BTC USD 81,976.0 Gold USD 4,156.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

Honda Malaysia Lancar Kenderaan Elektrik Berkuasa Bateri Pertama E:N1 Berharga RM149,900
Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia Sdn Bhd Ir Sarly Adle Sarkum (kiri) bersama Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Narushi Yazaki (kanan) melancarkan Honda e:N1 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini. KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Honda Malaysia melancarkan kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) pertamanya iaitu e:N1 yang berharga RM149,900 seunit. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Narushi Yazaki berkata pelancaran model itu mengukuhkan barisan kenderaan elektrik (EV) Honda dan menawarkan lebih banyak pilihan mobiliti kepada rakyat Malaysia selaras dengan strategi perniagaan syarikat bagi tahun 2025. “Kami merancang untuk memperkenalkan dua lagi...
Momentum Kenaikan Emas Dijangka Hingga 2026, Harga Cecah Us$3,500 Seauns -- UBS
Joni Teves Kredit : UBS Investment Bank's KUALA LUMPUR, 15  Mei (Bernama) -- UBS Investment Bank mengekalkan unjuran memberangsangkan terhadap prospek emas dan menjangkakan logam berharga itu akan meneruskan momentum kenaikannya, berkemungkinan besar sehingga suku kedua dan ketiga 2026 susulan ketidakpastian global. Strategis Logam Berharga bank pelaburan itu, Joni Teves berkata walaupun pengumuman tarif mencetuskan ketidakpastian ketara dalam banyak kelas aset termasuk emas, prospek meluas terhadap aset berharga itu kekal tidak berubah. “Berdasarkan risiko terhadap pertumbuhan, kami berpendapat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan terus melonggarkan dasarnya, sekali gus mewujudkan sokongan positif terhadap emas. “Pelabur...
Permintaan Buruh Malaysia Terus Berkembang 1.4 Peratus Pada ST1 2025 - DOSM
Kredit: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) PUTRAJAYA, 15 Mei (Bernama) -- Permintaan buruh Malaysia terus berkembang sebanyak 1.4 peratus pada suku tahun pertama (ST1) tahun ini dengan mencatatkan 9.06 juta jawatan berbanding 8.94 juta pada suku sama tahun lepas, menurut Statistik Guna Tenaga, Suku Tahun Pertama 2025 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini. Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata ia sejajar dengan prestasi ekonomi semasa di Malaysia yang diunjur terus bertambah baik, disokong oleh permintaan dalam negara yang berdaya tahan. Beliau berkata daripada jumlah jawatan, 97.9 peratus telah diisi manakala 2.1 peratus masih kosong. Mohd Uzir berkata bilangan jawatan diisi meningkat 1.4...
Tarif : Rundingan Malaysia-AS Lancar, Banyak Isu Boleh Diselesaikan - Tengku Zafrul  Â
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Perbincangan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif timbal balas setakat ini berjalan lancar dengan banyak isu boleh diselesaikan manakala sebahagian lagi memerlukan penelitian lanjut, khususnya berkaitan sektor strategik negara. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata perkara itu dibincangkan dalam pertemuannya dengan Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer ketika menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Bertanggungjawab Mengenai Perdagangan (MRT) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-31 di Jeju, Korea Selatan. Delegasi Malaysia akan meneruskan rundingan di Washington pada pada 28–30 Mei ini yang akan diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha...
Merck KGaA menurunkan unjuran disebabkan dolar AS lemah dan ketidakpastian tarif mengurangkan pertumbuhan jualan dan keuntungan
Ringkasan Isi Utama Merck KGaA mengurangkan unjuran pertumbuhan jualan dan keuntungan. Kesan dolar AS yang lemah dan ketidaktentuan tarif mempengaruhi hasil. Perolehan unit sains hayat menunjukkan tanda pemulihan selepas pandemik. Menurut laporan Bloomberg, Merck KGaA telah menurunkan unjuran pertumbuhan jualan dan keuntungan tahun ini, disebabkan oleh kesan dolar AS yang lemah serta ketidaktentuan berkaitan tarif. Kumpulan sains dan teknologi dari Jerman ini kini menjangka pertumbuhan jualan organik setahun penuh berada antara 2% hingga 6%, dan pertumbuhan perolehan yang diselaraskan antara 2% hingga 7%. Angka ini menurun berbanding unjuran sebelumnya iaitu 3% hingga 6% bagi jualan dan 3% hingga 8% bagi pertumbuhan keuntungan...
Keuntungan Geely Naik Drastik Berikutan Jualan Rekod dan Penstrukturan Semula di Tengah Persaingan Pasaran Kereta China
Ringkasan Isi Utama Keuntungan Geely meningkat tiga kali ganda pada suku pertama. Geely merancang untuk menjadikan Zeekr jenama persendirian. Cabaran tarif EU mengurangkan pertumbuhan eksport Geely. Menurut laporan Bloomberg, Geely Automobile Holdings Ltd., unit yang disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong daripada empayar automotif Li Shufu, menyatakan keuntungan suku pertama melonjak seiring peningkatan jualan sambil meneruskan usaha pemotongan kos bagi mengekalkan kedudukan dalam pasaran kereta China yang sangat kompetitif. Pendapatan bersih meningkat lebih tiga kali ganda kepada 5.67 bilion yuan ($786 juta) (MYR 3,329,401,000) dalam tempoh tiga bulan yang berakhir pada 31 Mac, berbanding 1.56 bilion yuan pada tahun sebelumnya. Ini...
Rundingan FTA Malaysia-Korea Selatan Di Peringkat Akhir, Dimuktamad Oktober Ini - Tengku Zafrul
Oleh Norsyafawati Ab Wahab KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan Korea Selatan kini memasuki fasa akhir dengan sasaran untuk dimuktamadkan ketika berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober depan di Kuala Lumpur. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata rundingan tersebut berjalan lancar dan wakil kedua-dua negara kini berada di Malaysia bagi menyelesaikan isu-isu terakhir. "Pasukan perunding kita bersama dengan pasukan Korea Selatan ada di Malaysia sekarang, dan insyaAllah ini adalah peringkat pusingan terakhir, sebelum kita berjumpa lagi pada Jun nanti (peringkat menteri)," katanya kepada Bernama. "Semuanya berjalan...
Malaysia Gesa WTO Laksana Pembaharuan Untuk Kekal Relevan dalam Sistem Perdagangan Global
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama)-- Malaysia menggesa Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mempertingkatkan peranannya dalam membantu negara membangun dan kurang membangun, selain melakukan pembaharuan agar terus relevan dalam sistem perdagangan global. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata perkara itu disampaikan ketika pertemuan beliau bersama dengan Ketua Pengarah WTO, Dr Ngozi Okonjo-Iweal. "Kita perlu melihat apakah isu-isu yang menyebabkan WTO ini tidak se-efektif seperti dulu dan kita kena berani buat perubahan di peringkat WTO," katanya kepada Bernama. Beliau berkata Malaysia menyambut baik usaha pembaharuan WTO yang dijangka dibincangkan secara lebih mendalam pada Persidangan...
Anwar, Putin Suarakan Hasrat Bersama Perkukuh Perdagangan, Pelaburan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Vladimir Putin mengadakan sidang media bersama sejurus selesai mesyuarat delegasi di Kremlin Moscow. KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Malaysia dan Rusia menyatakan hasrat bersama untuk memperkukuh perdagangan dan pelaburan sekali gus menandakan lembaran baharu dalam hubungan dua hala Malaysia-Rusia yang semakin berkembang. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun hubungan antara kedua-dua negara berjalan dengan baik namun, masih terdapat potensi besar yang belum diterokai seperti dalam bidang perdagangan, pelaburan dan kerjasama. “Itu sebabnya saya memilih untuk datang ke sini sebagai tetamu beliau,” kata Anwar pada sidang media bersama Presiden...
Rusia Lihat Wujud Prospek Usaha Sama Dengan Malaysia Dalam Minyak & Gas, Tenaga - Putin
Presiden Rusia, Vladimir Putin KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Presiden Rusia Vladamir Putin berkata beliau melihat wujudnya prospek bagi usaha sama antara Rusia dan Malaysia dalam bidang gas asli dan tenaga nuklear. Beliau berkata Petronas mempunyai modal ekuiti dalam Rosneft. “Syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas memegang modal ekuiti dalam Rosneft, dan Petronas juga mempunyai perkongsian dengannya dan sedang membangunkan hubungan itu, serta dengan Gazprom,” kata beliau pada sidang media bersama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Moscow, Rusia hari ini. Rosneft ialah syarikat tenaga bersepadu Rusia yang beribu pejabat di Moscow, manakala Gazprom pula syarikat tenaga multinasional majoriti milik Rusia yang...
PM Anwar Pelawa Syarikat Penerbangan Rusia, Termasuk Aeroflot Sambung Semula Penerbangan Langsung Ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Vladimir Putin yang merupakan agenda utama lawatan rasmi beliau ke Rusia. Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan pelbagai isu dua hala dan potensi kerjasama Malaysia-Rusia dalam pelbagai bidang, termasuk perdagangan, pelaburan, pertanian dan agrikomoditi, pendidikan, aeroangkasa dan tenaga. Kedua-dua pemimpin juga dijangka bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa, yang menjadi kepentingan bersama. KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa dan mencadangkan agar syarikat penerbangan Rusia, termasuk Aeroflot, memulakan semula laluan penerbangan langsung ke Malaysia secepat...
Petronas Meterai PSC Baharu Untuk Medan Gas Blok I Di Turkmenistan
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengambil bahagian dalam penerokaan medan gas asli luar pesisir di Turkmenistan. Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas mengumumkan bahawa ia telah menandatangani kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) baharu dengan syarikat tenaga yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), XRG, serta syarikat minyak dan gas Turkmenistan, iaitu State Enterprise Hazarnebit dan State Concern Turkmennebit bagi medan gas dan kondensat Blok I di Turkmenistan. Di bawah terma PSC itu, Petronas akan menguasai 57 peratus kepentingan sebagai pengendali, bekerjasama dengan XRG yang memegang 38 peratus, manakala State Enterprise Hazarnebit memiliki baki lima...
Rusia Sahabat Baik Malaysia - PM Anwar
MOSCOW, 14 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon sokongan peribadi Presiden Rusia Vladimir Putin untuk melaksana dan mempercepat pelbagai projek termasuk kerjasama dalam bidang teknologi makanan, nuklear dan ketenteraan antara kedua-dua negara. "Kami akan memastikan bahawa kerjasama itu meliputi semua bidang," katanya semasa pertemuan dengan Putin di Kremlin pada Rabu. Anwar juga berkata bahawa Rusia kekal sebagai rakan baik Malaysia, dengan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara telah terjalin sejak 1967. “Sudah banyak perbincangan dan memorandum persefahaman (diadakan), jadi telah sampai masanya kerjasama itu direalisasikan secepat mungkin,” kata Anwar yang mengetuai delegasi ke Rusia dari 13 hingga...
SC Meterai EMMoU IOSCO Untuk Perkukuh Integriti Pasaran, Lindung Kepentingan Pelabur
Kredit: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman Pelbagai Hala Dipertingkatkan (EMMoU) dengan Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO). EMMoU berkenaan berkaitan perundingan dan kerjasama serta pertukaran maklumat yang menekankan komitmen terhadap pemeliharaan integriti pasaran selain melindungi kepentingan pelabur. Pengerusinya Datuk Mohammad Faiz Azmi berkata EMMoU juga mempamerkan sokongan teguh SC terhadap kerjasama penguatkuasaan antarabangsa. “Ini sangat tepat pada masanya kerana sifat pasaran kewangan global yang semakin saling berkait memerlukan kerjasama antarabangsa bagi menangani isu seperti penipuan...
Sunway REIT Raih Untung Bersih Lebih Tinggi Sebanyak RM104.32 Juta Pada Suku Pertama
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Sunway Real Estate Investment Trust (REIT) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM104.32 juta pada suku pertama 2025 berakhir pada 31 Mac 2025 daripada RM86.98 juta pada suku yang sama tahun lepas. Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata hasil bagi suku itu meningkat kepada RM218.86 juta daripada RM178.59 juta pada suku yang sama tahun lepas didorong terutamanya daripada sumbangan pendapatan suku penuh daripada hartanah yang baru diambil alih pada 2024. Bagaimanapun peningkatan ini sebahagiannya diimbangi oleh pendapatan faedah yang lebih rendah sebanyak RM3.3 juta berikutan baki tunai yang berkurangan serta kos kewangan yang lebih tinggi sebanyak RM4.9 juta...
Akta Pembaharuan Semula Bandar Buka Kelebihan Ketara  -- PropertyGuru Malaysia
Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia Kenneth Soh Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad and Nur Atiq Maisarah Suhaimi KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Akta Pembaharuan Semula Bandar, yang dijangka akan dibentangkan di Parlimen menjelang Julai ini, mampu membawa manfaat yang signifikan seperti pemeliharaan warisan, menghidupkan semula komuniti dan menjana impak ekonomi, kata Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Kenneth Soh. Beliau menekankan akta itu perlu dilaksanakan secara terperinci selain disesuaikan dalam konteks setempat, dengan pertimbangan bagi masyarakat sedia ada, warisan budaya dan mata pencaharian mereka. "Ia harus menggunakan pendekatan setempat yang agak jitu, bergantung kepada kawasan yang menjadi persoalan. Kerajaan perlu...
MARC: Unjuran Positif Untuk Pasaran Malaysia Susulan Tarif Tangguh 90 Hari Antara AS-China
Arshad Mohamed Ismail Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Unjuran pasaran Malaysia kekal positif susulan penangguhan selama 90 hari rundingan perdagangan di antara Amerika Syarikat (AS) dan China, menurut Malaysian Rating Corp Bhd (MARC). Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Arshad Mohamed Ismail berkata kerajaan mengambil langkah proaktif bagi mengurangkan kesan tarif AS. Beliau berkata pasaran bon dan sukuk domestik terus menunjukkan mudah tunai yang mencukupi. “Memandangkan kemajuan terkini dalam rundingan di antara AS dengan China, unjuran semasa kelihatan memberangsangkan. Namun begitu, pemantauan berterusan terhadap perkembangan itu penting,” katanya. Beliau berkata demikian kepada Bernama di luar...
Keyfield Meterai MoU Dengan Syarikat Indonesia Teroka Kerjasama Perkhidmatan Marin
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Keyfield International Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Keyfield Offshore Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan PT Elnusa Trans Samudera (ETSA). MoU itu bertujuan meneroka dan menjalinkan kerjasama mendapatkan peluang-peluang dalam perkhidmatan marin, terutamanya untuk sektor minyak dan gas serta industri berkaitan di Indonesia. Dalam satu kenyataan hari ini, Keyfield berkata di bawah MoU itu, ETSA akan bertanggungjawab untuk mencari dan memperoleh tender, manakala Keyfield akan menyokong ETSA dengan mendapatkan aset-aset marin terpilih, khususnya kapal pemasangan kabel dan kapal dasar laut, serta kru berpengalaman untuk mengendalikan aset yang diperlukan. "Dengan...
Malaysia Perlu Manfaatkan Tempoh AS-China Tangguh Tarif Bagi Perkemas Kedudukan - Pakar
Pelabuhan Klang Oleh Naveen Prabu Kuppusamy KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Tempoh penangguhan pelaksanaan tarif selama 90 hari membabitkan Amerika Syarikat (AS) dan China menawarkan peluang penting bagi Malaysia memperkemas kedudukannya secara ekonomi, kata pakar. Selepas rundingan pusingan pertama di Switzerland pada akhir minggu lepas susulan tindakan Presiden AS Donald Trump mengenakan tarif ke atas semua negara pada 2 April lepas, Washington dan Beijing telah mencapai persetujuan bagi mengurangkan tarif timbal balik sebanyak 115 mata peratusan. Di bawah perjanjian itu, AS akan mengurangkan tarif import ke atas produk China daripada 145 peratus kepada 30 peratus manakala China akan menurunkan tarif terhadap produk AS daripada...
Pendapatan Tencent meningkat 13% disokong oleh pertumbuhan permainan dan media sosial di tengah kelembapan ekonomi China
Image by Bloomberg Ringkasan Trend Pasaran Pendapatan Tencent naik 13% disokong portfolio permainan. Pendapatan suku tahun berjumlah 180.02 bilion Yuan. Keuntungan bersih meningkat sebanyak 14%. Menurut laporan Bloomberg, pendapatan Tencent Holdings Ltd. mengatasi jangkaan setelah memperluas portfolio permainan dan media sosialnya, walaupun terdapat kelembapan ekonomi di China. Untuk suku tahun yang berakhir pada bulan Mac, pendapatan meningkat kepada 180.02 bilion Yuan ($25 bilion) (MYR 117,771 juta), berbanding anggaran purata sebanyak 175.6 bilion Yuan. Selain itu, keuntungan bersih bagi tempoh ini meningkat sebanyak 14% kepada 47.8 bilion Yuan.
Back
Top
Log in Register