Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah (kiri), dan Pengarah Eksekutif UNGCMYB, Faroze Nadar (kanan), menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh komitmen terhadap kelestarian vendor melalui ESG Hub melibatkan 5,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS), hari ini di Menara Prasarana
PETALING JAYA, 16 Mei (Bernama) -- Prasarana Malaysia akan melancarkan platform digital khusus, iaitu Vendor ESG (alam sekitar, sosial dan tadbir urus) Hub, bagi menyokong lebih 5,000 vendor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Prasarana dalam mendapatkan latihan, peralatan dan sumber berkaitan amalan kemampanan.
Platform digital tersebut yang dijadualkan dilancarkan pada Ogos ini merupakan...