BTC USD 81,467.7 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

Malaysia Utamakan Isu Didorong AI Perdagangan Mampan Pada Mesyuarat APEC Di Jeju
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Malaysia akan menyertai rakan serantau dan global minggu ini dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Bertanggungjawab Mengenai Perdagangan (MRT) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (AOEC) kali ke-31 di Jeju, Korea Selatan, dengan kecerdasan buatan (AI) dan demografik menjadi antara tumpuan utama. Dalam kenyataan pada Isnin, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat itu, yang dijadualkan pada 15 hingga 16 Mei. Mesyuarat MRT APEC ke-31 akan dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Korea Selatan, Inkyo Cheong, dan sebagai tuan rumah APEC 2025, Korea Selatan memilih tema ‘Membina Masa Depan Mampan...
Wawasanita Meterai 11 LOI Pada Expo Iran 2025, Intai Peluang Eksport Produk Makanan Halal
Oleh Zarul Effendi Razali KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia (Wawasanita), menandatangani 11 Surat Niat (LOI) dengan pelbagai industri dan syarikat Iran pada Pameran Export Potential of Iran (Iran Expo 2025) ketujuh yang berlangsung di negara itu baru-baru ini. Presidennya Dr Norlaili Alias berkata perjanjian tersebut merangkumi kerjasama dalam aspek pembekalan produk, pembangunan jenama bersama, pengedaran eksklusif bagi pasaran Malaysia dan Asia Tenggara termasuk kolaborasi untuk mengimpot produk dari Iran seperti teknologi kesihatan, produk herba/organik dan makanan kesihatan. “Misi kami ke Expo Iran 2025 sebagai pembeli membuahkan hasil yang sangat memberangsangkan dengan eksplorasi...
Malaysia Pertingkat Kemantapan Semikonduktor Susulan Langkah AS Batal Sekatan Eksport Cip
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Malaysia berpeluang mendapat akses lebih luas dalam cip semikonduktor termaju berikutan langkah Washington menarik balik sekatan ke atas eksport cip, yang boleh mendorong negara berkembang daripada kekuatan sedia ada dalam pembungkusan dan pengujian peringkat pertengahan, kepada reka bentuk cip huluan bernilai tinggi. Peningkatan skala dan kepakaran dalam pembuatan cip ini akan membantu memantapkan kedudukan Malaysia sebagai pengeksport semikonduktor keenam terbesar dunia. Pengasas dan Rakan Pengurusan Chur Associates Chris Tan berkata prestasi cip yang dipertingkatkan ini akan turut mengukuhkan kemampuan Malaysia dalam pusat data yang telah menerima manfaat daripada...
Agrobank Perluas Perlindungan Pesawah Melalui Pelancaran STTP Di Sabah
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Agrobank melancarkan Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) di Sabah hari ini untuk memperluas perlindungan kewangan kepada pesawah di seluruh negara. Agrobank dalam kenyataan hari ini berkata STTP yang diperkenalkan sejak September 2024 menawarkan perlindungan patuh syariah sehingga RM3,000 bagi kerugian akibat bencana alam serta sehingga RM1,500 bagi serangan makhluk perosak dan penyakit tanaman -- lebih tinggi berbanding skim bantuan bencana sedia ada. Sementara itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata sehingga 30 April 2025, seramai 5,642 pesawah di Sabah telah mendaftar dan mendapat perlindungan STTP. "Lebih 19,000 pesawah masih belum...
Sektor Maritim Tidak Kalis Perang Tarif, Syarikat Kecil Terjejas
Kredit: Port Of Tanjung Pelepas (PTP) Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Sektor maritim Malaysia termasuk pelabuhan, tidak kalis terhadap impak dari perang tarif, yang berpotensi menjejaskan banyak syarikat kecil jika kos kargo perkapalan melonjak. Penganalisis industri maritim terkemuka, Nazery Khalid berkata jika tarif yang tinggi ini dilaksanakan selepas jeda 90 hari, pengimport besar mungkin dapat menyerap kos tambahan tetapi syarikat kecil yang lemah mudah tunai akan terencat kewangan mereka, sekali gus, menyebabkan barangan terkandas di pelabuhan. Ini bermaksud jika mereka menerima konsainan yang bertarif tinggi, ianya akan menjejaskan kewangan syarikat-syarikat yang lebih kecil sehingga membawa...
Sektor Pembinaan, Uitiliti Dijangka Menerima Manfaat Selepas AS Ubah Peraturan Eksport Cip
KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Sektor pembinaan Malaysia terus menunjukkan perkembangan yang positif selepas disokong pelbagai aliran berita mengenai aktiviti tender-tender pusat data, dengan peningkatan prospeknya terhadap potensi perubahan dalam peraturan penyebaran kecerdasan buatan (AI) Amerika Syarikat (AS). Dilaporkan bahawa pentadbiran Trump merancang untuk membatalkan sekatan eksport era Biden ke atas cip AI termaju di bawah peraturan penyebaran itu. Kenanga Investment Bank Bhd berkata saham-saham pembinaan telah mengalami pemulihan yang mantap dan berita positif ini dijangka meningkatkan penarafan mereka. “Sebagai contoh, Pearl Computing - sebuah syarikat afiliasi kepada gergasi teknologi yang berpangkalan di AS telah...
Putrajaya, Sarawak Sepakat Selesai Isu Petronas–Petros Secara Rundingan - PMO
MANDATORY CREDIT - Izzuddin Abd Radzak/ Prime Minister's Office KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Putrajaya dan Sarawak telah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan isu Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) secara rundingan. Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata kesepakatan tersebut dicapai menerusi pertemuan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan turut disertai oleh kepimpinan tertinggi Petronas dan Petros di Perdana Putra, Putrajaya. "Perdana Menteri serta Premier Sarawak telah bersetuju untuk memuktamadkan prinsip-prinsip asas dalam masa terdekat seperti yang dipersetujui sebelum ini...
Oryx Stainless Buka Kemudahan Di  Johor
Kredit : Fb Lee Ting Han JOHOR BAHRU, 9 Mei  (Bernama) – The Oryx Stainless Group (Oryx), salah satu pembekal bahan keluli tahan karat kitar semula terkemuka dari Belanda telah membuka kemudahan terbarunya di Johor. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berkata kemudahan itu akan memperkukuhkan kedudukan rantau ini sebagai hab strategik bagi pertumbuhan perindustrian yang mampan. “Kemudahan baharu Oryx Stainless Group di Johor ini mencerminkan bagaimana kepakaran antarabangsa dapat mengubah landskap pembuatan kita. “Sebagai nama yang dihormati dalam keluli tahan karat kitar semula, Oryx Stainless mengukuhkan keupayaan perindustrian Johor serta kedudukan...
Sawit : Malaysia Mahu Bekerjasama Erat Dengan Kenya, Pastikan Bekalan Terjamin - MPOCÂ
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Malaysia komited untuk bekerjasama erat dengan Kenya bagi memastikan kestabilan bekalan minyak sawit serta integrasi pasaran yang lebih mendalam, kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC). Ketua Pegawai Eksekutifnya Belvinder Sron berkata kunjungan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani ke Kenya baru-baru ini, hanya menekankan lagi tumpuan strategik Malaysia untuk memperluaskan eksport minyak sawit lestari dan berkualiti tinggi ke rantau itu. “Kunjungan itu memberi isyarat jelas komitmen berterusan Malaysia bagi menyokong pertumbuhan ekonomi Kenya. “Kami berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dengan rakan di serata rantau itu. Kenya bukan setakat pasaran, tetapi menjadi pintu...
Pulau Pinang Terus Menyinar Sebagai Hab Pembuatan Emas Malaysia
GEORGE TOWN, 9 Mei (Bernama) -- Pulau Pinang terus berfungsi sebagai nadi sektor pembuatan emas Malaysia, menyumbang kira-kira 80 peratus daripada jumlah output pengeluaran negara. Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Perniagaan Emas dan Permata Malaysia Datuk Chiah Hock Yew berkata pengeluar emas di wilayah utara telah memacu industri ke tahap yang lebih tinggi. “Pulau Pinang dan Seberang Perai bukan sahaja wilayah utama bagi pembuatan emas di Malaysia tetapi juga berpotensi besar menjadi hab serantau bagi perdagangan emas. "Kami mengalu-alukan delegasi dari seluruh dunia untuk berunding dan menjalankan perniagaan di sini. Kami juga menjemput pempamer dan pelawat untuk meneroka, membeli, dan mengalami sendiri pengalaman tarikan...
Lelongan seni bermula di New York di tengah ketidakpastian ekonomi global, jangkakan hasil tinggi minggu ini
Ringkasan Trend Pasaran Lelongan seni Mei di New York menunjukkan potensi kejayaan walaupun cabaran ekonomi. Christie’s dan Sotheby’s membina jualan sekitar koleksi bernilai tinggi. Patung memainkan peranan penting dalam lelongan, memenuhi kehendak kolektor terkini. Menurut laporan Bloomberg, musim lelongan bulan Mei di New York dijangka mencipta kejayaan meskipun berdepan dengan kondisi ekonomi yang kurang memberangsangkan. Pasaran seni, yang terkesan akibat harga tinggi dan semangat yang rendah, kini berhadapan pula dengan perang tarif yang mengganggu persepsi pemulihan ekonomi. Lisa Dennison, naib presiden eksekutif dan pengerusi Amerika di Sotheby’s, menjelaskan bahawa pasaran sebelum ini kelihatan stabil selepas pilihan raya...
Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Seiring Dengan Pasaran Serantau
Oleh Zarul Effendi Razali KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum positif apabila ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih seiring dengan trend meningkat di pasaran serantau, kata penganalisis. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.24 peratus atau 3.76 mata kepada 1,546.50 daripada 1,542.74 semasa ditutup semalam. Indeks petunjuk pasaran dibuka meningkat 2.25 mata kepada 1,544.99 dan bergerak antara 1,542.74 dan 1,547.74 sepanjang hari dagangan. Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 459 berbanding 454, manakala 517 kaunter tidak berubah, 937 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung...
Bank Rakyat Terbit Sukuk Wakalah Senior Bernilai RM1 Bilion
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Bank Rakyat berjaya menerbitkan RM1 bilion Nota Kewangan Islam Jangka Sederhana (IMTN) Sukuk Wakalah melalui syarikat tujuan khas (SPV) Imtiaz Sukuk II Bhd. Terbitan ini dilaksanakan menerusi proses penetapan harga pada 24 April 2025 di bawah Program Sukuk Wakalah Senior sehingga RM10 bilion yang diberikan penarafan AA2 oleh RAM Rating Services Bhd. Dalam kenyataan, Bank Rakyat berkata terbitan tersebut merangkumi dua bahagian iaitu RM120 juta untuk tempoh lima tahun dan RM880 juta bertempoh tujuh tahun. Bank Rakyat juga berjaya memperoleh permintaan yang menggalakkan bagi Sukuk Wakalah Senior dengan bidaan sebanyak 1.98 kali daripada jumlah terbitan sebenar. Jumlah terkumpul daripada terbitan Sukuk...
Richiamo Coffee, Good Virtues Jalin Kerjasama Lancar Minuman Habbatus Sauda
Pengurus Kanan Jenama Citychemo, Nur Wahidah pada majlis pelancaran kolaborasi Richiamo Coffee X Good Virtues Co di Starhill hari ini. KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Richiamo Coffee Sdn Bhd bekerjasama dengan Good Virtues Co, jenama kesejahteraan tempatan di bawah Citychemo Manufacturing Sdn Bhd, untuk memperkenalkan barisan minuman baharu berasaskan "habbatus sauda" (jintan hitam atau nigella sativa). Produk baharu itu disasarkan untuk mencatat jualan melebihi 30,000 cawan di seluruh negara sepanjang berlangsungnya kerjasama berkenaan. Pengurus Jenama Kanan Citychemo Nur Wahidah Mohd Rafi berkata kerjasama itu juga dijangka memacu peningkatan jualan sebanyak 30 peratus untuk syarikat berkenaan. “Kami ingin menjangkau seramai...
Pencalonan Anugerah Kecemerlangan Digital PIKOM 2025 Kini Dibuka
Pengerusi Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) Alex Liew (tengah, atas) bersama Timbalan Pengeruis PIKOM Alex Loh (belakang,kanan), Bendahari PIKOM Abdul Halim Md Lassim (belakang,kiri) dan Pengerusi Terdahulu PIKOM Ong Chin Seong (belakang,dua kiri) bergambar bersama rakan strategik pada pelancaran PIKOM Digital Excellence Awards 2025 hari ini. KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM) secara rasminya membuka pencalonan bagi Anugerah Kecemerlangan Digital PIKOM (PDEA) 2025. Pengerusi PIKOM  Alex Liew menggesa calon-calon yang layak untuk tampil ke hadapan dan menonjolkan pencapaian mereka bagi menyertai barisan elit digital Malaysia. "Anugerah ini bukan sekadar...
Kehadiran IWS, Delegasi World Economic Council Buka Peluang Pelaburan Baharu - Anwar
MANDATORY CREDIT - Izzuddin Abd Radzak/ Prime Minister's Office KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kehadiran wakil International Economic Senate (IWS) dan delegasi World Economic Council membuka peluang pengembangan pelaburan terutamanya melibatkan syarikat Jerman di Malaysia. Mengalu-alukan lawatan mereka ke Malaysia, Anwar berkata beliau menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi (IWS) Peter Nussbaum dan delegasi World Economic Council awal hari ini. Beliau berkata langkah ini dilihat sebagai inisiatif berterusan untuk meneroka peluang pengembangan pelaburan khususnya oleh syarikat Jerman. “Kami bertukar pandangan berkaitan dasar dan kemudahan perniagaan oleh Kerajaan MADANI yang...
Perjanjian Perdagangan Bebas EU-Malaysia Teras Perkukuh Hubungan Strategik - Duta
Rafael Daerr KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Kesatuan Eropah (EU) menganggap Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) blok itu dengan Malaysia yang sedang diusahakan, sebagai tonggak dalam perluasan strateginya untuk memperkukuh kerjasama ekonomi dan geopolitik di negara-negara ASEAN. Duta Besar EU ke Malaysia Rafael Daerr berkata FTA itu akan meningkatkan aliran perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua ekonomi di tengah-tengah ketidaktentuan global serta cabaran dasar perlindungan ketika ini. “Ini akan turut berperanan sebagai platform bagi mewujudkan asas kerjasama yang berdaya tahan dan berorientasikan masa depan dalam perkongsian nilai serta pelbagai hala yang berpaksikan undang-undang. “Perdagangan misalnya adalah ciri utama EU...
Sektor Pembinaan Malaysia Melonjak 16.6 Peratus Pada Suku Pertama 2025 - Perangkaan
Kredit: DOSM KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Sektor pembinaan Malaysia pada suku pertama 2025 mencatatkan pertumbuhan nilai kerja pembinaan sebanyak 16.6 peratus tahun ke tahun dengan nilai berjumlah RM42.9 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata sektor ini mengekalkan momentum menaiknya, meskipun pada kadar yang sederhana berbanding pertumbuhan sebanyak 23.1 pada suku sebelum itu. "Prestasi ini didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan dalam subsektor aktiviti pertukangan khas dan bangunan kediaman yang masing-masing merekodkan pertumbuhan dua digit sebanyak 35.5 peratus dan 27.0 peratus. "Subsektor bangunan bukan kediaman...
Johor Yakin Capai FDI Hampir RM60 Bilion Menjelang Suku Kedua 2025
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi Kredit : Fb Lee Ting Han JOHOR BAHRU, 9 Mei (Bernama) -- Johor yakin dapat mencapai pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah hampir RM60 bilion menjelang suku kedua tahun ini. Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata keyakinan ini adalah berdasarkan kepada pencapaian negeri yang mencatatkan jumlah pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM27.4 bilion pada suku pertama tahun ini, angka yang hanya boleh dicapai dalam tempoh sembilan bulan tahun lepas. “Kita mencapai angka ini (RM27.4 bilion) hanya dalam tempoh tiga bulan pada 2025. Malah, saya dimaklumkan pada April sahaja, kita sedang mengusahakan kemungkinan (kemasukan) FDI bernilai RM23 bilion lagi. “Menjelang suku kedua tahun ini...
Untung Bersih Westports Naik Sembilan Peratus Kepada RM222.46 Juta Pada Suku Pertama 2025
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Westports Holdings Bhd pada suku pertama yang berakhir 31 Mac 2025 meningkat sebanyak sembilan peratus kepada RM222.46 juta daripada RM204.51 juta pada suku yang sama tahun lepas. Perolehan pula melonjak kepada RM621.3 juta daripada RM543.15 juta sebelumnya. Pengendali pelabuhan itu berkata perdagangan serantau intra-Asia menjadi asas kepada jumlah kontena Westports berikutan laluan perdagangan tersebut menyumbang 63 peratus daripada jumlah yang dikendalikan. "Segmen konvensional mengendalikan dan memudahkan pengendalian 2.95 juta metrik tan kargo pukal dengan peningkatan ketara dalam aktiviti kargo pukal cecair seperti produk berkaitan minyak sawit, gas petroleum cecair dan bahan...
Back
Top
Log in Register