kakigossip
Active+ Member
- Messages
- 3,067
- Joined
- Apr 21, 2011
- Messages
- 3,067
- Reaction score
- 40
- Points
- 40
SEOLAH-OLAH memnpertahankan keadaan, Uqasha memaklumkan anaknya Hawra sedang berdepan masalah kesihatan akibat 'chickenpox'.
Uqasha ‘jawab’ Kamal, anak kena ‘chickenpox’" PETALING JAYA – ‘Bukan tak bagi dua minggu ya.”
Demikian kenyataan pelakon Uqasha Senrose dipercayai membalas luahan bekas suaminya, Kamal Adli yang sebelum ini mendakwa tidak dapat bertemu anak mereka, Hawra Uqaira.
Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, berkata tahap kesihatan permata hatinya kurang baik selepas diserang cacar air atau chicken pox.
“Ada budak kecil tu, kena chicken pox. Kasihan dia gatal badan. Bangun tidur dia tak selesa tidur. Garu-garu,” tulisnya dalam hantaran di InstaStory.
Terdahulu, Kamal juga pelakon menerusi perkongsian di media sosial meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap puterinya selepas lama tidak bertemu.
Luahan pelakon drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa itu turut meraih maklum balas netizen yang menzahirkan perasaan simpati.
Begitupun, semalam dia berkongsi kegembiraan selain berterima kasih kepada bekas isterinya apabila dapat meluangkan masa dengan Hawra.
Kamal dan Uqasha bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 12 Januari lalu selepas empat tahun bergelar suami isteri. – KOSMO! ONLINE
==============================
Alaa, kesian si cilik tu tengah tak sihat, garu2 je kerjanya. Harap2 Kamal dgn Uqasha boleh berbincang elok2, malas2 drama sangat, nanti semua penat je. Nak cakap pasal Uqasha ni, dia lately suka post gambar travel kat IG dia, lebih banyak dari cerita his personal life. huhu
Uqasha 'jawab' Kamal, anak kena 'chickenpox'
PETALING JAYA - 'Bukan tak bagi dua minggu ya."Demikian kenyataan pelakon Uqasha Senrose dipercayai membalas luahan bekas suaminya, Kamal Adli yang sebelum ini mendakwa tidak dapat bertemu anak mereka, Hawra Uqaira.
www.kosmo.com.my