak komen kat IG dia. Penuh drama nau korang ni, kadang2 macam tengok sinetron je.
‘Dikayakan rezeki, selamat hari lahir untuk cik Uqasha’
PETALING JAYA - Pelakon Kamal Adli mengundang perhatian apabila menitipkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran bekas isterinya, Uqasha Senrose ke-33 hari ini.Kamal, 40, berkata, dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat pemilik nama penuh Nik Zaris Uqasha Nik Sen meski sudah tidak lagi bergelar...
www.kosmo.com.my