BTC USD 83,395.3 Gold USD 4,176.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stocks News

A dynamic discussion space where members share and analyze the latest stock market news from around the globe. Topics include market trends, major index movements, company earnings, economic updates, and geopolitical events impacting stocks. Participants exchange insights, predictions, and strategies, fostering an engaging community for both novice and experienced investors.
Bursa Malaysia Ditutup Rendah, FBM KLCI Susut 0.79 Peratus
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra harinya hari ini berikutan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor perkhidmatan kewangan dan pembinaan. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 12.11 mata atau 0.79 peratus kepada 1,525.40 daripada paras penutup 1,537.51 pada Isnin. Public Bank susut 8.0 sen kepada RM4.26, Maybank turun 7.0 sen kepada RM9.65 dan Gamuda berkurangan 13 sen kepada RM4.96. Kaunter-kaunter ini menyeret turun indeks komposit sebanyak 5.42 mata. Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah turun 1.45 mata kepada 1,536.06 dan berlegar antara paras 1,525.40 dan 1,538.56 sepanjang sesi dagangan. Suasana pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung...
Pelabur Terus Teliti Impak Tarif AS, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
Bursa Malaysia meneruskan pergerakan kurang memberangsangkan dalam dagangan tengah hari ini ketika pelabur terus meneliti impak tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas rakan dagang utama negara itu di tengah-tengah prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur. Pada 12.30 tengah hari ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.25 mata atau 0.28 peratus kepada 1,533.26 daripada paras penutup 1,537.51, semalam. Indeks penanda aras itu dibuka susut 1.45 mata kepada 1,536.06 an bergerak dalam julat 1,532.41 hingga 1,538.56 pada sesi itu. Sentimen pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 464 berbanding 367 manakala 477 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,121 tidak didagangkan dan lapan lain...
Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah pada sesi awal hari ini. Pada 9.46 pagi, kontrak bulan semasa Julai 2025 dan Ogos 2025 masing-masing susut 4.5 mata kepada 1,528.50 dan 1,526.00 manakala kontrak September 2025 dan Disember 2025 turun 5.5 mata kepada 1,506.50 dan 1,506.00. Jumlah dagangan sebanyak 1,280 lot dengan kepentingan terbuka sebanyak 36,583 kontrak. Selepas 50 minit dagangan dijalankan, FBM KLCI turun 4.37 mata kepada 1,533.14 berbanding penutupan semalam pada 1,537.51. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2445337
Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seiring Prestasi Wall Street
Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan meningkat sedikit, menjejaki kenaikan semalaman di Wall Street susulan ketidaktentuan dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS). Pada 9.11 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.09 mata kepada 1,537.60 daripada 1,537.51 yang dicatatkan pada akhir dagangan semalam. Indeks penanda aras itu dibuka susut 1.45 mata pada 1,536.06. Selain itu, sentimen pasaran secara meluas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 198 berbanding 120 manakala 256 kaunter tidak berubah, 1,855 tidak diniagakan, dan lapan digantung dagangannya. Jumlah dagangan 124.59 juta saham bernilai RM70.13 juta. Malacca Securities Sdn Bhd berkata sesi dagangan semalaman...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin. Pada penutup dagangan, kontrak Julai 2025, September 2025 dan Disember 2025 semuanya meningkat 1.0 mata setiap satu masing-masing kepada 1,533.0, 1,512.0 dan 1,511.50. manakala kontrak Ogos 2025 naik 0.5 mata kepada 1,530.50. Jumlah dagangan merosot kepada 4,593 lot daripada 7,745 pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka turun kepada 39,094 kontrak daripada 40,748 sebelumnya. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.44 mata, atau 0.09 peratus, kepada 1,537.51 daripada paras penutup 1,536.07 pada Jumaat minggu lepas. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2445251
Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Jejaki Prestasi Kenaikan Serantau
Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan di pasaran serantau. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.44 mata atau 0.09 peratus kepada 1,537.51 daripada 1,536.07 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas. Indeks penanda aras pasaran itu dibuka 0.10 mata lebih rendah kepada 1,535.97 dan bergerak antara 1,533.93 hingga 1,538.33 sepanjang sesi dagangan. Pasaran secara keseluruhannya kurang memberangsangkan dengan 514 kaunter rugi mengatasi 432 kaunter untung manakala 510 kaunter tidak berubah, 962 kaunter tidak didagangkan dan sembilan yang lain digantung. Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.93 bilion saham bernilai RM1.67 bilion daripada 3.37 bilion saham bernilai RM2.30 bilion pada Jumaat...
Bursa Rendah Sedikit Pada Tengah Hari Susulan Peniaga Menilai Impak Tarif AS
Bursa Malaysia rendah sedikit semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan peniaga menilai impak daripada tarif terkini Amerika Syarikat (AS) ke atas rakan dagangnya, kata penganalisis. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.44 mata kepada 1,535.63 daripada 1,536.07 pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 0.10 mata kepada 1,535.97, sebelum meningkat semula kepada julat positif untuk mencecah setinggi 1,538.08. Pasaran secara menyeluruh negatif pada tengah hari, dengan 329 kaunter rugi mengatasi 256 kaunter untung manakala 702 kaunter tidak berubah, 1,131 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 1.91 bilion unit bernilai RM803.56 juta. Naib Presiden...
Bursa Dibuka Hampir Mendatar Tetapi Meningkat Semula Kemudiannya
Bursa Malaysia dibuka hampir tidak berubah pada Isnin, seiring dengan prestasi Wall Street yang kurang menggalakkan pada Jumaat lepas berikutan dasar perdagangan perlindungan Amerika Syarikat (AS) baharu yang terus mewujudkan kebimbangan dalam kalangan pelabur. Bagaimanapun, ia diniagakan tinggi kemudiannya. Pada 10.18 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.95 mata kepada 1,537.02 daripada 1,536.07 pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah 0.10 mata kepada 1,535.97. Bagaimanapun, pasaran secara menyeluruh negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 335 berbanding 303 manakala 419 kaunter tidak berubah, 1,352 tidak diniagakan dan dua yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 1.11...
Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah hari ini. Pada 9.51 pagi, kontrak Julai 2025 merosot satu mata kepada 1,531.0, Ogos 2025 berkurangan dua mata kepada 1,528.0, September 2025 menurun 2.5 mata kepada 1,508.50 dan Disember 2025 susut empat mata kepada 1,506.50. Jumlah dagangan sebanyak 1,019 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 36,572 kontrak. FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.17 mata atau 0.01 peratus kepada 1,536.24 daripada 1,536.07 pada Jumaat lepas. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2444957
Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan lebih rendah minggu depan, dipengaruhi oleh penyusutan berterusan dalam pasaran minyak kacang soya dan minyak mentah. Peniaga minyak sawit David Ng berkata trend penurunan harga minyak kacang soya dan minyak mentah baru-baru ini dijangka mengehadkan peningkatan dalam pasaran MSM berikutan pasaran luar banyak mempengaruhi sentimen minyak sawit. “Minyak kacang soya dan minyak sawit bersaing dalam pasaran minyak sayuran global. Oleh itu, apabila harga minyak kacang soya menurun, pembeli mungkin beralih kepadanya, mengurangkan permintaan terhadap minyak sawit. “Kami menjangkakan harga diniagakan antara RM4,050 hingga...
Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Mendatar, Data Makro Jadi Tumpuan
Bursa Malaysia dijangka diniagakan mendatar minggu depan, dengan momentum indeks yang meningkat bergantung pada data makroekonomi utama dari China dan Amerika Syarikat (AS). Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata pelabur akan memantau data dari China, terutamanya angka perdagangan pada Jun dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku kedua. “Walaupun konsensus menjangka pertumbuhan KDNK kekal pada 5.0 peratus, kelemahan berterusan dalam sektor hartanah boleh mewujudkan semula spekulasi mengenai rangsangan ekonomi. “Di AS, jualan runcit pada Jun akan menjadi petunjuk utama terhadap kekuatan perbelanjaan pengguna dan potensi implikasi terhadap hala tuju dasar Rizab Persekutuan...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini. Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata indeks itu melepasi paras 1,530, menandakan titik perubahan teknikal. “Selagi indeks kekal di atas paras ini, terdapat kemungkinan untuk meningkat ke paras 1,550–1,570,” katanya kepada Bernama. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2025 dan Disember 2025 turun 4.5 mata setiap satu masing-masing kepada 1,532.0 dan 1,510.50. Jumlah dagangan meningkat kepada 7,745 lot daripada 4,032 pada Khamis, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 40,748 kontrak daripada 36,910. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.45...
FBM KLCI Ditutup Sedikit Rendah Susulan Kurang Pemangkin Baharu
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan prestasi sedikit rendah pada Jumaat apabila para pelabur menantikan pemangkin baharu terutamanya rundingan perdagangan yang sedang berlangsung di antara Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS). Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut sebanyak 0.45 mata atau 0.03 peratus kepada 1,536.07 daripada 1,536.52 ketika ditutup pada Khamis. Indeks petunjuk pasaran itu dibuka 1.36 mata lebih tinggi pada 1,537.88 dan berlegar antara 1,530.77 hingga 1,541.94 sepanjang sesi dagangan. Namun begitu, sentimen pasaran kekal positif dengan 510 kaunter untung mengatasi 450 kaunter rugi, 532 kaunter tidak berubah manakala 926 kaunter tidak diniagakan dan 10 kaunter lagi...
Bursa Malaysia Meningkat Pada Tengah Hari, Seiring Pasaran Serantau
Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini dengan lebih tinggi, menjejaki sentimen pasaran serantau yang positif ketika pelabur memantau pengurangan tarif Amerika Syarikat (AS) dan rundingan lanjut Malaysia bagi mendapatkan terma perdagangan yang lebih adil. Pada 12.30 tengah hari, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.34 mata kepada 1,540.86 daripada 1,536.52, semalam. Indeks penanda aras itu dibuka meningkat 1.36 mata kepada 1,537.88. Sentimen pasaran secara meluas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 467 berbanding 386 manakala 453 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,112 tidak diniagakan dan 10 lain digantung dagangannya. Jumlah dagangan sebanyak 2.29 bilion unit bernilai RM1.03 bilion...
Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Kebanyakannya Rendah
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka kebanyakannya rendah hari ini. Pada 9.43 pagi, kontrak Julai 2025 merosot 3.5 mata kepada 1,533.0, Ogos 2025 dan Disember 2025, masing-masing berkurangan 4.5 mata kepada 1,529.0 dan 1,510.50. Bagaimanapun, September 2025 meningkat 4.0 mata kepada 1,519.0. Jumlah dagangan sebanyak 1,070 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 34,463 kontrak. Kadar asas FBM KLCI berkurangan 3.20 mata kepada 1,533.32 selepas 46 minit dagangan daripada 1,536.52 pada Khamis. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2443968
FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya pada Jumaat dalam situasi trend pasaran serantau bercampur-campur dan kekurangan pemangkin baharu, kata penganalisis. Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk pasaran naik 0.91 mata atau 0.06 peratus kepada 1,536.61 daripada 1,536.52 pada Khamis. Indeks petunjuk pasaran sebelum itu dibuka tinggi 1.36 mata kepada 1,537.88. Bagaimanapun, pasaran secara keseluruhan positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 143 berbanding 139 manakala 267 kaunter tidak berubah, 1,869 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 121.49 juta saham bernilai RM58.81 juta. Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, sokongan belian dijangka...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini susulan kebimbangan mengenai peningkatan stok yang menjejaskan sentimen selepas data terkini oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dikeluarkan. Peniaga minyak sawit David Ng berkata pasaran memberikan reaksi terhadap laporan Jun MPOB, yang menunjukkan jumlah inventori minyak sawit menokok kepada 2.03 juta tan daripada 1.99 juta tan pada Mei, walaupun terdapat penurunan dalam pengeluaran dan eksport pada bulan itu. “Peniaga berwaspada selepas MPOB melaporkan peningkatan paras stok bulan ke bulan, yang menunjukkan bekalan di pasaran masih mencukupi dan keadaan ini memberi tekanan kepada harga,” katanya kepada Bernama. Bagaimanapun...
Belian Saham Perbankan Saat Akhir Pacu Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian
Pembelian saham perbankan ketika saat-saat akhir dagangan mendorong Bursa Malaysia ditutup di paras tertinggi harian pada Khamis, dengan indeks utama meningkat 0.48 peratus, sejajar dengan sentimen serantau yang bertambah baik. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.28 mata kepada 1,536.52 daripada 1,529.24 ketika ditutup semalam. Indeks penanda aras itu dibuka 2.19 mata lebih tinggi kepada 1,531.43 dan kemudian mencecah paras terendah 1,523.25 pada awal dagangan. Keseluruhan pasaran adalah positif, dengan 514 kaunter untung mengatasi 406 kaunter rugi, manakala 540 kaunter tidak berubah, 958 kaunter tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung. Jumlah dagangan meningkat kepada 3.25 bilion saham bernilai RM2.45...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2025 naik 12.5 mata kepada 1,536.50, Ogos 2025 dan September 2025 meningkat 12.0 mata setiap satu masing-masing kepada 1,533.50 dan 1,515.0 dan Disember 2025 menambah 13.0 mata kepada 1,515.0. Jumlah dagangan meningkat kepada 5,205 lot daripada 4,032 pada Rabu manakala kepentingan terbuka naik kepada 38,356 kontrak daripada 36,910 sebelumnya. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.28 mata kepada 1,536.52 daripada paras penutup 1,529.24 pada Rabu. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2443781
Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus bulan ke bulan kepada 1.26 juta tan pada Jun daripada 1.41 juta tan pada Mei, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Negara menghasilkan 1.69 juta tan minyak sawit mentah (MSM) pada bulan lepas iaitu penurunan sebanyak 4.48 peratus daripada 1.77 juta tan pada bulan sebelumnya, menurut laporan prestasi industri terkini agensi tersebut. Pengeluaran isirung sawit menurun sebanyak 5.66 peratus bulan ke bulan kepada 396,863 tan daripada 420,658 tan pada Mei. Sementara itu, pengeluaran minyak isirung sawit mentah turun sebanyak 8.48 peratus bulan ke bulan kepada 192,665 tan daripada 210,512 tan sebelumnya manakala pengeluaran dedak isirung sawit menyusut 7.85 peratus...
Back
Top
Log in Register