BTC USD 81,371.6 Gold USD 4,024.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

NIMP 2030, NAP 2020 Pacu Industri Auto Malaysia Muncul Kedua Terbesar Di Asia Tenggara
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyampaikan ucapan perasmian pada Malaysia Autoshow 2025 di MAEPS Serdang hari ini. -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA SERDANG, 8 Mei (Bernama) — Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Dasar Automotif Negara (NAP) 2020 telah membantu dalam membangunkan industri automotif Malaysia sebagai kedua terbesar di Asia Tenggara selain ke-23 terbesar di peringkat dunia. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pencapaian itu menyaksikan jualan atau jumlah keseluruhan industri (TIV) mencecah hampir 817,000 unit pada 2024. Sumbangan kenderaan elektrik (EV) kepada TIV juga berkembang...
MITI Sambut Baik Kajian Semula Peraturan Eksport Cip AI Washington
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Malaysia menyambut baik langkah Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk mengkaji semula peraturan eksport cip kecerdasan buatan (AI) memandangkan kejelasan dan konsistensi dalam dasar teknologi penting bagi inovasi global, daya tahan rantaian bekalan dan pertumbuhan yang menyeluruh. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata Malaysia sedang giat bekerjasama dengan rakan dagang utama bagi memastikan akses yang lebih terjamin dan saksama kepada teknologi kritikal menerusi Pusat Tindakan Geoekonomi Negara (NGCC). "Kami menyokong rangka kerja yang menggalakkan kepercayaan, keselamatan negara dan akses kepada teknologi bagi negara-negara yang bertanggungjawab," kata MITI...
BNM Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus, Pertumbuhan Global Berterusan
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus. BNM berkata penunjuk terkini menunjukkan pertumbuhan dan perdagangan global yang berterusan, disokong oleh permintaan dalam negeri dan aktiviti yang dilakukan lebih awal. Selain itu, prospek pertumbuhan global juga akan terus disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang positif, dasar monetari kurang ketat dan rangsangan fiskal. Bagaimanapun, bank pusat berkata langkah-langkah tarif yang diumumkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan tindakan balas telah melemahkan prospek pertumbuhan dan perdagangan global. “Prospek ini terus bergantung kepada ketidakpastian yang ketara, termasuk hasil...
AS Mahu Rundingan Satu Dengan Satu Dengan Negara Anggota ASEAN Mengenai Tarif - MITI
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) bertegas mengadakan perbincangan dua hala dengan negara anggota ASEAN secara individu mengenai langkah tarif timbal balas baru-baru ini, dan enggan berunding sebagai sebuah blok serantau, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Pengarah Hubungan Perdagangan dan Ekonomi Dua Hala MITI Raveendran Nair berkata Malaysia sebagai ekonomi ketiga terbesar dalam ASEAN telah memainkan peranan aktif dalam rundingan berkenaan dengan menghantar delegasi kementerian ke Washington pada 24 April. “Kita perlu berunding daripada perspektif dua hala. Oleh...
OPR Kekal 3.0 Peratus Satu Pendekatan Berhati-hati Oleh BNM -- Ahli Ekonomi
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dilihat sebagai pendekatan berhati-hati, kata seorang ahli ekonomi. Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata langkah itu dibuat apabila kerajaan berdepan dengan banyak perkembangan global berterusan selain ketidaktentuan. Katanya, perbincangan dengan pegawai Amerika Syarikat (AS) juga sedang berjalan dan BNM mengambil pendirian untuk tidak bertindak balas secara berlebihan. "Mungkin, pelonggaran dasar monetari boleh berlaku pada separuh kedua tahun ini kerana jika dilihat kepada kitaran dasar monetari di seluruh dunia, ia sebenarnya sedang...
Rizab Antarabangsa BNM Meningkat Kepada US$118.7 Bilion Pada 30 April
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada US$118.70 bilion pada 30 April, 2025 daripada US$118.40 bilion pada 15 April, 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM). Dalam kenyataan hari ini, bank pusat menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek. Komponen utama rizab antarabangsa itu meliputi rizab mata wang asing (US$105.5 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.8 bilion), emas (US$3.8 bilion) dan aset rizab lain (US$2.3 bilion). Jumlah aset sebanyak RM639.84 bilion, merangkumi emas dan pertukaran asing, dan rizab lain termasuk...
Public Bank Dapati Pendedahan Kredit Minimum Terhadap Risiko Tarif AS
Tan Sri Tay Ah Lek Kredit : Public Bank KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Public Bank Bhd mendapati pendedahan kredit yang minimum terhadap potensi risiko tarif Amerika Syarikat (AS) dengan anggaran kurang daripada tiga peratus daripada jumlah keseluruhan pinjamannya mungkin terjejas. Dalam pada itu, kata bank berkenaan, kualiti aset bank juga dijangka kekal stabil. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Tay Ah Lek berkata bank itu mengakui pemegang saham bimbang terhadap ketidaktentuan yang berterusan berkaitan dasar perdagangan AS dan kesannya terhadap ekonomi Malaysia serta bank tersebut. "Bagi Public Bank, sesuatu yang tidak penting mengenai pendedahan kredit kami kepada peminjam yang mungkin terjejas secara...
Unit Kerjaya Prospek Peroleh Kontrak Kerja RM162 Juta Di Johor
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd (Kerjaya) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd (KPM) menerima surat lantikan (LOA) daripada Majestic Gen Sdn Bhd bagi kontrak kerja berjumlah RM162 juta. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Kerjaya berkata kontrak melibatkan tiga lot bangunan di Johor Bharu, Johor. Menurut makluman itu, ia membabitkan pembangunan pangsapuri servis 47 tingkat yang terdiri daripada satu blok 732 unit, sembilan tingkat tempat letak kereta podium dan satu tingkat tempat letak kereta bawah tanah serta kemudahan mekanikal dan elektrik (M&E). “(Selain itu), kontrak juga termasuk satu tingkat tempat letak kereta dan kemudahan M&E dengan satu unit komersial dan...
Perodua Akan Keluarkan EV Pada Oktober, Lancar Pada Akhir Tahun - CEO
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad SERDANG, 8 Mei (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyasarkan untuk memuktamadkan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya pada Oktober, dengan pelan untuk memasarkannya pada akhir tahun ini. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata pada peringkat awal, kenderaan tersebut akan mempunyai lebih 30 peratus pemasangan tempatan di kilang baharunya di Rawang, Selangor, dengan harga di bawah RM80,000. “Bagaimanapun, selepas beberapa bulan pengeluaran, dengan penyesuaian komponen penting, kami berharap untuk meningkatkan kandungan pemasangan tempatan kepada lebih 60 peratus,” katanya pada sidang media...
IPP Malaysia Berkembang 3.2 Peratus Pada Mac 2025
Kredit: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia pada Mac 2025 mencatatkan pertumbuhan 3.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia. Dalam satu kenyataan hari ini, jabatan itu berkata pertumbuhan berkenaan disokong oleh sektor pembuatan dan perlombongan. Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata sektor pembuatan dan perlombongan masing-masing mencatatkan pertumbuhan 4.0 peratus dan 1.9 peratus. "Peningkatan dalam pengeluaran sektor pembuatan pada Mac 2025 disokong oleh pengeluaran dalam industri berorientasikan eksport yang tumbuh kepada 4.8 peratus daripada 5.7 peratus yang direkodkan pada Februari 2025...
Data Centre Nexus 2025 Pacu Masa Depan Digital Malaysia
Kredit: MIDA KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menganjurkan Data Centre Nexus 2025, acara yang menghimpunkan 400 pemegang berkepentingan dari seluruh ekosistem digital untuk merangka semula peranan Malaysia dalam ekonomi data global. Dalam satu kenyataan hari ini, MIDA berkata acara berkenaan khusus untuk memupuk kerjasama, mengukuhkan rantaian bekalan tempatan dan menangani jurang yang kritikal dalam ekosistem pusat data. "Ia turut membincangkang dasar-dasar untuk transformasi digital dan menggalakkan penggunaan teknologi awan sebagai pemangkin inovasi dan daya tahan ekonomi. "Acara itu juga turut menampilkan pembentangan daripada Amazon Web Services (AWS), Google, Princeton Digital...
Metro Glide Muncul Kontraktor Tempatan Berpengaruh Menangi Pelbagai Anugerah
Pemilik syarikat Metro Glide Sdn Bhd, Chamles Jack atau lebih dikenali sebagai Leng Jack ketika temu bual bersama wartawan Bernama di pejabatnya, Oleh Zaphne Philip KUCHING, 8 Mei (Bernama) -- Meskipun perjalanan lebih 20 tahun Metro Glide Sdn Bhd kini diwarnai dengan pelbagai anugerah, namun perjalanan untuk sampai ke tahap itu, bukanlah sesuatu yang mudah. Dipelopori Chamles Jack pada tahun 2001, syarikat berkenaan yang merupakan milik penuh Bumiputera, kini muncul sebagai antara kontraktor gergasi dalam kejuruteraan yang berpengaruh di bumi Kenyalang. Chamles, atau lebih mesra dipanggil Leng Jack, berkata Metro Glide bermula sebagai perniagaan perkongsian komersial dengan hanya 10 orang pekerja dan penah menghadapi pelbagai...
Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan Naik 0.6 Peratus Pada Suku Pertama 2025 - DOSM
Kredit : DOSM KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Indeks harga pengeluar perkhidmatan (IHPRP) Malaysia meningkat 0.6 peratus pada suku pertama 2025 berbanding 0.5 peratus pada suku keempat 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata indeks kesenian, hiburan dan rekreasi naik 6.6 peratus daripada 6.1 peratus pada suku tahun sebelumnya, dipacu oleh aktiviti hiburan dan rekreasi lain yang mewakili 2.1 peratus. "Indeks penginapan serta aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman terus menokok sebanyak 3.6 peratus (suku keempat 2024: 3.1 peratus), dipacu oleh peningkatan indeks restoran dan aktiviti perkhidmatan makanan bergerak (4.0 peratus) selain aktiviti perkhidmatan minuman...
Jualan Sektor Pembuatan Cecah RM164.3 Bilion Pada Mac 2025 -- DOSM
Kredit: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia meningkat 3.7 peratus kepada RM164.3 bilion pada Mac 2025 berbanding 4.7 peratus kepada RM153.1 bilion pada Februari 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan nilai jualan sektor pembuatan dipacu terutamanya oleh subsektor makanan, minuman dan tembakau yang merekodkan pertumbuhan kukuh 11.8 peratus pada Mac 2025 (Februari 2025: 14.5 peratus). "Ini diikuti dengan subsektor peralatan elektrik dan elektronik serta produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam, masing-masing pada 7.4 peratus (Februari 2025: 7.8 peratus) dan 4.0 peratus...
Fibromat Buat Penampilan Sulung Kurang Berprestasi Di Pasaran ACE
Kredit: Fibromat (M) Bhd KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Fibromat (M) Bhd membuat penampilan sulung yang kurang berprestasi di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini selepas berpindah dari Pasaran LEAP. Syarikat perkhidmatan geoteknikal itu dibuka pada 46 sen iaitu 16 peratus di bawah harga tawaran awam permulaan (IPO) iaitu pada 55 sen sesaham. Fibromat merupakan syarikat yang pakar dalam reka bentuk, pembuatan, pemasangan dan perdagangan produk geosintetik serta kawalan hakisan. Pengarah Eksekutifnya Wallace Ng Chun Hou berkata syarikat mungkin perlu memperkukuh lagi prestasinya bagi menarik keyakinan pelabur. "Kami berkembang dari sebuah syarikat kecil sehingga menjadi penyedia penyelesaian geoteknikal yang lebih bersepadu dan...
NTT DATA Payment Services Lancar ADAPTIS, Era Baharu Dalam Arena Perniagaan
Kredit: NTT Data Payment Services KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- NTT DATA Payment Services kini melancarkan ADAPTIS, rangkaian solusi pembayaran bersepadu dan pelbagai yang direka untuk memenuhi keperluan perniagaan moden yang berkembang maju. Dalam kenyataan hari ini, NTT DATA Payment Services menjelaskan ADAPTIS menjadi penanda aras bagi pencapaian strategik dalam transformasi pihaknya, menggabungkan inovasi, fleksibiliti dan kepakaran serantau untuk membentuk masa depan perdagangan di Asia Tenggara. “Rangkaian perkhidmatan ADAPTIS termasuk lima tawaran utama yang direka untuk memperkukuh perniagaan dengan perkhidmatan yang lebih fleksibel dan cekap. “Tawaran utama itu ialah ADAPTIS In-Store untuk melancarkan transaksi jual beli...
Malaysia, Bahrain Komited Tingkatkan Pelaburan Dan Kerjasama Baharu - Tengku Zafrul
Kredit: X Tengku Zafrul KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Malaysia dan Bahrain komited untuk meningkatkan perdagangan, pelaburan serta meneroka kerjasama baharu dalam bidang ekonomi digital dan teknologi hijau. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata demikian menerusi satu hantaran di platform X hari ini. Beliau berkongsi mengenai pertemuannya dengan Menteri Pembangunan Lestari merangkap Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain Noor Ali AlKhulaif dan Menteri Perindustrian dan Perdagangan Bahrain Abdulla Adel Fakhro. “Ke arah kemakmuran bersama Malaysia dan Bahrain!” katanya ringkas. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri menerima kunjungan Delegasi Bahrain hari ini...
Pandangan Pelbagai Menjelang Pengumuman OPR BNM Esok
Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Walaupun kadar dasar semalaman (OPR) dijangka oleh banyak pihak untuk kekal pada 3.0 peratus, beberapa pakar ekonomi melihat penurunan sebanyak 25 mata asas (bps) mungkin akan dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai sokongan awal terhadap potensi risiko penurunan tarif Amerika Syarikat (AS). Mereka percaya bahawa sentimen perniagaan negatif telah bertukar negatif walaupun pentadbiran Presiden AS Donald Trump menangguhkan tarif timbal balas itu selama 90 hari terhadap levi import 24 peratus ke atas Malaysia, industri yang dikendalikan oleh syarikat besar dan kecil turut terjejas. Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid...
AirAsia Malaysia Gantung Penerbangan Amritsar Susulan Penutupan Lapangan Terbang
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- AirAsia Malaysia telah menggantung sementara, penerbangan masuk dan keluar dari Amritsar, India berikutan penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Sri Guru Ramdas Jee Amritsar. AirAsia Group Bhd melalui satu kenyataan berkata penggantungan itu bermula hari ini sehingga 9 Mei selepas ketegangan antara Pakistan dan India memuncak. "Kami sedang mengawasi keadaan dan komited untuk mengutamakan keselamatan penumpang serta kru kami. "Kami telah menghubungi semua penumpang yang terjejas oleh penggantungan sementara penerbangan. Para penumpang yang pergi ke/dari Amritsar digalakkan untuk memeriksa e-mel dan telefon bimbit mereka bagi pemberitahuan penggantungan," katanya. AirAsia juga menjelaskan penumpang...
Pharmaniaga Catat Untung Bersih RM29.58 Juta, Lebih Tinggi Pada Suku Pertama 2025
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Pharmaniaga Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM29.58 juta pada suku pertama yang berakhir 31 Mac 2025, meningkat daripada RM25.65 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas. Perolehan dalam suku tersebut naik sebanyak 9.4 peratus kepada RM1.06 bilion daripada RM964.96 juta sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini. Pertumbuhan perolehan tersebut dipacu terutamanya oleh permintaan yang lebih tinggi dalam segmen konsesi disebabkan peningkatan jumlah pesanan daripada hospital kerajaan serta penambahan produk baharu ke dalam Senarai Pembelian Produk Diluluskan (APPL). Pengarah Urusannya Zulkifli Jafar berkata kumpulan terus menunjukkan prestasi yang konsisten...
Back
Top
Log in Register