BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Dah rosak, perlu kembali..’ – Jet Li jalani pembedahan buang tumor

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
WhatsApp-Image-2025-08-19-at-09.53.04.jpeg

Jet Li dilaporkan selamat menjalani pembedahan membuang tumor di sebuah hospital di China baru-baru ini.

‘Dah rosak, perlu kembali..’ – Jet Li jalani pembedahan buang tumor

PETALING JAYA – Bintang aksi terkenal antarabangsa, Jet Li dilaporkan selamat menjalani pembedahan membuang tumor di sebuah hospital di China baru-baru ini.

Perkara tersebut menjadi buah mulut peminatnya selepas Jet Li, 62, berkongsi foto berada di atas katil hospital tanpa menyatakan secara terperinci tentang penyakit dialami.

Namun menurut rakannya yang juga produser filem iaitu Tiffany Chen berkata, aktor tersebut dirawat di hospital disebabkan tumor.

Menerusi satu hantaran dalam Weibo, Li berkata dia ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana masalah ‘dalaman’.

“‘Perkakasan’ dalaman telah rosak dan perlu kembali ke ‘kilang’ (hospital) untuk dibaiki,” katanya berseloroh.

Dia bagaimanapun berterima kasih kepada para peminat yang sentiasa prihatin dan mendoakan kesihatannya.

Terdahulu, Li pada tahun 2010 mendedahkan beliau menghidap hipertiroidisme iaitu keadaan apabila kelenjar tiroid menghasilkan hormon berlebihan.

Penghidap biasanya mengalami simptom seperti tangan menggeletar dan penurunan berat badan. – KOSMO! ONLINE

==============================

Haha, kelakar pula si Jet Li ni siap boleh buat lawak masa sakit 😅. Kadang2 kita kuat kat luar, tapi dalam sengsara. Eh, dia patut slow2 je kat rumah, relax2, takyah risau sgt 'perkakasan' dalaman tu.

 
Back
Top
Log in Register