BTC USD 81,438.1 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

Syarikat Semikonduktor, E&E Berdepan Tekanan Tarif Dikenakan AS - MSIA
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Syarikat semikonduktor serta elektrik dan elektronik (E&E) Malaysia tidak akan dapat menyerap implikasi daripada tarif Amerika Syarikat (AS) atau mengekalkan harga untuk pelanggan di AS, menurut Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA). Dapatan daripada Kaji Selidik Suku Tahunan E&E dan Semikonduktor MSIA pada suku pertama 2025 menunjukkan sebanyak 74 peratus daripada responden bersetuju dasar dan tarif AS akan menjejaskan pelaburan dan tarikan Malaysia manakala 65 peratus menyatakan ia akan memberi impak negatif kepada industri E&E Malaysia dalam tempoh 12 bulan akan datang. Kaji selidik suku tahunan itu dijalankan melibatkan lebih 300 ahli, menilai sentimen, trend, cabaran dan peluang dalam...
Malaysia Catat Lebihan Imbangan Akaun Semasa Berjumlah RM16.7 Bilion Pada Suku Pertama 2025 - Perangkaan
Kredit: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Malaysia merekodkan lebihan Imbangan Akaun Semasa (CAB) sebanyak RM16.7 bilion pada suku pertama 2025 bersamaan dengan 3.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ia berkata peningkatan itu disokong terutamanya oleh eksport bersih barangan dan defisit yang lebih kecil dalam pendapatan sekunder. Dalam satu kenyataan, Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata lebihan pada suku tahun ini itu didorong oleh eksport bersih barangan berjumlah RM38.5 bilion. "Eksport barangan mencecah RM283.2 bilion, mewakili penurunan sebanyak 4.0 peratus berbanding suku tahun sebelumnya. Eksport utama barangan...
Kadar pengangguran Perancis meningkat kepada 7.4% pada awal 2025, menambah tanda ekonomi Euro yang lembap
Ringkasan Isi Utama Kadar pengangguran Perancis meningkat kepada 7.4% pada suku pertama 2025 Keluaran Dalam Negara Kasar Perancis hanya berkembang 0.1% awal tahun 2025 Bank pusat Perancis jangka pengangguran naik ke 7.8% menjelang akhir tahun Menurut laporan Bloomberg, kadar pengangguran di Perancis meningkat kepada 7.4% pada suku pertama 2025 berbanding 7.3% pada akhir 2024. Peningkatan ini seiring dengan anggaran median dalam tinjauan Bloomberg. Walaupun begitu, peratusan golongan yang menganggur masih jauh lebih rendah daripada paras tertinggi lebih daripada 10% pada sedekad yang lalu. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Perancis hanya berkembang sebanyak 0.1% dalam tiga bulan pertama tahun ini di tengah-tengah penurunan pelaburan...
Prasarana, UNGCMYB Perkenal Platform Digital Bantu Lebih 5,000 PKS
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah (kiri), dan Pengarah Eksekutif UNGCMYB, Faroze Nadar (kanan), menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh komitmen terhadap kelestarian vendor melalui ESG Hub melibatkan 5,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS), hari ini di Menara Prasarana PETALING JAYA, 16 Mei (Bernama) -- Prasarana Malaysia akan melancarkan platform digital khusus, iaitu  Vendor ESG (alam sekitar, sosial dan tadbir urus) Hub, bagi menyokong lebih 5,000 vendor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Prasarana dalam mendapatkan latihan, peralatan dan sumber berkaitan amalan kemampanan. Platform digital tersebut yang dijadualkan dilancarkan pada Ogos ini merupakan...
Ekonomi Malaysia Tumbuh 4.4 Peratus Pada Suku Pertama 2025, Dipacu Perbelanjaan Isi Rumah
Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 4.4 peratus dalam suku pertama 2025, didorong terutamanya oleh perbelanjaan isi rumah yang kekal mampan disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang positif dan dasar kerajaan, berbanding 4.2 peratus dalam tempoh sama 2024. Angka pada suku pertama 2025 itu bagaimanapun lebih sederhana berbanding pertumbuhan 4.9 peratus pada suku keempat 2024. Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata prestasi suku pertama itu didorong oleh aktiviti pelaburan dan pertumbuhan eksport berterusan, terutama dalam sektor elektrik dan elektronik serta pelancongan. “Penguncupan pengeluaran...
Peranan APEC Lebih Ketara Dalam Senario Ketidaktentuan Global - Menteri Korea Selatan
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Rantau Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) terus memainkan peranan penting dalam membentuk ekonomi global dan landskap perdagangan, kata Menteri Perdagangan Korea Selatan Inkyo Cheong. Beliau berkata kepentingan itu lebih ketara walaupun pada masa sama negara-negara anggota APEC berdepan cabaran bertindan yang memberi kesan ke atas landskap perdagangan global. "Ketika perdagangan rentas sempadan dan rantaian bekalan terus berkembang, ketidakpastian yang semakin meningkat sebaliknya memberi tekanan kepada ekonomi global dan landskap perdagangan. “Berdasarkan senario perdagangan global yang mencabar, peranan APEC telah menjadi semakin penting berbanding sebelum ini. “Malah, inilah sebabnya dunia...
PM Anwar Sampaikan Ucaptama Di KazanForum, Kemuncak Lawatan Rasmi Pada Hari Terakhir Di Rusia
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail KAZAN (Tatarstan), 16 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucaptama bertemakan digitalisasi pada Forum Ekonomi Antarabangsa Rusia-Dunia Islam ke-16 (KazanForum 2025), sekali gus merupakan acara kemuncak, memasuki hari terakhir lawatan rasmi beliau ke Persekutuan Rusia. Anwar yang tiba di sini semalam, dijangka menyampaikan ucaptama bertajuk “Digitalisation: New Reality and Additional Opportunities for Expanding Cooperation” semasa sesi pleno pada kira-kira 2.30 petang (waktu Kazan). KazanForum merupakan platform utama bagi memupuk kerjasama ekonomi antara Rusia dan negara-negara Islam. Terdahulu, Perdana Menteri memulakan jadualnya yang padat seawal 9 pagi...
UOB Malaysia Bekerjasama Dengan Bursa Malaysia Sokong Usaha Kemampanan PKS
Kredit: UOB Malaysia KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) bekerjasama dengan Bursa Malaysia Bhd bagi menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS)  untuk melaksanakan amalan lestari dan memajukan perjalanan mereka ke arah pengurangan karbon. Dalam kenyataan bersama hari ini, UOB Malaysia dan Bursa Malaysia berkata PKS yang menyertai program Sustainability Accelerator Programme 2.0 (SAP 2.0) akan menerima akses kepada penyelesaian Perisikan Kelestarian Berpusat (CSI) Bursa menerusi kerjasama ini. Menurutnya akses itu mengurangkan kerumitan dalam pengiraan pelepasan dan melicinkan penggunaan penyelesaian pengurangan karbon yang berkaitan. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UOB Malaysia Ng...
Trump perkuat hubungan ekonomi dan diplomatik di Timur Tengah melalui lawatan empat hari
Image generated by AI Ringkasan Isi Utama Lawatan Trump ke Timur Tengah melibatkan pelaburan lebih $1 trilion (MYR 4.2 trilion) Pertemuan Trump dengan Presiden interim Syria mencetuskan perubahan dasar Qatar bersetuju beli lebih 200 pesawat Boeing, bernilai sekitar $96 bilion (MYR 407 bilion) Menurut laporan Bloomberg, Presiden Trump sedang mengakhiri perjalanan penting ke Timur Tengah dalam penggal keduanya sebagai Presiden. Beliau melawat Arab Saudi, Qatar, dan Emiriyah Arab Bersatu dengan fokus untuk memeterai pelaburan baru. Rumah Putih mendakwa ketiga-tiga negara Teluk tersebut telah membuat komitmen ekonomi bernilai lebih daripada $1 trilion (MYR 4.2 trilion) kepada Amerika Syarikat. Presiden Trump juga mengejutkan pemimpin...
Republik Tatarstan Miliki Potensi Besar Untuk Diterokai, Malaysia Sedia Perkukuh Hubungan Dua Hala - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di Kazan untuk segmen kedua lawatan rasmi ke Rusia, dengan mengadakan pertemuan bersama Rais Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail KAZAN (Tatarstan) 15 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Republik Tatarstan mempunyai potensi besar untuk diterokai dan Malaysia bersedia untuk berbincang mengenai isu perdagangan dan ekonomi seperti pengenalan perbankan Islam dan pembangunan industri halal di Kazan. Sehingga 2022, populasi Tatarstan berjumlah 3.9 juta orang, terdiri daripada lebih 70 kumpulan etnik,  dengan lebih 50 peratus daripada penduduknya beragama Islam. Menurut...
Honda Malaysia Lancar Kenderaan Elektrik Berkuasa Bateri Pertama E:n1 Berharga RM149,900
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Honda Malaysia melancarkan kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) pertamanya iaitu e:N1 yang berharga RM149,900 seunit. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Narushi Yazaki berkata pelancaran model itu mengukuhkan barisan kenderaan elektrik (EV) Honda dan menawarkan lebih banyak pilihan mobiliti kepada rakyat Malaysia selaras dengan strategi perniagaan syarikat bagi tahun 2025. “Kami merancang untuk memperkenalkan dua lagi model EV dalam tempoh tiga tahun akan datang. Bagaimanapun dalam hal ini kami akan memantau dengan teliti permintaan pelanggan dan harga daripada pesaing, memandangkan pasaran sedang berkembang dengan pesat. “Matlamat kami adalah untuk bertindak balas secara berhati-hati...
Dasar Perlindungan Ancam Sistem Dagangan Global - PM Anwar
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran tindakan unilateral dan peningkatan dasar perlindungan oleh negara-negara kuasa besar ekonomi adalah bertentangan dengan asas perdagangan bebas selain mengancam keseluruhan sistem perdagangan global, khususnya negara kecil sedang membangun. “Dapatkah anda bayangkan bagaimana pada 2025, meskipun dengan kewujudan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan aturan perdagangan pelbagai hala, kita (sebaliknya) berdepan dengan peningkatan dasar perlindungan, pengenaan tarif serta sekatan unilateral?,” kata beliau ketika menyampaikan syarahan umum bertajuk “ASEAN in a Multipolar World: Perspectives from Malaysia” di Moscow State Institute of...
LIAM Gesa Belia Memanfaatkan Pek Permulaan i-MULA 50
Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Mark O'Dell (Kredit: LIAM) KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) menggesa golongan belia Malaysia dan pembeli insurans pertama untuk memanfaatkan pek permulaan i-MULA 50 sementara dana itu masih tersedia, dengan baki hanya RM2.4 juta bagi pemohon yang layak di seluruh negara. Disasarkan untuk mempromosikan keterangkuman kewangan serta perlindungan risiko di kalangan belia, pek permulaan i-MULA 50 menawarkan subsidi RM50 untuk pembelian perlindungan insurans hayat yang asas, terutamanya di kalangan pembeli insurans kali pertama. Ia dilancarkan pada 28 Ogos 2024 bersempena dengan ulang tahun ke-50 LIAM selain bertujuan menjadikan...
PUCM Perkukuh Hubungan Malaysia-China Melalui Perdagangan, Teknologi Dan Pertukaran Budaya
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching (tengah) pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM), hari ini. Turut hadir, Menteri di Kedutaan China di Malaysia Zheng Xuefang (dua, kanan) dan Presiden PUCM Datuk Keith Li (dua, kiri). KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM) terus memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan Malaysia dan China, bukan hanya memupuk perkongsian perniagaan yang kukuh, tetapi juga dalam memajukan pelancongan, teknologi dan diplomasi budaya. Bercakap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 PUCM hari ini, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching memuji usaha persatuan itu, sepanjang sedekad dalam menjalin hubungan berterusan...
Untung Bersih Suku Pertama 2025 Keyfield Susut Kepada  RM20.67 Juta
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Keyfield International Bhd mencatatkan untung bersih yang lebih rendah sebanyak RM20.68 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 berbanding RM30.30 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas. Hasil menyusut sebanyak 12.5 peratus kepada RM86.75 juta daripada RM106.39 juta, terutamanya disebabkan penurunan hasil perkapalan. "Hasil daripada kapal milik syarikat susut sebanyak 10.3 peratus atau RM8.3 juta kepada RM72.6 juta daripada RM80.9 juta tahun ke tahun, manakala hasil daripada kapal milik pihak ketiga merosot sebanyak RM11.4 juta (44.7 peratus) kepada RM14.1 juta (suku pertama 2024: RM25.5 juta). “Penurunan hasil daripada kapal milik syarikat disebabkan terutamanya oleh bilangan hari sewaan yang...
LBS Meterai MoU Dengan Oriental Holdings Bangunkan Industri Bercampur Di Melaka
Kredit: FB - Ab Rauf Yusoh MELAKA, 15 Mei (Bernama) -- LBS Bina Group Berhad, pemaju hartanah terkemuka memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Oriental Holdings Berhad (OHB) untuk bekerjasama dalam projek pembangunan industri bercampur di Melaka dengan nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM7 bilion. LBS Bina Group Berhad dalam satu kenyataan berkata MoU berkenaan merangkumi cadangan projek pembangunan industri bercampur bersepadu yang memberi fokus kepada pembangunan industri dan komersial di Klebang. “Kawasan Klebang dipilih berikutan lokasi strategik dalam ‘Straits of Melaka Waterfront Economic Zone’ (SM-WEZ) yang menawarkan potensi pertumbuhan yang tinggi melalui akses pantai yang dilengkapi infrastruktur yang semakin...
 Anwar Bidas Keputusan Unilateral Sesetengah Negara, Tidak Pedulikan Kepentingan Negara Kecil
KUALA LUMPUR, May 15 (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas keputusan unilateral yang diambil oleh sesetengah negara, kerana ia hanya menunjukkan kuasa dan keangkuhan serta tidak mempedulikan kepentingan, terutamanya negara kecil. “Kita perlu menunjukkan bahawa setiap masyarakat, setiap negara, sama ada kecil, kaya atau miskin, mesti diberi penghormatan dan pengiktirafan yang sewajarnya,” kata Anwar semasa syarahan umum bertajuk “ASEAN in a Multipolar World: Perspectives from Malaysia” di Moscow State Institute of International Relations (MGIMO). Anwar, yang juga merupakan Menteri Kewangan menerima anugerah doktor kehormat daripada MGIMO atas sumbangan beliau dalam menegakkan keamanan sejagat serta...
Bursa Malaysia Tegur Secara Terbuka Reach Energy, Denda Enam Pengarah
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Reach Energy Bhd dan tujuh pengarahnya berikutan melanggar Keperluan Pengurusan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, enam pengarah syarikat itu juga dikenakan denda sebanyak RM50,000 setiap seorang. Bursa Malaysia berkata Reach Energy diberikan amaran secara terbuka berikutan gagal membuat pengumuman pertama mengikut Nota Amalan 17 (PN17) secara segera selepas pengumuman laporan suku keempat syarikat bagi tahun kewangan berakhir 21 Dis, 2022 pada 28 Feb, 2023. Syarikat itu hanya membuat pengumuman pertama pada 3 April 2023 iaitu selepas tertangguh kira-kira sebulan, katanya...
APEC Unjur Pertumbuhan Serantau Hanya 2.6 Peratus Pada 2025
Kredit: APEC Secretariat KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi di seluruh rantau Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka sederhana iaitu sebanyak 2.6 peratus pada 2025 dan 2.7 peratus menjelang 2026, menandakan penurunan yang ketara berbanding 3.6 peratus yang dicatatkan semasa 2024, menurut laporan terbaharu oleh Unit Sokongan Dasar APEC. Laporan itu mengaitkan semakan ke bawah ini kepada ketidakpastian dasar yang berterusan, terutamanya dalam perdagangan dan pelaburan, yang terus memberi kesan kepada ekonomi serantau. Disebalik cabaran-cabaran ini, laporan tersebut turut mengenal pasti peluang bagi ekonomi anggota untuk mengukuhkan kerjasama serta daya tahan dengan memajukan pembaharuan struktur dan...
Hasil suku tahunan Alibaba tidak mencapai jangkaan akibat kelembapan pengguna China dan persaingan sengit dalam bidang AI
Gambar : Bloomberg Ringkasan Isi Utama Pendapatan suku tahunan Alibaba tidak mencapai anggaran disebabkan kemerosotan pengguna. Alibaba merancang pelaburan dalam infrastruktur AI lebih 380 bilion yuan. Persaingan sengit dalam sektor AI dari pesaing tempatan dan antarabangsa. Menurut laporan Bloomberg, pendapatan suku tahunan Alibaba Group Holding Ltd. tidak mencapai anggaran, mencerminkan kemerosotan berterusan pengguna China serta persaingan sengit dalam bidang kritikal AI. Pendapatan bagi tiga bulan yang berakhir pada bulan Mac meningkat sebanyak 7% kepada 236.5 bilion yuan ($32.8 bilion) (MYR 139,327 bilion), berbanding anggaran purata sebanyak 237.9 bilion yuan. Pendapatan bersih hampir empat kali ganda kepada 12.4 bilion yuan...
Back
Top
Log in Register