BTC USD 85,494.7 Gold USD 4,175.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stocks News

A dynamic discussion space where members share and analyze the latest stock market news from around the globe. Topics include market trends, major index movements, company earnings, economic updates, and geopolitical events impacting stocks. Participants exchange insights, predictions, and strategies, fostering an engaging community for both novice and experienced investors.
Bursa Malaysia mengekalkan momentum menaiknya untuk mengakhiri minggu dagangan lebih tinggi, selepas melepasi paras utama 1,600 pada sesi awal, kata seorang peniaga. Beliau berkata peningkatan itu didorong oleh pembelian berterusan dalam saham-saham wajaran tinggi yang terpilih, diterajui oleh telekomunikasi dan media serta produk perindustrian dan perkhidmatan. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.60 mata atau 0.29 peratus untuk ditutup pada 1,597.47, paras tertinggi dalam tempoh lebih lima bulan, daripada 1,592.87 ketika ditutup pada Khamis. Indeks petunjuk pasaran dibuka 0.93 mata lebih tinggi pada 1,593.80 dan bergerak antara 1,593.42 yang merupakan paras terendah harian dan mencapai paras tertinggi 1,603.19...
Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini, didorong oleh belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh kaunter produk perindustrian dan perkhidmatan serta perkhidmatan kewangan dalam sentimen berhati-hati di pasaran serantau, kata penganalisis. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.07 mata kepada 1,597.94 daripada 1,592.87 semasa ditutup pada Khamis. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.93 mata kepada 1,593.80 dan bergerak antara 1,593.42 dan  1,603.19 sepanjang sesi dagangan. Pasaran secara menyeluruh positif dengan 451 kaunter untung mengatasi 392 kaunter rugi manakala 475 kaunter tidak berubah, 1,276 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung. Jumlah...
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini. Pada 9.25 pagi, kontrak bulan semasa Ogos 2025, September 2025 naik 7.0 mata masing-masing kepada 1,601.0 dn 1,579.0 manakala Disember 2025 dan Mac 2026 meningkat 7.5 mata masing-masing kepada 1,580.0 dan 1,564.0. Jumlah dagangan sebanyak 1,306 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 40,648 kontrak. Petunjuk pasaran FBM KLCI melonjak 4.40 mata kepada 1,597.27 selepas 25 minit dagangan daripada 1,592.87 semasa ditutup semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2459407
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih, meneruskan peningkatan sebelumnya manakala sentimen kekal berhati-hati terhadap prospek ekonomi global, kata seorang peniaga. Pada pukul 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.80 mata kepada 1,597.67 daripada 1,592.82 ketika ditutup semalam. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.93 mata kepada 1,593.80. Suasana pasaran positif, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 127 berbanding 127 manakala 272 kaunter kekal tidak berubah, 2,001 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung. Malacca Securities Sdn Bhd dalam satu nota penyelidikan berkata walaupun penjualan di Wall Street menurun, pasaran tempatan dijangka kekal...
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki penurunan harga minyak soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga. Peniaga minyak sawit David Ng berkata kebimbangan terhadap peningkatan mendadak harga MSM baru-baru ini, yang menjejaskan permintaan masa depan komoditi itu turut mempengaruhi sentimen pasaran. "Kami mengesan paras sokongan pada RM4,400 dan paras rintangan pada RM4,650 setiap tan," katanya kepada Bernama. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2025 susut RM33 kepada RM4,391 setiap tan, manakala Oktober 2025 dan November 2025 masing-masing turun RM38 kepada RM4,429 dan RM4,460 setiap tan. Kontrak Disember 2025...
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi hari ini, seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 meningkat 0.5 mata kepada 1,594.0, Disember 2025 menambah 3.0 mata kepada 1,572.0, Mac 2026 naik 4.5 mata kepada 1,558.0, dan September 2025 tidak berubah pada 1,572.0. Jumlah dagangan meningkat kepada 6,421 lot daripada 5,839 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 45,312 kontrak daripada 44,596 kontrak. Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 4.66 mata, atau 0.29 peratus, untuk ditutup kepada 1,592.87 daripada paras 1,588.21 pada Rabu. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2459329
Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat untuk ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, dalam keadaan sentimen bercampur-campur di pasaran serantau, kata peniaga. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.66 mata atau 0.29 peratus untuk ditutup pada 1,592.87 daripada 1,588.21 pada Rabu. Indeks petunjuk pasaran dibuka 3.71 mata lebih kukuh pada 1,591.92, dan bergerak antara 1,589.88 dan 1,596.02 sepanjang hari dagangan. Bagaimanapun, di pasaran lebih menyeluruh menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 522 berbanding 513 manakala 491 kaunter tidak berubah, 1,068 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung dagangan. Jumlah dagangan...
Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan pelabur membeli saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh kaunter produk perindustrian dan perkhidmatan serta perkhidmatan kewangan dalam sentimen berhati-hati di pasaran serantau, kata penganalisis. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.41 mata kepada 1,592.62 daripada 1,588.21 pada Rabu. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 3.71 mata kepada 1,591.92 dan bergerak antara 1,590.31 dan 1,596.02 pada sesi dagangan pagi. Pasaran secara menyeluruh, bagaimanapun, negatif dengan 457 kaunter rugi mengatasi 420 kaunter untung manakala 429 kaunter tidak berubah, 1,288 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 1.54...
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, meningkat semula daripada penurunan semalam berikutan belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun sentimen kekal berhati-hati mengenai prospek ekonomi global, kata peniaga. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.57 mata kepada 1,594.78 daripada 1,588.21 semasa ditutup pada Rabu. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 3.71 mata kepada 1,591.92. Pasaran secara menyeluruh positif, dengan 204 kaunter untung mengatasi 119 kaunter rugi manakala 240 kaunter tidak berubah, 2,031 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 156.85 juta saham bernilai RM80.46 juta. Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan, pihaknya...
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 meningkat 0.5 mata kepada 1,593.5, September 2025 susut 0.5 mata kepada 1,572.0, Disember 2025 turun 3.0 mata kepada 1,568.06, dan Mac 2026 berkurangan 1.0 mata kepada 1,553.50. Jumlah dagangan meningkat kepada 5,839 lot daripada 5,598 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka naik kepada 44,596 kontrak daripada 43,803 kontrak sebelumnya. Pada 5 petang, FBM KLCI menyusut 2.03 mata, atau 0.13 peratus, untuk ditutup kepada 1,588.21 daripada paras 1,590.24 pada Selasa...
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini susulan sentimen berhati-hati di pasaran serantau, kata seorang peniaga. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.03 mata, atau 0.13 peratus, untuk ditutup kepada 1,588.21 daripada paras penutup 1,590.24 pada Selasa. Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 2.21 mata kepada 1,588.03, dan bergerak antara paras 1,583.40 dan 1,591.04 sepanjang hari dagangan. Keseluruhan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 647 berbanding 376, manakala 487 kaunter tidak berubah, 1,084 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung. Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.55 bilion unit bernilai RM2.50 bilion daripada 2.60 bilion unit bernilai RM2.74 bilion...
Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri dagangan sesi pagi pada Rabu susulan aktiviti pengambilan untung di kaunter telekomunikasi dan media serta pembinaan yang terpilih ekoran sentimen lemah dalam pasaran serantau, kata penganalisis. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut lima mata kepada 1,585.24 daripada 1,590.24 ketika ditutup semalam. Indeks penanda aras itu dibuka 2.21 mata lebih rendah kepada 1,588.03 dan bergerak antara 1,584.01 hingga 1,590.39 sepanjang sesi dagangan itu. Pasaran secara keseluruhannya negatif, dengan 586 kaunter rugi mengatasi 268 kaunter untung, manakala 473 kaunter tidak berubah, 1,267 kaunter tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung dagangan. Jumlah dagangan mencecah 1.42...
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah kebanyakannya pada Rabu. Pada 9.25 pagi, Ogos 2025 susut 0.50 mata kepada 1,592.50; Disember 2025 turun 3.50 mata kepada 1,567.50; Mac 2026 berkurangan 1.50 mata kepada 1,533.0 manakala September 2025 kekal pada 1,572.5. Jumlah dagangan mencecah 1,270 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 40,102 kontrak. Selepas 25 minit dagangan, FBM KLCI yang menjadi penanda aras pasaran susut 1.96 mata kepada 1,588.28 daripada 1,584.96 ketika ditutup semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2458569
Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah pada Rabu ekoran pengambilan untung sederhana di kaunter berwajaran tinggi terpilih susulan kenaikan baru-baru ini, berikutan sentimen lemah terhadap unjuran ekonomi global, menurut peniaga. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.16 mata kepada 1,589.08 daripada 1,590.24 ketika ditutup semalam. Indeks penanda aras itu dibuka 2.21 mata lebih rendah kepada 1,588.03. Pasaran secara keseluruhannya negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 166 berbanding 145, manakala 264 kaunter tidak berubah, 2,019 kaunter tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung. Jumlah dagangan mencecah 123.43 juta saham bernilai RM75.37 juta. Menurut Malacca Securities Sdn Bhd pihaknya...
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri aliran kenaikannya dan ditutup lebih rendah pada Selasa, kata peniaga minyak sawit David Ng. Beliau berkata, ini susulan kenaikan harga mendadak baru-baru ini yang dijangka menjejaskan permintaan selanjutnya. Menurut Ng, apabila jurang harga di antara minyak sawit dengan minyak kacang soya terus merosot, ia akan menjadikan minyak sawit lebih mahal berbanding minyak kacang soya. “Oleh itu, harga minyak kacang soya yang lebih rendah akan menjejaskan sentimen pasaran. “Kami melihat paras sokongan pada RM4,500 dan paras rintangan pada RM4,680,” kata Ng kepada Bernama. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2025 susut RM27 kepada...
Bursa Malaysia meneruskan trajektori meningkat untuk ditutup tinggi hari ini, disokong oleh pembelian berterusan dalam saham berwajaran tinggi terpilih walaupun sentimen berhati-hati dalam pasaran serantau, kata peniaga. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.28 mata atau 0.33 peratus untuk ditutup pada 1,590.24 daripada 1,584.96 semasa ditutup pada Isnin. Indeks petunjuk pasaran dibuka 2.47 mata lebih kukuh pada 1,587.43, dan bergerak antara 1,584.62 dan 1,594.40 sepanjang hari dagangan. Keseluruhan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 503 berbanding 489 manakala 510 kaunter tidak berubah, 1,084 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung dagangan. Jumlah dagangan...
Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, disokong oleh pembelian berterusan dalam utiliti terpilih serta kaunter produk dan perkhidmatan perindustrian dalam persekitaran sentimen berhati-hati dalam pasaran serantau, kata seorang penganalisis. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 7.98 mata kepada 1,592.94 daripada 1,584.96 ketika ditutup semalam. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 2.47 mata kepada 1,587.43, bergerak antara 1,584.62 dan 1,594.40 sepanjang sesi. Lingkungan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter untung sebanyak 438 berbanding 411, manakala 474 kaunter tidak berubah, 1,263 kaunter tidak diniagakan dan enam yang lain digantung. Jumlah dagangan...
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini. Pada 9.25 pagi, kontrak bulan semasa Ogos 2025 naik 10.0 mata kepada 1,593.0, September 2025 meningkat 8.50 mata kepada 1,571.50, Disember 2025 dan Mac 2026 menambah 7.0 mata masing-masing kepada 1,570.50 dan 1,553.5. Jumlah dagangan sebanyak 977 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 39,593 kontrak. Petunjuk pasaran FBM KLCI naik 3.63 mata kepada 1,588.59 selepas 25 minit dagangan daripada 1,584.96 semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2458136
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, meruskan keuntungan semalam, disokong minat belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran sentimen berhati-hati terhadap prospek ekonomi global, kata seorang peniaga. Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.81 mata kepada 1,587.77 daripada 1,584.96 ketika ditutup semalam. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 2.47 mata kepada 1,587.43. Suasana pasaran positif, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 204 berbanding 109 manakala 295 kaunter kekal tidak berubah, 1,978 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 120.18 juta unit bernilai RM77.49 juta. Malacca Securities Sdn Bhd dalam satu nota penyelidikan...
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi disebabkan permintaan eksport yang kukuh dan pertumbuhan pengeluaran lebih perlahan. Peniaga minyak sawit David Ng berkata harga minyak kacang soya lebih kukuh turut memberi menyumbang kepada peningkatan tersebut. "Kami mengesan paras sokongan pada RM4,480 dan rintangan pada RM4,580," katanya kepada Bernama. Pada penutupan dagangan, kontrak bulan semerta September 2025 dan Oktober 2025 naik RM51 masing-masing kepada RM4,476 dan RM4,523 satu tan metrik manakala November 2025 meningkat RM48 kepada RM4,559 setan. Kontrak Disember 2025 dan Januari 2025 menambah RM44 masing-masing kepada RM4,572 dan RM4,570 astu tan dan Februari 2026...
Back
Top
Log in Register