BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

 Fahmi Ajak Rakyat Hayati "Aku Berjanji", Semaraksemangat Patriotisme

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,167
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,167
Reaction score
346
Points
141

 Fahmi Ajak Rakyat Hayati "Aku Berjanji", Semaraksemangat Patriotisme​

7099597ef343a8043790315c9086c4066a83125dc1df0

c6ff8b96f951491ac6fe5db0e577488c6a831273089b3

694375772e165fe7a2ef340ef30b36c16a8312853cb14

Kredit: FB Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil mengajak seluruh rakyat Malaysia mendengar dan menghayati lagu tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 bertajuk "Aku Berjanji".

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, beliau berkata lagu hasil ciptaan dan dendangan penyanyi tersohor Faizal Tahir itu berupaya menyemarakkan semangat cinta akan negara.

Terdahulu, Fahmi menerima kunjungan Faizal di Putrajaya, dengan penyanyi berkenaan turut berkongsi perkembangan mengenai konsertnya yang dijadual pada 3 Okt depan di Unifi Arena, Bukit Jalil.

“Saudara Faizal memaklumkan tentang konsert beliau yang akan berlangsung pada Oktober ini. Saya doakan ia berjalan seperti direncanakan, insya-Allah," katanya.

Selain itu, Fahmi turut menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia dan figura kemanusiaan antarabangsa Datuk Dr Sani Araby.

 
Back
Top
Log in Register