BTC USD 85,592.0 Gold USD 4,163.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stocks News

A dynamic discussion space where members share and analyze the latest stock market news from around the globe. Topics include market trends, major index movements, company earnings, economic updates, and geopolitical events impacting stocks. Participants exchange insights, predictions, and strategies, fostering an engaging community for both novice and experienced investors.
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi positif di pasaran tunai pendasar. Pada penutup dagangan, bulan semerta Ogos 2025 menambah 6.0 mata kepada 1,583.0, September 2025 meningkat 7.0 mata kepada 1,563.0, manakala Disember 2025 dan Mac 2026 naik 8.0 mata masing-masing kepada 1,563.50.0 dan 1,54.0. Jumlah dagangan menyusut kepada 5,843 lot daripada 6,583 lot pada umaat, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 44,057 kontrak daripada 44,964 kontrak sebelumnya. Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 8.62 mata atau 0.55 peratus, untuk ditutup kepada 1,584.96 daripada paras penutup 1,576.34 pada Jumaat minggu lepas...
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, menjejaki kebanyakan prestasi positif pasaran serantau, disokong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, kata seorang peniaga. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.62 mata atau 0.55 peratus kepada 1,584.96 daripada 1,576.34 ketika ditutup semalam. Indeks penanda aras pasaran itu dibuka 1.92 mata lebih tinggi kepada 1,578.26 dan bergerak antara 1,575.48 hingga 1,588.61 sepanjang sesi dagangan. Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 514 berbanding 491 manakala 469 kaunter lain tidak berubah, 1,112 tidak diniagakan dan enam lain digantung dagangannya. Jumlah dagangan naik kepada 2.54 bilion unit bernilai RM2.72 bilion daripada...
Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih tinggi, disokong oleh belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dan sejajar dengan kenaikan dalam pasaran saham serantau, kata seorang penganalisis. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 7.35 mata kepada 1,583.69 daripada 1,576.34 ketika ditutup pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi 1.92 mata kepada 1,578.26 dan bergerak antara 1,571.19 hingga 1,581.79 sepanjang sesi dagangan pagi. Bagaimanapun, pasaran secara menyeluruh negatif sedikit dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 429 berbanding 406, manakala 435 kaunter tidak berubah, 1,316 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 1.43...
Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan minggu lepas untuk dibuka tinggi hari ini, didorong oleh minat belian sederhana dalam saham wajaran tinggi terpilih, kata peniaga. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.41 mata kepada 1,576.75 daripada 1,576.34 pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.92 mata kepada 1,578.26. Bagaimanapun, pasaran secara menyeluruh negatif sedikit, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 161 berbanding 136. Sejumlah 308 kaunter tidak berubah, 1,981 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 83.43 juta saham bernilai RM36.44 juta. Menjejaki prestasi niaga hadapan indeks Wall Street yang positif, Malacca Securities Sdn...
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini. Pada 9.25 pagi, kontrak bulan semasa Ogos 2025 naik 6.0 mata kepada 1,583.0, September 2025 meningkat 3.50 mata kepada 1,559.50, Disember 2025 menambah 5.0 mata kepada 1,560.50 dan Mac 2026 menokok 5.50 mata kepada 1,545.5. Jumlah dagangan sebanyak 820 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 39,983 kontrak. Petunjuk pasaran FBM KLCI naik 3.44 mata kepada 1,579.78 selepas 25 minit dagangan daripada 1,576.34 pada Jumaat lepas. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2457687
Bursa Malaysia dijangka meningkat kepada paras rintangan 1,590 minggu depan, bergantung kepada sentimen risiko global yang menyokong serta kejelasan mengenai trajektori tarif semikonduktor, kata penganalisis. Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata memandangkan pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dengan Presiden Rusia Vladimir Putin dijadualkan hujung minggu, pasaran ekuiti Malaysia akan menyerap sebarang kesan penilaian semula geopolitik apabila dagangan disambung minggu hadapan. “Di peringkat domestik, naratif pelaburan akan dibentuk melalui pendedahan lanjut mengenai peruntukan projek Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13). “Selain itu, menjelang Belanjawan...
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) ditutup lebih tinggi pada Jumaat, disokong oleh prestasi eksport yang lebih kukuh seperti yang dinyatakan oleh pemeriksa kargo, kata peniaga minyak sawit David Ng. Menurut pemeriksa kargo, Intertek Testing Services (ITS), eksport bagi separuh pertama Ogos dijangka meningkat sebanyak 16 peratus manakala Amspec menjangkakan naik 21 peratus berbanding tempoh yang sama pada Julai. Namun, Ng berkata, jangkaan peningkatan pengeluaran dalam beberapa minggu akan datang memberi tekanan kepada sentimen pasaran. “Kami melihat harga paras sokongan pada RM4,380 setiap tan dan paras rintangan pada RM4,500 setiap tan,” katanya kepada Bernama. Sementara itu, Ketua...
Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, seiring dengan prestasi hambar pasaran serantau, walaupun sentimen adalah positif susulan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2025 yang memberangsangkan. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.71 mata atau 0.30 peratus untuk ditutup pada 1,576.34 daripada 1,581.05 semalam. Indeks penanda aras itu dibuka 0.70 mata lebih tinggi kepada 1,581.75, dan bergerak dalam julat antara 1,571.19 hingga 1,581.79 sepanjang dagangan. Pasaran secara keseluruhannya suram dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 488 berbanding 449, manakala 497 kaunter tidak berubah, 1,138 kaunter tidak didagangkan dan tujuh yang lain digantung. Jumlah dagangan...
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan prestasi kadar asas pasaran tunai. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semasa Ogos 2025 dan Mac 2026, masing-masing merosot lapan mata kepada 1,577.0 dan 1,540.0 serta September 2025 dan Disember 2025, masing-masing berkurangan 8.5 mata kepada 1,556.0 dan 1,555.50. Jumlah dagangan merosot kepada 6,583 lot daripada 10,682 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 44,964 kontrak daripada 49,153 kontrak sebelum ini. Pada 5 petang, FBM KLCI susut 4.71 mata atau 0.30 peratus untuk ditutup kepada 1,576.34 daripada 1,581.05 semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2457085
Bursa Malaysia dijangka mencatatkan kenaikan hari ini selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.4 peratus dalam suku kedua 2025 (S2 2025), bersamaan 4.4 peratus pertumbuhan pada separuh pertama 2025, kata seorang penganalisis. Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.4 peratus pada S2 2025, dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh berikutan perbelanjaan isi rumah yang lebih tinggi. Pada S2 2024, ekonomi negara berkembang sebanyak 5.9 peratus. Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) S2 2025 meningkat sedikit berbanding unjuran konsensus 4.3 peratus (UOB Kay Hian, Maybank Investment Bank, Hong Leong Investment Bank, dan Bank Muamalat), walaupun sedikit di bawah anggaran...
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives mencatat prestasi rendah dalam dagangan awal. Setakat pukul 10.05 pagi, kontrak Ogos 2025 turun 5.50 mata kepada 1,579.50, September 2025 merosot 7.0 mata kepada 1,557.50, manakala Disember 2025 dan Mac 2026 berkurangan 8.0 mata masing-masing kepada 1,556.0 dan 1,540.0. Jumlah dagangan sebanyak 2,147 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 41,986 kontrak. FBM KLCI susut 5.84 mata kepada 1,575.21 selepas satu jam 12 minit dagangan dijalankan berbanding 1,581.05 semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2456853
Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Jumaat apabila peniaga menggunakan pendekatan tunggu dan lihat dalam persekitaran sentimen berhati-hati menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2025 lewat hari ini. Pengumuman itu akan memberi bacaan substantif pertama mengenai kesan ekonomi daripada pengumuman tarif Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini. Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.51 mata kepada 1,580.54 daripada penutupan semalam pada 1,581.05. Indeks dibuka 0.70 mata lebih tinggi pada 1,581.75. Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi untung iaitu 110 berbanding 108, sebanyak 231 kaunter tidak berubah, 2,123 tidak didagangkan manakala tujuh lain digantung...
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 turun 10.0 mata kepada 1,585.0, September 2025 susut 9.0 mata kepada 1,564.50, Disember 2025 berkurangan 15.0 mata kepada 1,564.0 manakala Mac 2026 merosot 11.50 mata kepada 1,548.0. Jumlah dagangan meningkat kepada 10,682 lot daripada 10,191 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka naik kepada 49,153 kontrak daripada 48,018 kontrak sebelumnya. Pada 5 petang, FBM KLCI susut 5.55 mata, atau 0.35 peratus, untuk ditutup kepada 1,581.05, daripada paras 1,586.60 pada Rabu...
Bursa Malaysia kekal dalam wilayah negatif pada tengah hari, seiring dengan prestasi lemah pasaran serantau yang dipengaruhi oleh tekanan jualan saham wajaran tinggi terpilih. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.42 mata kepada 1,579.18 daripada 1,586.60 ketika ditutup semalam. Indeks penanda aras itu dibuka 0.31 mata lebih kukuh pada 1,586.91 dan bergerak antara 1,577.81 dan 1,595.31 sepanjang sesi pagi. Pasaran secara keseluruhan adalah negatif dengan kaunteru rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 577 daripada 307, 491 tidak berubah, 1,189 tidak diniagakan dan 17 digantung. Jumlah dagangan sebanyak 1.40 bilion unit bernilai RM1.17 bilion. Hong Leong Investment Bank Bhd berkata prestasi Wall Street...
Bursa Malaysia dibuka tinggi dan dijangka menghampiri paras 1,600 hari ini selepas momentum Wall Street semalaman yang positif didorong oleh harapan terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) selain musim pelaporan pendapatan korporat yang kukuh,  kata penganalisis. Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.48 mata atau 0.16 peratus kepada 1,589.08 daripada 1,586.60 semasa ditutup semalam. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.31 mata kepada 1,586.91. Pasaran secara menyeluruh positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 191 berbanding 154. Sejumlah 301 kaunter tidak berubah, 1,918 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 174.93 juta saham bernilai...
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi positif di pasaran tunai pendasar. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 menambah 27.5 mata kepada 1,595.0, September 2025 menokok 25.0 mata kepada 1,573.50, Disember 2025 meningkat 28.0 mata kepada 1,579.0.0, dan Mac 2026 melonjak 28.50 mata kepada 1,559.50. Jumlah dagangan meningkat kepada 10,191 lot daripada 6,627 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka naik kepada 48,018 kontrak daripada 44,821 kontrak sebelumnya. Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 18.70 mata, atau 1.19 peratus, untuk ditutup kepada 1,586.60 daripada 1,567.90 sebelumnya...
Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat pada tengah hari seiring dengan prestasi pasaran serantau yang positif berikutan sentimen pasaran bertambah baik selepas data inflasi Julai Amerika Syarikat (AS) berada di bawah jangkaan, pada 2.7 peratus, mengukuhkan harapan untuk penurunan kadar faedah pada September. Pada pukul 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 17.24 mata kepada 1,585.14 daripada 1,567.90 pada Selasa. Indeks utama dibuka tinggi 1.17 mata kepada 1,569.07 dan bergerak antara 1,569.07 dan 1,590.61 pada sesi dagangan pagi. Pasaran secara menyeluruh positif dengan 627 kaunter untung mengatasi 308 kaunter rugi, manakala 464 kaunter tidak berubah, 1,123 kaunter tidak diniagakan dan 18 yang lain...
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka lebih tinggi pada awal dagangan hari ini. Setakat 9.49 pagi ini, kontrak bulan semasa Ogos 2025 dan September 2025 menambah 11.0 mata masing-masing kepada 1,578.50 dan 1,559.50, Disember 2025 meningkat 11.5 mata kepada 1,562.50 dan Mac 2026 menambah 15.0 mata kepada 1,546.0. Jumlah dagangan sebanyak 1,836 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 40,407 kontrak. Indeks penanda aras FBM KLCI naik 10.35 mata kepada 1,578.25 selepas 57 minit dagangan dijalankan daripada paras 1,567.90 di akhir dagangan semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2456099
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, mencerminkan kenaikan semalaman Wall Street selepas angka indeks harga pengguna Amerika Syarikat (AS) berada di bawah jangkaan, atas faktor ini ia mungkin akan menurunkan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS bulan depan. AS merekodkan kadar inflasi lebih perlahan sebanyak 2.7 peratus pada bulan Julai, di bawah anggaran konsensus untuk indeks harga pengguna (IHP) tajuk pada 2.8 peratus dan IHP teras pada 3.0 peratus untuk Julai. Pada jam 9.17 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.30 mata atau 0.15 peratus kepada 1,570.20 daripada 1,567.90 ketika ditutup semalam. Indeks dibuka tinggi 1.17 mata kepada 1,569.07. Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter...
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (CPO) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, dipacu oleh jangkaan eksport yang lebih kukuh dalam beberapa minggu akan datang, kata peniaga minak sawit David Ng. Bagaimanapun, beliau berkata kenaikan dihadkan oleh kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran dalam tempoh terdekat. “Kami melihat paras sokongan harga MSM pada RM4,350 satu tan metrik dan paras rintangan pada RM4,480 satu tan,” katanya kepada Bernama. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 dan September 2025 naik RM9 masing-masing kepada RM4,343 satu tan dan RM4,363 satu tan dan Oktober meningkat RM18 kepada RM4,402 satu tan. Kontrak bagi November 2025 melonjak RM26 kepada RM4,430 satu tan metrik...
Back
Top
Log in Register