Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Bursa Malaysia pulih daripada prestasi lemah semalam untuk ditutup pada paras tertinggi intra harinya, hari ini, didorong oleh pemburuan saham berharga rendah, terutamanya dalam teknologi, tenaga, pembinaan dan saham pengguna.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 14.94 mata atau 1.01 peratus kepada 1,501.19 daripada 1,486.25 ketika ditutup pada Selasa.
Indeks penanda aras itu dibuka 11.11 mata lebih tinggi pada 1,497.36 dan mencecah paras terendah 1,493.26 pada sesi tengah hari sebelum berterusan naik hingga menjelang penutupan.
Keseluruhan pasaran adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 717 berbanding 264, manakala 403...