BTC USD 83,450.9 Gold USD 4,163.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stocks News

A dynamic discussion space where members share and analyze the latest stock market news from around the globe. Topics include market trends, major index movements, company earnings, economic updates, and geopolitical events impacting stocks. Participants exchange insights, predictions, and strategies, fostering an engaging community for both novice and experienced investors.
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 dan September 2025 meningkat 9.0 mata setiap satu kepada 1,539.50 dan 1,519.0, Disember 2025 naik 8.0 mata kepada 1,519.0, dan Mac 2026 menokok 12.0 mata kepada 1,507.0. Jumlah dagangan meningkat kepada 5,756 lot daripada 6,905 pada Isnin, manakala kepentingan terbuka naik kepada 42,660 kontrak daripada 42,085 sebelumnya. Pada 5 petang,  FBM KLCI meningkat 11.66 mata atau 0.76 peratus, untuk ditutup kepada  1,538.64 daripada paras penutup 1,526.98 pada Isnin. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2453414
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Selasa susulan aktiviti pembelian saham pada harga rendah menerusi saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah prestasi kukuh pasaran serantau. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik sebanyak 11.66 mata atau 0.76 peratus untuk ditutup kepada 1,538.64 daripada 1,526.98 ketika ditutup pada Isnin. Indeks petunjuk pasaran yang dibuka pada paras terendah iaitu 1,528.63 mencapai paras tertinggi 1,538.64 pada hari dagangan berkenaan. Bagaimanapun, pasaran secara menyeluruh berada dalam keadaan negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 533 berbanding 479 manakala 505 kaunter tidak berubah serta 973 tidak diniagakan dan tujuh lagi digantung...
Sesi pagi Bursa Malaysia ditutup dengan kenaikan, disokong oleh minat belian yang semakin rancak susulan pengumuman Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) dengan sentimen pasaran turut dipengaruhi pengumuman data ekonomi Amerika Syarikat (AS) tidak lama lagi. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 6.12 mata mewakili 0.40 peratus kepada 1,533.10  berbanding 1,526.98 ketika ditutup pada Isnin. Indeks penanda aras itu dibuka 1.65 mata lebih tinggi pada 1,528.63 dan bergerak antara 1,528.63 dan 1,536.95 sepanjang sesi pagi. Pasaran secara keseluruhan adalah positif dengan 414 kaunter untung mengatasi 400 kaunter rugi. Selain itu, 503 kaunter tidak berubah, 1,173 tidak diniagakan dan tujuh digantung. Jumlah...
Bursa Malaysia melantun daripada penyusutan semalam apabila dibuka meningkat hari ini, menjejaki prestasi pasaran serantau ketika pelabur kekal optimis Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah utamanya pada bulan depan. Pada 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.32 mata atau 0.35 peratus kepada 1,532.30 daaripada paras penutup 1,526.98 semalam. Indeks penanda aras itu dibuka naik 1.65 mata kepada 1,528.63. Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 217 berbanding 108 manakala 261 lain tidak berubah, sebanyak 1,904 tidak diniagakan dan tujuh lain digantung dagangannya. Jumlah dagangan sebanyak 162.99 juta unit bernilai RM100.97 juta. Di peringkat...
Jakel Medical Muncul Pemegang Saham Utama Baharu Pharmaniaga
31.07.2025 - Pharmaniaga Bhd menyelesaikan dua pencapaian penting dalam pelan regularisasinya iaitu terbitan hak dan tawaran saham persendirian sekali gus meletakkan kumpulan itu di kedudukan kukuh untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17). Syarikat farmaseutikal itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata sejumlah 3.46 bilion saham hak boleh dilepaskan dilanggan sepenuhnya dengan kadar lebihan langganan sebanyak 26.14 peratus sekali gus mencerminkan sokongan dan keyakinan kukuh daripada para pemegang saham sedia ada. “Sementara itu, pelaksanaan tawaran saham persendirian menarik minat 19 pelabur baharu yang melibatkan 1.67 bilion saham penempatan dengan jumlah nilai sebanyak RM223.7 juta. Walaupun terdapat...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Prestasi Eksport Lemah Pada Julai
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini susulan dipengaruhi prestasi eksport minyak sawit Malaysia yang lemah pada Julai. Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group Anilkumar Bagani berkata eksport minyak sawit Malaysia bagi tempoh 1 hingga 25 Julai dianggarkan sebanyak 1,029,585 tan oleh Intertek Testing Services, turun 9.23 peratus daripada anggaran bagi tempoh 1 hingga 25 Jun. “Sementara itu, AmSpec Agri Malaysia melaporkan eksport sebanyak 896,484 tan, mencatatkan penurunan sebanyak 15.22 peratus bagi tempoh yang sama,” katanya kepada Bernama. Dalam pada itu, peniaga minyak sawit David Ng berkata pasaran MSM ditutup lebih rendah pada Isnin susulan kebimbangan...
Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Sentimen Waspada Menjelang Tarikh Akhir Tarif AS
Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin, apabila para pelabur mengambil pendekatan lebih berhati-hati menjelang tarikh akhir rundingan tarif dengan Amerika Syarikat (AS) pada 1 Ogos. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.38 mata atau 0.29 peratus untuk ditutup pada 1,529.38 daripada 1,533.76 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas. Indeks petunjuk pasaran itu dibuka 4.29 mata lebih tinggi kepada 1,538.05 dan bergerak antara 1,528.34 hingga 1,539.38 sepanjang sesi dagangan. Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 554 berbanding 420, manakala 488 kaunter tidak berubah, 1,091 kaunter tidak didagangkan dan 43 yang lain digantung. Jumlah dagangan meningkat kepada tiga bilion unit...
Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari
Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, naik 0.29 peratus, didorong oleh minat belian terhadap saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan serta produk perindustrian dan perkhidmatan. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.46 mata kepada 1,538.22 daripada 1,533.76 pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 4.29 mata kepada 1,538.05 dan berada antara 1,531.28 dan 1,539.38 sepanjang sesi dagangan. Bagaimanapun, sentimen pasaran secara keseluruhannya lemah, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 396 berbanding 416 manakala 459 kaunter tidak berubah, 1,281 tidak diniagakan dan 43 yang lain digantung. Jumlah dagangan...
Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Dibuka Tinggi
Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan minggu lepas untuk dibuka tinggi pada Isnin, mengambil petunjuk daripada kenaikan semalaman Wall Street. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.03 mata atau 0.26 peratus kepada 1,537.79 daripada 1,533.76 pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 4.29 mata kepada 1,538.05. Pasaran secara menyeluruh positif, dengan 224 kaunter untung mengatasi 133 kaunter rugi. Sebanyak 293 kaunter tidak berubah, 1,904 tidak diniagakan dan 43 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 182.48 juta saham bernilai RM110.09 juta. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup tinggi secara keseluruhan, disokong...
Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan, seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar. Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata paras rintangan berada pada 1,540 dan pars sokongan pada 1,520, dengan FBM KLCI dijangka kekal dalam jajaran antara 1,510 dan 1,540 pada minggu depan. "Sejak beberapa minggu lepas, indeks petunjuk pasaran berulang kali menguji dan berlegar sekitar paras 1,530 namun tidak berjaya melepasinya. Pergerakan tidak berubah yang berterusan sejak Jun, ditambah dengan jumlah dagangan yang mengecil, menandakan sentimen pelabur yang berhati-hati," katanya kepada Bernama. Bagi...
Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniaga Cenderung Menurun Minggu Depan
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun pada minggu depan berikutan aktiviti pengambilan untung daripada kenaikan baru-baru ini. Peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh berkata stok minyak sawit pada Jun adalah tinggi, iaitu kira-kira dua juta tan. Sehubungan itu, katanya harga dijangka diniagakan dalam julat kecil antara RM3,800 satu tan dan RM3,900 satu tan minggu depan. "Permintaan fizikal bagi minyak sawit dijangka dari China, India, Pakistan, Timur Tengah dan negara-negara Eropah," katanya kepada Bernama. Peniaga minyak sawit David Ng pula berkata pengeluaran dan paras stok MSM yang semakin meningkat di Malaysia akan...
Ketidaktentuan Tarif Pengaruhi Bursa Malaysia Minggu Depan
Risiko tarif Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi ke atas Malaysia apabila tarikh akhir 1 Ogos semakin hampir mungkin akan mempengaruhi Bursa Malaysia minggu depan walaupun kaunter berorientasikan domestik dijangka kekal berdaya tahan, disokong oleh permintaan dalaman yang kukuh dan kesan positif fiskal. Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata ketidaktentuan dijangka berlaku apabila pasaran menghampiri titik perubahan kritikal dalam dasar perdagangan global. "Kaunter berorientasikan domestik di Bursa Malaysia diunjurkan kekal berdaya tahan. Bagaimanapun, sektor dipacu eksport mungkin terus menghadapi tekanan sekiranya tiada penyelesaian yang menggalakkan kepada rundingan tarif,"...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar. Pada penutup dagangan, kontrak Julai 2025 dan Ogos 2025 susut 5.5 mata setiap satu masing-masing kepada 1,531.5 dan 1,528.5, kontrak September 2025 turun 6.0 mata kepada 1,509.5, dan kontrak Disember 2025 berkurangan 4.5 mata kepada 1,511.5. Jumlah dagangan melonjak kepada 12,877 lot daripada 4,013 pada Khamis, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 48,755 kontrak daripada 39,381 kontrak sebelumnya. Pada 5 petang, FBM KLCI berkurangan 6.56 mata, atau 0.43 peratus, untuk ditutup kepada 1,533.76 daripada paras penutup 1,540.32 sebelumnya...
Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ketika Pelabur Tumpu Hasil Rundingan Tarif AS, Dasar
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan lebih rendah selepas kenaikan dalam dua sesi berturut-turut ketika pelabur mengambil pendirian tunggu dan lihat di tengah-tengah rundingan berterusan Malaysia-Amerika Syarikat (AS) bagi mencapai kadar tarif 20 peratus. Pada 5 petang ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.56 mata atau 0.43 peratus ke paras 1,533.76 berbanding 1,540.32 pada akhir dagangan semalam. Indeks penanda aras itu dibuka susut 1.66 mata kepada 1,538.66 dan bergerak dalam julat 1,525.98 hingga 1,539.82 sepanjang sesi dagangan ini. Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 601 berbanding 356 manakala 479 kaunter lain tidak berubah, 1,090 tidak diniagakan dan 44 lain...
Indeks Teknologi Pengaruhi Pasaran, Strategi Semikonduktor Kebangsaan Tarik Pelaburan RM63 Bilion
Indeks Teknologi Bursa Malaysia naik 0.04 mata kepada 52.36 manakala kebanyakan indeks sektoral lain kekal dalam wilayah negatif. Ini mungkin disebabkan oleh pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu bahawa Strategi Semikonduktor Kebangsaan (NSS), yang dilancarkan pada Mei 2024 telah menarik RM63 bilion pelaburan, meliputi RM58 bilion dalam pelaburan langsung asing dan RM5.2 bilion dalam pelaburan langsung tempatan. “Peralihan Malaysia daripada pangkalan pemasangan bahagian belakang kepada hab semikonduktor reka bentuk kepada pembungkusan masih dalam proses. “Bagaimanapun, kami mahu melihat bahawa NSS telah berjaya menarik pelabur, sokongan institusi dan momentum serantau. Dengan pelaburan komited RM63 bilion...
Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Sentimen Berhati-hati
Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan susut 0.73 peratus ketika sentimen berhati-hati mendorong pelabur mengurangkan kedudukan masing-masing menjelang akhir minggu ini. Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 11.23 mata kepada 1,529.09 daripada 1,540.32 pada akhir sesi semalam. Indeks penanda aras itu dibuka susut 1.60 mata pada 1,538.66 dan bergerak dalam julat 1,525.98 hingga 1,539.82 sepanjang sesi pagi. Sentimen pasaran secara menyeluruh juga kurang memberangsangkan dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 569 berbanding 270 manakala 405 kaunter tidak berubah, 1,282 tidak diniagakan, dan 44 digantung dagangannya. Jumlah dagangan sebanyak 2.02 bilion unit bernilai...
Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Jumaat. Pada 9.23 pagi, Julai 2025 susut 7.5 mata kepada 1,529.5, Ogos 2025 turun 6.5 mata kepada 1,527.5, September 2025 merosot 7.0 mata kepada 1,508.5 dan Disember 2025 kurang 5.0 mata kepada 1,511.0. Jumlah dagangan meningkat kepada 2,372 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 38,292 kontrak. Pada 9.45 pagi, FBM KLCI susut 9.23 mata kepada 1,531.09 daripada 1,540.32, yang menjadi paras tertinggi harian, ketika ditutup semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2449127
Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat selepas mencatatkan kenaikan selama dua sesi berturut-turut, sejajar dengan prestasi pasaran global yang tidak menentu Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.59 mata kepada 1,535.73 daripada 1,540.32, yang juga paras tertinggi harian, ketika ditutup semalam. Indeks petunjuk pasaran itu dibuka 1.60 mata lebih rendah kepada 1,538.66. Jumlah dagangan mencecah 214.97 juta saham dengan nilai RM113.71 juta. Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd Kenny Yee berkata Wall Street ditutup bercampur-campur apabila Purata Perindustrian Dow Jones ditutup rendah akibat penjualan saham IBM. Beliau berkata di Hong Kong, Indeks Hang Seng meneruskan kenaikan untuk kekal dalam lingkungan...
Niaga Hadapan MSM Teruskan Aliran Meningkat Pada Akhir Dagangan
Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan momentum dan ditutup meningkat, seiring dengan aliran kenaikan harga minyak kacang soya. Peniaga minyak sawit, David Ng berkata pengeluaran MSM yang lebih rendah di Indonesia juga hanya mendorong kepada sentimen pasaran hari ini. “Kami menjangkakan paras sokongan harga MSM pada RM4,200 satu tan manakala rintangan pada RM4,350 satu tan,” katanya kepada Bernama. Sewaktu ditutup, kontrak bulan semasa Ogos dan Oktober 2025 masing-masing meningkat RM15 kepada RM4,259 dan RM4,330 satu tan manakala kontrak September 2025 dan Disember 2025 masing-masing naik RM12 kepada RM4,310 dan RM4,329 satu tan. Kontrak November 2025 menokok RM14 kepada RM4,334 satu...
Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Intra Hari
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari bagi sesi kedua berturut-turut pada Khamis, dipacu oleh keyakinan global dan pusingan terbaharu bantuan fiskal kerajaan yang menyebabkan pelabur kembali ke pasaran tempatan. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sebanyak 10.53 mata atau 0.69 peratus untuk ditutup pada paras tertinggi harian iaitu 1,540.32 daripada 1,529.79 ketika ditutup pada Rabu. Indeks petunjuk pasaran dibuka 1.26 mata lebih tinggi iaitu pada 1,531.05 dan bergerak dalam jajaran antara 1,529.71 hingga 1,540.32 sepanjang sesi dagangan. Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi iaitu sebanyak 502 berbanding 474 manakala 496 kaunter tidak berubah dan 1,044 tidak...
Back
Top
Log in Register