KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada US$118.70 bilion pada 30 April, 2025 daripada US$118.40 bilion pada 15 April, 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Dalam kenyataan hari ini, bank pusat menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa itu meliputi rizab mata wang asing (US$105.5 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.8 bilion), emas (US$3.8 bilion) dan aset rizab lain (US$2.3 bilion).
Jumlah aset sebanyak RM639.84 bilion, merangkumi emas dan pertukaran asing, dan rizab lain termasuk...