BTC USD 81,546.8 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

Ekonomi Zon Euro berkembang kurang dari jangkaan pada suku pertama 2025
Ringkasan Isi Utama Ekonomi zon euro berkembang kurang daripada laporan awal. Kebimbangan meningkat terhadap tarif yang dikenakan oleh AS. Pasaran buruh kekal kukuh dengan pertumbuhan pekerjaan. Menurut laporan Bloomberg, ekonomi zon euro berkembang kurang daripada apa yang dilaporkan pada awal tahun 2025, bahkan sebelum tarif AS yang dijangka akan menjejaskan aktiviti dalam bulan-bulan akan datang. Output suku pertama meningkat sebanyak 0.3% berbanding tiga bulan sebelumnya, lebih rendah daripada anggaran terdahulu sebanyak 0.4%, menurut Eurostat pada hari Khamis. Namun begitu, angka ini masih lebih tinggi daripada jangkaan ahli ekonomi pada masa laporan awal tersebut. Prospek di rantau ini dibayangi oleh pengumuman tarif AS bulan...
Malaysia, Jepun Meterai Janji Niaga Bioekonomi Hijau Bernilai RM1.34 Bilion Di Ekspo 2025 Osaka
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation) Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak Credit: Bioeconomy Corporation KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Malaysia dan Jepun mencatatkan pencapaian baharu dalam perkongsian bioekonomi hijau apabila memeterai tiga perjanjian strategik bernilai RM1.34 bilion pada 12 Mei di Ekspo 2025 Osaka, Jepun. Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation) menjelaskan acara yang diadakan sempena pelancaran Minggu MOSTI itu merupakan usaha ke hadapan bagi kedua-dua negara untuk memacu agenda ekonomi rendah karbon dan berasaskan bio, sejajar dengan komitmen kemampanan global. “Kerjasama itu melibatkan pembangunan tenaga boleh baharu...
HORIBA Group Sasar Buka Kemudahan Pengeluaran Pertama Di Kedah Menjelang 2026
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Pengeluar dari Jepun, HORIBA Group menyasarkan untuk membuka kemudahan pembuatan kawalan aliran jisim (MFC) di Kedah, sekali gus menjadikannya pangkalan pengeluaran produk ituyang pertama di Malaysia. Dijadualkan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2026, kemudahan itu merupakan lonjakan besar  daripada pejabat wakil yang beroperasi ketika ini di Pulau Pinang, mengubah kehadiran syarikat itu di Malaysia daripada sekadar hab pembangunan perniagaan kepada operasi pembuatan berskala penuh. Dalam satu kenyataan bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan HORIBA, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berkata keputusan HORIBA untuk membuka pangkalan...
SEAcare 2025 Jana Potensi Jualan RM1.1 Bilion
Pengerusi Eksekutif Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd, Richard Teo KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Pameran Penjagaan Kesihatan dan Farmaseutikal Asia Tenggara ke-25 (SEAcare 2025) telah menjana lebih daripada RM1.1 bilion dalam potensi jualan dan dalam edisi seterusnya, mahu mencapai sasaran jualan sebanyak RM1.5 bilion. Diadakan mulai 23 hingga 25 ​​April di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), acara itu menarik lebih daripada 10,800 pelawat perdagangan, dengan 130 peserta pameran dari 13 negara dan pasaran. Menurut penganjur acara tersebut, Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd, acara itu telah mengesahkan kedudukan Malaysia sebagai hab serantau untuk kolaborasi dan inovasi penjagaan kesihatan. Pengerusi...
ASEAN Runding Perluas Keahlian RCEP, CPTPP Untuk Perkukuh Perdagangan Serantau
Oleh Norsyafawati Ab Wahab KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) - ASEAN sedang merundingkan langkah-langkah untuk mengembangkan keahlian dalam dua perjanjian perdagangan utama iaitu Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP). Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Iangkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperkukuh integrasi ekonomi serantau. Menurutnya, perkara itu dibincangkan semasa beliau mempengerusikan Mesyuarat Kaukus Menteri ASEAN bersempena Mesyuarat Menteri-Menteri Bertanggungjawab Mengenai Perdagangan (MRT) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-31 di Jeju, Korea Selatan...
PM Anwar Sampaikan Perspektif Malaysia Di Rusia, Terima Anugerah Doktor Kehormat MGIMO
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail KAZAN, 15 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diberi penghormatan menyampaikan syarahan umum di pusat pengajian terkenal di  Rusia, Moscow State Institute of International Relations University (MGIMO). Beliau akan menyampaikan syarahan umum bertajuk “ASEAN in a Multipolar World: Perspectives from Malaysia” di universiti tersebut. Sejurus selesai, Perdana Menteri dijadualkan menerima anugerah doktor kehormat daripada MGIMO atas sumbangan beliau dalam menegakkan keamanan sejagat serta mengeratkan kerjasama antarabangsa. Usai segmen pertama lawatan rasmi beliau di Moscow, Perdana Menteri dan delegasi akan berlepas ke Kazan...
Honda Malaysia Lancar Kenderaan Elektrik Berkuasa Bateri Pertama E:N1 Berharga RM149,900
Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia Sdn Bhd Ir Sarly Adle Sarkum (kiri) bersama Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Narushi Yazaki (kanan) melancarkan Honda e:N1 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini. KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Honda Malaysia melancarkan kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) pertamanya iaitu e:N1 yang berharga RM149,900 seunit. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Narushi Yazaki berkata pelancaran model itu mengukuhkan barisan kenderaan elektrik (EV) Honda dan menawarkan lebih banyak pilihan mobiliti kepada rakyat Malaysia selaras dengan strategi perniagaan syarikat bagi tahun 2025. “Kami merancang untuk memperkenalkan dua lagi...
Momentum Kenaikan Emas Dijangka Hingga 2026, Harga Cecah Us$3,500 Seauns -- UBS
Joni Teves Kredit : UBS Investment Bank's KUALA LUMPUR, 15  Mei (Bernama) -- UBS Investment Bank mengekalkan unjuran memberangsangkan terhadap prospek emas dan menjangkakan logam berharga itu akan meneruskan momentum kenaikannya, berkemungkinan besar sehingga suku kedua dan ketiga 2026 susulan ketidakpastian global. Strategis Logam Berharga bank pelaburan itu, Joni Teves berkata walaupun pengumuman tarif mencetuskan ketidakpastian ketara dalam banyak kelas aset termasuk emas, prospek meluas terhadap aset berharga itu kekal tidak berubah. “Berdasarkan risiko terhadap pertumbuhan, kami berpendapat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan terus melonggarkan dasarnya, sekali gus mewujudkan sokongan positif terhadap emas. “Pelabur...
Permintaan Buruh Malaysia Terus Berkembang 1.4 Peratus Pada ST1 2025 - DOSM
Kredit: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) PUTRAJAYA, 15 Mei (Bernama) -- Permintaan buruh Malaysia terus berkembang sebanyak 1.4 peratus pada suku tahun pertama (ST1) tahun ini dengan mencatatkan 9.06 juta jawatan berbanding 8.94 juta pada suku sama tahun lepas, menurut Statistik Guna Tenaga, Suku Tahun Pertama 2025 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini. Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata ia sejajar dengan prestasi ekonomi semasa di Malaysia yang diunjur terus bertambah baik, disokong oleh permintaan dalam negara yang berdaya tahan. Beliau berkata daripada jumlah jawatan, 97.9 peratus telah diisi manakala 2.1 peratus masih kosong. Mohd Uzir berkata bilangan jawatan diisi meningkat 1.4...
Tarif : Rundingan Malaysia-AS Lancar, Banyak Isu Boleh Diselesaikan - Tengku Zafrul  Â
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Perbincangan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif timbal balas setakat ini berjalan lancar dengan banyak isu boleh diselesaikan manakala sebahagian lagi memerlukan penelitian lanjut, khususnya berkaitan sektor strategik negara. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata perkara itu dibincangkan dalam pertemuannya dengan Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer ketika menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Bertanggungjawab Mengenai Perdagangan (MRT) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-31 di Jeju, Korea Selatan. Delegasi Malaysia akan meneruskan rundingan di Washington pada pada 28–30 Mei ini yang akan diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha...
Merck KGaA menurunkan unjuran disebabkan dolar AS lemah dan ketidakpastian tarif mengurangkan pertumbuhan jualan dan keuntungan
Ringkasan Isi Utama Merck KGaA mengurangkan unjuran pertumbuhan jualan dan keuntungan. Kesan dolar AS yang lemah dan ketidaktentuan tarif mempengaruhi hasil. Perolehan unit sains hayat menunjukkan tanda pemulihan selepas pandemik. Menurut laporan Bloomberg, Merck KGaA telah menurunkan unjuran pertumbuhan jualan dan keuntungan tahun ini, disebabkan oleh kesan dolar AS yang lemah serta ketidaktentuan berkaitan tarif. Kumpulan sains dan teknologi dari Jerman ini kini menjangka pertumbuhan jualan organik setahun penuh berada antara 2% hingga 6%, dan pertumbuhan perolehan yang diselaraskan antara 2% hingga 7%. Angka ini menurun berbanding unjuran sebelumnya iaitu 3% hingga 6% bagi jualan dan 3% hingga 8% bagi pertumbuhan keuntungan...
Keuntungan Geely Naik Drastik Berikutan Jualan Rekod dan Penstrukturan Semula di Tengah Persaingan Pasaran Kereta China
Ringkasan Isi Utama Keuntungan Geely meningkat tiga kali ganda pada suku pertama. Geely merancang untuk menjadikan Zeekr jenama persendirian. Cabaran tarif EU mengurangkan pertumbuhan eksport Geely. Menurut laporan Bloomberg, Geely Automobile Holdings Ltd., unit yang disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong daripada empayar automotif Li Shufu, menyatakan keuntungan suku pertama melonjak seiring peningkatan jualan sambil meneruskan usaha pemotongan kos bagi mengekalkan kedudukan dalam pasaran kereta China yang sangat kompetitif. Pendapatan bersih meningkat lebih tiga kali ganda kepada 5.67 bilion yuan ($786 juta) (MYR 3,329,401,000) dalam tempoh tiga bulan yang berakhir pada 31 Mac, berbanding 1.56 bilion yuan pada tahun sebelumnya. Ini...
Rundingan FTA Malaysia-Korea Selatan Di Peringkat Akhir, Dimuktamad Oktober Ini - Tengku Zafrul
Oleh Norsyafawati Ab Wahab KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan Korea Selatan kini memasuki fasa akhir dengan sasaran untuk dimuktamadkan ketika berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober depan di Kuala Lumpur. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata rundingan tersebut berjalan lancar dan wakil kedua-dua negara kini berada di Malaysia bagi menyelesaikan isu-isu terakhir. "Pasukan perunding kita bersama dengan pasukan Korea Selatan ada di Malaysia sekarang, dan insyaAllah ini adalah peringkat pusingan terakhir, sebelum kita berjumpa lagi pada Jun nanti (peringkat menteri)," katanya kepada Bernama. "Semuanya berjalan...
Malaysia Gesa WTO Laksana Pembaharuan Untuk Kekal Relevan dalam Sistem Perdagangan Global
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama)-- Malaysia menggesa Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mempertingkatkan peranannya dalam membantu negara membangun dan kurang membangun, selain melakukan pembaharuan agar terus relevan dalam sistem perdagangan global. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata perkara itu disampaikan ketika pertemuan beliau bersama dengan Ketua Pengarah WTO, Dr Ngozi Okonjo-Iweal. "Kita perlu melihat apakah isu-isu yang menyebabkan WTO ini tidak se-efektif seperti dulu dan kita kena berani buat perubahan di peringkat WTO," katanya kepada Bernama. Beliau berkata Malaysia menyambut baik usaha pembaharuan WTO yang dijangka dibincangkan secara lebih mendalam pada Persidangan...
Anwar, Putin Suarakan Hasrat Bersama Perkukuh Perdagangan, Pelaburan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Vladimir Putin mengadakan sidang media bersama sejurus selesai mesyuarat delegasi di Kremlin Moscow. KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Malaysia dan Rusia menyatakan hasrat bersama untuk memperkukuh perdagangan dan pelaburan sekali gus menandakan lembaran baharu dalam hubungan dua hala Malaysia-Rusia yang semakin berkembang. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun hubungan antara kedua-dua negara berjalan dengan baik namun, masih terdapat potensi besar yang belum diterokai seperti dalam bidang perdagangan, pelaburan dan kerjasama. “Itu sebabnya saya memilih untuk datang ke sini sebagai tetamu beliau,” kata Anwar pada sidang media bersama Presiden...
Rusia Lihat Wujud Prospek Usaha Sama Dengan Malaysia Dalam Minyak & Gas, Tenaga - Putin
Presiden Rusia, Vladimir Putin KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Presiden Rusia Vladamir Putin berkata beliau melihat wujudnya prospek bagi usaha sama antara Rusia dan Malaysia dalam bidang gas asli dan tenaga nuklear. Beliau berkata Petronas mempunyai modal ekuiti dalam Rosneft. “Syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas memegang modal ekuiti dalam Rosneft, dan Petronas juga mempunyai perkongsian dengannya dan sedang membangunkan hubungan itu, serta dengan Gazprom,” kata beliau pada sidang media bersama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Moscow, Rusia hari ini. Rosneft ialah syarikat tenaga bersepadu Rusia yang beribu pejabat di Moscow, manakala Gazprom pula syarikat tenaga multinasional majoriti milik Rusia yang...
PM Anwar Pelawa Syarikat Penerbangan Rusia, Termasuk Aeroflot Sambung Semula Penerbangan Langsung Ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Vladimir Putin yang merupakan agenda utama lawatan rasmi beliau ke Rusia. Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan pelbagai isu dua hala dan potensi kerjasama Malaysia-Rusia dalam pelbagai bidang, termasuk perdagangan, pelaburan, pertanian dan agrikomoditi, pendidikan, aeroangkasa dan tenaga. Kedua-dua pemimpin juga dijangka bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa, yang menjadi kepentingan bersama. KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa dan mencadangkan agar syarikat penerbangan Rusia, termasuk Aeroflot, memulakan semula laluan penerbangan langsung ke Malaysia secepat...
Petronas Meterai PSC Baharu Untuk Medan Gas Blok I Di Turkmenistan
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengambil bahagian dalam penerokaan medan gas asli luar pesisir di Turkmenistan. Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas mengumumkan bahawa ia telah menandatangani kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) baharu dengan syarikat tenaga yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), XRG, serta syarikat minyak dan gas Turkmenistan, iaitu State Enterprise Hazarnebit dan State Concern Turkmennebit bagi medan gas dan kondensat Blok I di Turkmenistan. Di bawah terma PSC itu, Petronas akan menguasai 57 peratus kepentingan sebagai pengendali, bekerjasama dengan XRG yang memegang 38 peratus, manakala State Enterprise Hazarnebit memiliki baki lima...
Rusia Sahabat Baik Malaysia - PM Anwar
MOSCOW, 14 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon sokongan peribadi Presiden Rusia Vladimir Putin untuk melaksana dan mempercepat pelbagai projek termasuk kerjasama dalam bidang teknologi makanan, nuklear dan ketenteraan antara kedua-dua negara. "Kami akan memastikan bahawa kerjasama itu meliputi semua bidang," katanya semasa pertemuan dengan Putin di Kremlin pada Rabu. Anwar juga berkata bahawa Rusia kekal sebagai rakan baik Malaysia, dengan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara telah terjalin sejak 1967. “Sudah banyak perbincangan dan memorandum persefahaman (diadakan), jadi telah sampai masanya kerjasama itu direalisasikan secepat mungkin,” kata Anwar yang mengetuai delegasi ke Rusia dari 13 hingga...
SC Meterai EMMoU IOSCO Untuk Perkukuh Integriti Pasaran, Lindung Kepentingan Pelabur
Kredit: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman Pelbagai Hala Dipertingkatkan (EMMoU) dengan Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO). EMMoU berkenaan berkaitan perundingan dan kerjasama serta pertukaran maklumat yang menekankan komitmen terhadap pemeliharaan integriti pasaran selain melindungi kepentingan pelabur. Pengerusinya Datuk Mohammad Faiz Azmi berkata EMMoU juga mempamerkan sokongan teguh SC terhadap kerjasama penguatkuasaan antarabangsa. “Ini sangat tepat pada masanya kerana sifat pasaran kewangan global yang semakin saling berkait memerlukan kerjasama antarabangsa bagi menangani isu seperti penipuan...
Back
Top
Log in Register