BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Tahi lalat jadi tumor dalam hidung, doktor nasihatkan buang’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

‘Tahi lalat jadi tumor dalam hidung, doktor nasihatkan buang’​

fajar-e1786774918935.jpg

FAJAR NOOR menafikan membuat pembedahan hidung demi penampilan sebaliknya membuang tahi lalat yang merisikokan kesihatannya.

‘Tahi lalat jadi tumor dalam hidung, doktor nasihatkan buang’ KUALA LUMPUR – Bukan rawatan kosmetik untuk mengubah ciptaan Tuhan, penyanyi Indonesia Fajar Noor bertegas pembedahan membuang tahi lalat pada bahagian hidungnya terpaksa dilakukan demi faktor kesihatan.

Menurut Fajar atau nama penuhnya Fajar Nurdiansyah, 22, keputusan tersebut diambil bukan kerana mahu menjaga penampilan semata-mata.

“Bukan untuk jaga penampilan tetapi untuk kesihatan.

“Saya lakukan pembedahan itu sebab menurut doktor, sudah menjadi tumor dan membesar di bahagian dalam hidung.

“Memang harus lakukan pembedahan. Jika tidak dalam tempoh lima tahun mungkin akan jadi lebih teruk,” katanya kepada Kosmo! Online sebelum menjayakan persembahan Sementara, Selamanya Showcase, semalam.

Meskipun bakal menjadi sebutan ramai, pelantun lagu Salah Apa Aku itu enggan peduli dengan tuduhan liar yang bakal dilemparkan.

“Biarlah apa orang nak kata, mungkin mereka tidak tahu alasannya. Saya juga tidak pernah menjelaskan perkara tersebut sebelum ini.

“Apa yang paling penting, saya buang tahi lalat adalah untuk kesihatan ,” ujarnya.

Semalam, Fajar menghiburkan lebih 200 peminat pada Sementara, Selamanya Showcase di Aloft Hotel, Kuala Lumpur.

Pada showcase tersebut, dia menyampaikan lima buah lagu seperti Takhta Hatiku #Pendampingmu, Tuhan Tahu Kita Saling Cinta, Salah Apa Aku, 8 dan Jangan Datang Saat Kesepian. – KOSMO! ONLINE
==============================
Buat lah apa yg sihat2, Fajar! Nanti tak leh nyanyi plak. Scrl IG dia, komen2 fans semua so sweet like gula! Kadang pelik gak, artis pegi buang benda kecil je, ramai sgt kecam. Yelah, content kan... 🙄

 
Back
Top
Log in Register