BTC USD 81,986.1 Gold USD 4,127.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

Grid Tenaga ASEAN Perkukuh Kerjasama Serantau - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berucap pada majlis makan malam dan sesi ramah mesra bersama rakyat Malaysia di United Kingdom (UK), bertempat di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London pada Jumaat. Daripada Salawaty Supardi LONDON, 26 April (Bernama) -- Grid Tenaga ASEAN (APG) merupakan tonggak yang boleh memperkukuh jalinan kerjasama antara anggota perkumpulan itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata berdasarkan kepentingan kerjasama itu, Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini akan menumpukan usaha bagi merealisasikan APG seterusnya meningkatkan keterjaminan, akses dan kemampuan tenaga di rantau ini. Mengambil contoh...
CPTPP: 100,000 Tan Minyak Sawit Malaysia Dari Sabah Dieksport Ke UK Dengan Tarif Sifar
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom (UK) Datuk Zakri Jaafar berucap pada Majlis Ramah Mesra dan Makan Malam bersama Rakyat Malaysia di UK yang diadakan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, hari ini. Daripada Salawaty Supardi LONDON, 26 April (Bernama) -- Sebanyak 100,000 tan minyak sawit Malaysia dari Sabah yang dieksport ke United Kingdom (UK) pada awal bulan ini telah mendapat akses tarif sifar di bawah Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara Datuk Zakri Jaafar. Beliau berkata minyak sawit itu telah memasuki depot penyimpanan di pelabuhan Liverpool pada 5 April lepas dan merupakan konsainan pertama minyak sawit Malaysia di...
Keputusan OPR BNM Dibuat Berdasarkan Pendekatan Berhemat -- Amir Hamzah
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil pendekatan berhemat dalam menangani Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang disifatkan sebagai instrumen dasar  berkuasa yang perlu digunakan hanya apabila keadaan memerlukan. Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah berkata susulan kadar OPR yang rendah pada 1.75 peratus semasa pandemik COVID-19, BNM telah mengambil pendekatan berhemat dan secara berperingkat untuk menaikkan kadar berbanding negara lain yang bertindak balas dengan kenaikan agresif untuk menangani inflasi. "BNM juga menaikkan kadar, namun ia dinaikkan secara berhemat, dan mencapai kadar yang agak akomodatif pada 3.0 peratus yang mana selesa bagi perniagaan untuk masih terus boleh beroperasi,” katanya...
Malaysia Tidak Akan Terlalu Tumpu Pada Unjuran Pertumbuhan Tetapi Fokus Kepada Bina Daya Tahan - Amir Hamzah
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Berdasarkan unjuran pertumbuhan Malaysia diturunkan yang mencerminkan trend global, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menekankan kepentingan untuk tidak terlalu tumpu pada angka pertumbuhan. Sebaliknya, katanya tumpuan perlu diberikan kepada membina daya tahan dan memastikan negara mempunyai mekanisme dan dasar yang tepat untuk terus berkembang dalam ketidaktentuan global yang meningkat, perjalanan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sejak tiga tahun lepas. Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa walaupun terdapat halangan dan badan multilateral menyemak semula sasaran pertumbuhan Malaysia, mencerminkan pertumbuhan global dan jumlah perdagangan yang menurun, Malaysia akan terus...
Malaysia Berusaha Kekalkan Hubungan Baik Dengan AS - Amir Hamzah
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) - Malaysia akan terus berusaha mengekalkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. "Malaysia sentiasa menjadi rakan ekonomi yang baik kepada AS. Itulah sebabnya AS sentiasa menjadi antara pelabur asing tertinggi Malaysia di negara ini" "Kami menyediakan persekitaran yang membantu syarikat AS berkembang maju di Malaysia. Intel telah berada di Malaysia sejak 1971. (Syarikat lain telah) berada di Malaysia lebih lama, (ada sebahagian) malahan sudahpun berada sejak merdeka,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang bagaimanakah bentuk hubungan ekonomi AS-Malaysia yang positif di bawah Pentadbiran Presiden Donald Trump tanpa perang...
Bank Dunia Unjur Pertumbuhan Ekonomi 2025 Malaysia Pada 3.9 Peratus
Dr Apurva Sanghi KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Bank Dunia mengunjurkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 3.9 peratus tahun ini berikutan cabaran global. Dalam catatan di platform X menerusi akaun @ApurvaSanghi, Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Apurva Sanghi menyatakan, “Dengan mengambil kira semua kemungkinan kekangan, kami (Bank Dunia) mengunjurkan kadar pertumbuhan 2025 Malaysia pada 3.9 peratus.” Bank Dunia juga memaklumkan unjuran pertumbuhan bagi negara ASEAN lain, dengan Vietnam dijangka mendahului pada 5.8 peratus, diikuti Indonesia pada 4.7 peratus, Filipina pada 5.3 peratus, Kemboja pada 4.0 peratus, dan Thailand pada 1.6 peratus. Selain itu, unjuran bagi kadar pertumbuhan China adalah pada 4.0...
Taghill Peroleh Kontrak Bernilai RM494.65 Juta Daripada Indo Aman Bina
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Taghill Holdings Bhd telah mendapat kontrak pembangunan hartanah bernilai RM494.65 juta oleh syarikat hartanah Indo Aman Bina Sdn Bhd (IAB). Anak syarikat milik penuh Taghill Holdings, Taghill Projects Sdn Bhd (TPSB) hari ini menerima surat anugerah (LOA) daripada IAB untuk cadangan pembinaan dan penyiapan projek pembangunan perniagaan fasa 1b di Bandar Seri Damansara, Selangor. Projek itu termasuk satu blok pangsapuri servis 55 tingkat termasuk dua tingkat kemudahan dan rooftop garden di Aras 67 dan Aras 68 di Blok A serta blok apartmen servis 55 tingkat termasuk dua tingkat kemudahan dan rooftop garden di Aras 67 dan Aras 68 di Blok B. “Projek itu adalah untuk tempoh 40 bulan dari tarikh...
PEGT Tingkat Bekalan Gas Ke Puchong Susulan Insiden Saluran Paip Di Putra Heights
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Petronas Energy & Gas Trading Sdn Bhd (PEGT) akan menyediakan tambahan 24 juta kaki padu standard setiap hari (MMscfd) gas ke zon terpencil di Puchong City Gate, bagi membantu kawasan yang terjejas akibat insiden saluran paip di Putra Heights baru-baru ini. Dalam satu kenyataan hari ini, pengangkut gas berlesen itu berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada penyelarasan berterusan dengan Gas Malaysia Bhd (GMB) bagi meningkatkan kapasiti bekalan keseluruhan rangkaian pengedaran gas. “Peruntukan tambahan itu dijangka mengukuhkan kestabilan bekalan gas di dalam zon terpencil dan menambah baik keadaan bekalan secara keseluruhan,” kata PEGT. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2416829
Bina Puri Sedia Beri Kerjasama Penuh Dalam Siasatan Aktiviti Dagangan
Bina Puri Holdings Bhd KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Bina Puri Holdings Bhd menyatakan pihaknya bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan ke atas aktiviti dagangan luar biasa melibatkan sahamnya, serta beberapa syarikat lain. Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat pembinaan itu menjelaskan pihaknya bersedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Bhd sekiranya mereka memerlukan sebarang maklumat atau bantuan sepanjang siasatan itu. “Syarikat juga ingin meyakinkan kalangan pihak berkepentingan bahawa akaun peribadi dan pegangan saham utama dan pemiliknya tidak akan terjejas atau diakses tanpa kebenaran. “Lembaga pengarah kekal komited terhadap...
Potensi Penurunan Tarif Dijangka Cerah Susulan Rundingan Malaysia, AS - Ahli Ekonomi
Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Potensi penurunan atau sifar tarif timbal balas bagi Malaysia dijangka menjadi antara hasil positif utama rundingan di antara Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (AS) Jamieson Greer semalam. Ahli Ekonomi Profesor Dr Geoffrey Williams berkata penangguhan sementara pelaksanaan tarif selama 90 hari baru-baru ini memberikan peluang untuk Malaysia berunding bagi mendapatkan terma perdagangan lebih baik, yang berpotensi meningkatkan daya saing perdagangan global negara. Perintah Presiden yang ditandatangani Presiden AS Donald Trump pada Hari Pembebasan, secara jelas membenarkan rundingan yang...
Keuntungan suku pertama BYD melonjak, menewaskan Tesla dalam satu lagi metrik
None Ringkasan Trend Pasaran Pendapatan BYD Suku Pertama 2023 RM5.95 bilion, atasi Tesla Jualan Kereta BYD Hampir 1 Juta Unit Suku Pertama BYD Akan Bina Kilang EV di Hungary Mulai 2025 Menurut laman Bloomberg, keuntungan bersih BYD Co. pada suku pertama melonjak kepada 9.15 bilion yuan (RM5.95 bilion), mengatasi Tesla Inc. dari segi metrik utama dan menunjukkan permulaan tahun yang kukuh bagi jenama kereta nombor satu di China. Keuntungan bersih BYD yang berpangkalan di Shenzhen lebih tinggi daripada 8.1 bilion yuan yang dijangkakan oleh penganalisis. Walaupun jualan pembuat kereta itu sebanyak 170.36 bilion yuan untuk tiga bulan berakhir 31 Mac meningkat 36% tahun ke tahun, ia masih kurang daripada jangkaan penganalisis. Tesla...
UEM Edgenta Meterai Kontrak Sediakan Perkhidmatan Sokongan Hospital Bernilai S$220 Juta
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung UEM Edgenta Bhd, UEMS Solutions Pte Ltd telah menandatangani kontrak dengan ALPS Pte Ltd untuk menyediakan perkhidmatan sokongan hospital di Singapura bernilai kira-kira S$220.48 juta (kira-kira RM735.23 juta). Syarikat pengurusan aset dan penyelesaian infrastruktur itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata kontrak itu menjangkau antara 32 bulan dan lima tahun, dijadual bermula seawal 1 Mei, 2025. “Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2025,” kata UEM Edgenta. Tiada kesan ke atas modal saham terbitan dan berbayar serta pegangan saham pemegang saham...
Fadillah Sertai Sesi Pleno Peringkat Menteri Pada Sidang Kemuncak Keselamatan Tenaga
Kredit: FB Fadillah Yusof LONDON, 25 April (Bernama) --Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai sidang pleno peringkat menteri pada hari kedua Sidang Kemuncak mengenai Masa Depan Keselamatan Tenaga di Lancaster House di sini pada Jumaat. Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi diiringi Setiausaha Sulit Kanan Datuk Ahmad Wafi Harussani, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Datuk Sharbini Suhaili, dan Pengurus Besar Komunikasi Korporat Sarawak Energy Elain Tan. Pleno peringkat menteri selama tiga jam yang bermula pada 9.45 pagi waktu tempatan itu dimudahcarakan oleh Pengarah Eksekutif Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) Dr Fatih Birol. Bersambung daripada hari sebelumnya, pleno hari...
Hasil tidak stabil Jepun menyukarkan perdagangan - Ketua Pegawai Kewangan Nomura
Ringkasan Trend Pasaran Nomura alami kesukaran dalam pengurusan kadar faedah yen Kejayaan dalam perniagaan perdagangan di AS Kesan kenaikan besar kadar yen jangka panjang Menurut laman Bloomberg, syarikat Nomura Holdings Inc. menghadapi cabaran dengan perubahan mendadak dalam kadar faedah yen, walaupun mereka berjaya meneroka peluang lain di pasaran global. Ketua Pegawai Kewangan, Takumi Kitamura, menyatakan pada taklimat pendapatan bahawa, "Kami melakukannya dengan sangat baik dalam perniagaan perdagangan di luar negara, terutamanya di AS. Sebaliknya, ia menjadi agak sukar untuk menguruskan di Jepun sebahagiannya disebabkan oleh kesan lonjakan besar dalam kadar yen jangka panjang." Dalam ringkasannya, Kitamura menjelaskan bahawa...
Aisin Corp kurangkan panduan tahun kewangan akibat tarif dan kemerosotan pasaran China
None Ringkasan Trend Pasaran Aisin kurangkan jangkaan keuntungan tahunan. Pasaran Amerika Utara beri kesan besar. Kesan tarif dan kos buruh meningkat. Menurut laman Bloomberg, Aisin Corp. telah memotong panduan keuntungan operasi tahunan mereka sebanyak satu pertiga. Ini berpunca daripada impak tarif US, pengurangan pegangan pasaran di China dan penurunan dalam jumlah pengeluaran OEM domestik. Pembekal alat ganti automotif untuk Toyota Motor Corp. dan Volkswagen AG ini kini menjangkakan keuntungan operasi akan mencecah 205 bilion yen (RM 14.3 bilion) untuk tahun fiskal yang berakhir pada Mac 2026, berbanding dengan panduan sebelumnya sebanyak 300 bilion yen. Kesan tarif sahaja dijangka mengurangkan 20 bilion yen daripada keuntungan...
Bin Zayed Labur AS$500 Juta Dalam Projek Kilang Penapisan Bahan Api Penerbangan
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad (belakang, dua, kiri) bersama Pengerusi Bin Zayed International Group of Companies, Sheikh Khaled Zayed Saquer Zayed Alnahyan (berdiri tiga kanan) menyaksikan upacara menandatangani perjanjian kerjasama strategik antara Bin Zayed International Group (BZI) dengan FatHopes Energy (FHE) yang diwakili oleh Pengarah Urusan Bin Zayed International (M) Berhad, Datuk Seri Dr. Shamir Kumar Nandy (duduk dua kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif FatHopes Energy Sdn. Bhd., Vinesh Sinha (duduk dua kanan) di Tun Razak Exchange hari ini. KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Bin Zayed International (M) Bhd (BZI) akan melabur US$500 juta untuk membangunkan kilang penapisan bahan api penerbangan...
Malaysia Komited Bekerjasama Dalam Ekosistem Halal Dengan Rakan Antarabangsa Pada Expo 2025 Osaka
Kredit : Facebook Malaysia Pavilion Expo 2025 Osaka KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Malaysia kekal komited untuk berkongsi kepakarannya dan menggalakkan kerjasama dengan rakan antarabangsa, terutamanya dalam mempromosikan kesedaran dan inovasi dalam ekosistem halal di Expo 2025 Osaka, Kansai, Jepun, yang berlangsung dari 13 April hingga 13 Okt 2025. Ketua Platform Bersepadu Halal (HIP) Halal Development Corporation Bhd (HDC) Mohammad Hafiz Jamaluddin berkata ekspo itu menjadi platform untuk Malaysia mengukuhkan kedudukannya sebagai hab halal global selaras dengan Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030). “Melalui usaha kami dan HIMP 2030, kami mengukuhkan ekosistem halal Malaysia selain memacu inovasi dan penggunaan digital...
Bukan Semua Kod QR Selamat - Kaspersky
Kanan (Oleg Gorobets ) dan kiri (Noushin Shabab) Kredit : Kaspersky From C. Vinoothene SINGAPURA, 25 April (Bernama) -- Penggunaan kod respons pantas (QR) dalam kalangan rakyat Malaysia kini telah menjadi kebiasaan baharu, bermula dari perkhidmatan perbankan, pertukaran kenalan, hingga pemesanan makanan. Bagaimanapun, dengan peningkatan penggunaan kod QR, firma keselamatan siber Kaspersky memberi amaran kepada rakyat Malaysia untuk terus berjaga-jaga terhadap ancaman yang semakin berkembang melibatkan penipuan kod QR. Menurut Penyelidik Keselamatan Utama Kaspersky, Noushin Shabab, penipuan QR adalah bentuk baharu ancaman siber iaitu apabila penyerang menghasilkan kod QR berniat jahat yang membahayakan keselamatan siber pengguna...
Eksport Sarung Tangan Getah Terhad Kepada Produk Tempatan Berkuat Kuasa Serta-merta
Gambar Fail PUTRAJAYA, 25 April (Bernama) -- Syarikat pengeksport sarung tangan getah yang berlesen dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM) hanya dibenarkan mengeksport sarung tangan getah yang diperoleh daripada sumber kilang pembuatan tempatan, berkuat kuasa serta-merta. Menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dalam kenyataan hari ini, langkah itu bagi menjamin kualiti produk dan kemampanan industri sarung tangan getah negara, selain mencegah risiko Malaysia menjadi destinasi pengalihan perdagangan dari negara lain. “Ini juga susulan perkembangan global yang memperlihat ketidaktentuan dalam landskap perdagangan antarabangsa termasuk perubahan dasar pasaran utama dunia yang memberi kesan langsung kepada rantaian bekalan dan...
CLSA Lancar Waran Berstruktur Di Bursa Malaysia
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- CLSA Securities Malaysia Sdn Bhd (CLSA) hari ini secara rasminya melancarkan waran berstruktur di Bursa Malaysia Securities Sdn Bhd. Ketua Negara CLSA Malaysia Kit Lim berkata firma itu menjadi penerbit waran berstruktur antarabangsa kedua dalam pasaran Malaysia. Pada kemunculannya, CLSA memperkenalkan enam waran yang dikaitkan dengan beberapa syarikat yang paling aktif didagangkan, termasuk MYEG Services Bhd dan Gamuda Bhd. Syarikat lain ialah Genting Bhd, Inari Amerton Bhd, Petronas Chemicals Group Bhd dan YTL Power International Bhd. “Nama-nama ini sangat dikenali dalam kalangan pelabur Malaysia, dan ini merupakan permulaan. “Kami berharap dapat meluaskan liputan kami, memperdalam penglibatan...
Back
Top
Log in Register