BTC USD 81,559.4 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

Bank Rakyat, Mastercard Bekerjasama Lancar Touch Card Untuk OKU Cacat Penglihatan
Kredit: Bank Rakyat KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Bank Rakyat dengan Mastercard bekerjasama untuk menyepadukan ciri kad sentuh, Touch Card ke dalam pelbagai jenis kad bank terpilih. Kad ini membantu pemegang kad bank dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) iaitu buta selain mereka yang mengalami masalah penglihatan separa bagi mengenal pasti kad kredit, debit dan prabayar mereka. Touch Card direka dengan mengambil kira aspek kebolehcapaian bagi memberikan rasa keselamatan, keterangkuman dan kebebasan yang lebih tinggi kepada 2.2 bilion orang di seluruh dunia yang mengalami masalah penglihatan. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) turut melaporkan terdapat hampir 64,000 orang cacat penglihatan di Malaysia. Pengurus Negara...
Ar-Rahnu Express Buka Cawangan Ke-10 Di Kelantan
Kredit: Ar Rahnu Express KOTA BHARU, 7 Mei (Bernama) -- Ar-Rahnu Express, jenama pajak gadai patuh syariah di bawah Kumpulan HABIB, melancarkan cawangan ke-10  di Pasar raya Besar Mydin Tunjong di sini hari ini. Pengerusi Eksekutifnya Datuk Seri Meer Habib berkata cawangan baharu ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan syarikat untuk memperluaskan perkhidmatan pajak gadai Islam ke kawasan Pantai Timur, sekali gus memperkukuhkan komitmennya untuk menyediakan perkhidmatan mudah dan pantas kepada pelanggan. Beliau berkata Ar-Rahnu Express yang ditubuhkan pada 2010 kini mengendalikan enam cawangan di Lembah Klang dan empat cawangan di luar kawasan itu, termasuk yang terbaharu di Mydin Tunjong. "Cawangan ini berkonsepkan urban...
Dewan Perniagaan Malaysia, Kemboja Meterai MoU Tingkat Kerjasama
Kredit : Cambodian Chamber of Commerce Facebook page. Oleh Vijian Paramasivam PHNOM PENH, 7 Mei  (Bernama) -- Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Bersekutu Malaysia (ACCCIM) dan Dewan Perniagaan Kemboja (CCC) melancarkan inisiatif bersama dalam usaha meningkatkan kerjasama ekonomi serta perdagangan dua hala. Dalam kenyataannya hari ini,  CCC berkata kedua-dua dewan telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) pada Selasa bagi memuktamadkan kerjasama itu secara rasmi. Presiden ACCCIM Datuk Ng Yih Pyng berkata delegasi ACCIM bertujuan menjalin kerjasama dengan rakan di Kemboja bagi meneroka peluang baharu ekonomi di negara berkenaan. “Objektif utama kunjungan itu adalah untuk meninjau potensi kerjasama selain menggalakkan usaha...
MyCC Lancar Kaji Selidik Perkukuh Landskap Ekonomi Digital
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) melancarkan kaji selidik berskala nasional sebagai sebahagian daripada Kajian Semula Pasaran Ekosistem Ekonomi Digital yang dijalankan di bawah seksyen 11 Akta Persaingan 2010. Kajian pasaran yang bermula pada Julai 2024 hingga Disember 2025 itu bertujuan untuk menilai struktur pasaran dan dinamik persaingan merentasi lima subsektor kritikal yang menjadi tulang belakang pasaran digital di Malaysia. Lima subsektor tersebut ialah pengendalian mudah alih dan sistem pembayaran; pasaran runcit e-dagang; perkhidmatan pengiklanan digital; agensi pelancongan dalam talian dan privasi dan perlindungan data (analisis rentas sektor). Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Ismail...
Marcelo Claure berniat menggunakan kekuatan kewangan untuk menyingkirkan parti kiri di Bolivia dan mendorong pembaharuan ekonomi
Ringkasan Trend Pasaran Marcelo Claure mahu perubahan politik di Bolivia. Claure rancang sokong calon pro-pasaran untuk presiden. Ekonomi Bolivia hadapi krisis terburuk dalam dekad ini. Menurut laporan Bloomberg, bilionair Bolivia, Marcelo Claure, bertekad untuk menggunakan pengaruh kewangannya demi menghalang pemerintahan sosialis dan meningkatkan peluang untuk politik pro-pasaran dalam pilihan raya akan datang. Negara tanpa laluan laut ini kini berdepan krisis ekonomi terburuk dalam beberapa dekad. Pertumbuhan inflasi dan kekurangan bahan api semakin meruncingkan keadaan, justeru Claure melihat pilihan raya Ogos ini sebagai peluang terbaik untuk memilih kerajaan yang mesra perniagaan. Claure, walaupun belum menjejakkan kaki ke...
Malaysia Perlu Teroka Hasil Alternatif Ketika Perluasan SST Ditangguhkan
Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Malaysia perlu meneroka aliran hasil alternatif seperti bantuan bersasar, pelaksanaan secara berfasa, penguatkuasaan yang dipertingkatkan, dan levi digital/hijau baharu berikutan kerajaan melaksanakan langkah strategik menangguhkan perluasan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Pengerusi Kelab Ekonomi Kuala Lumpur (ECKL) Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther dalam kenyataan hari ini berkata walaupun langkah ini mungkin memberi kesan kepada hasil dalam masa terdekat, beliau menyifatkannya sebagai langkah berhemat untuk memperkuat pemulihan ekonomi negara. Beliau berkata isi rumah dan perniagaan masih menghadapi ketidaktentuan pasca pandemik serta cabaran global, dan...
ASEAN-BAC Harap Pemimpin Akan Sokong 12 PED, Pesatkan Integrasi Ekonomi Serantau - Nazir
Tan Sri Nazir Razak KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) berharap para pemimpin ASEAN, yang akan bertemu bagi sidang kemuncak di sini akhir bulan ini, akan menyokong 12 Keberhasilan Utama Ekonomi (PED). Pengerusinya, Tan Sri Nazir Razak berkata sokongan itu akan mempercepat integrasi ekonomi serantau -- satu matlamat yang semakin mendesak dalam keadaan landskap global yang lebih mencabar, terutama berikutan pengenaan tarif yang tinggi oleh Amerika Syarikat. “Sekiranya kita tidak boleh memesatkan integrasi ASEAN sekarang, bilakah kita boleh? Kini adalah masa yang penting bagi ASEAN untuk bersatu, memperkukuh integrasi, dan meningkatkan kerjasama ekonomi dan kewangan,” katanya pada sidang media...
Malakoff Terbit Sukuk Murabahah SRI Kemampanan ASEAN Sebanyak RM250 Juta
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Malakoff Corporation Bhd (Malakoff), Malakoff Power Bhd (MPower) telah berjaya menerbitkan Sukuk Murabahah Pelaburan dan Bertanggungjawab (SRI) Kemampanan ASEAN pertamanya sebanyak RM250 juta di bawah Program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) yang bernilai RM1.2 bilion. Ini adalah tawaran kelestarian sulung Malakoff di bawah Sukuk Murabahah SRI Kemampanan ASEAN dan yang pertama oleh pengeluar tenaga bebas di Malaysia. Malakoff melalui satu kenyataan bersama dengan Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) hari ini menjelaskan hasil daripada pengeluaran itu akan digunakan untuk membiayai projek yang bersesuaian oleh MPower, Malakoff dan anak-anak syarikatnya, selaras dengan...
PM Anwar, Amd Bincang Hala Tuju Syarikat Dalam Dukung Strategi Semikonduktor Nasional
--fotoFB Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perbincangan dengan syarikat gergasi pengkomputeran, Advanced Micro Devices Inc. (AMD) mengenai hala tuju syarikat itu dalam mendukung Strategi Semikonduktor Nasional (NSS). Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata AMD menyambut baik kebijakan ini yang memberi tumpuan kepada kepentingan negara terutamanya dalam mewujudkan dan menjamin rantaian bekalan dari pelbagai negara. “Untuk maksud itu, Malaysia kekal optimis terkait perkongsian strategik dengan syarikat seperti AMD yang akan meletak dan melonjak negara ke arah lebih baik dalam ekosistem sektor ini untuk jangka masa panjang,” kata beliau menerusi catatan di laman...
Untung Bersih Hartalega Melonjak Kepada RM74.54 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Untung bersih Hartalega Holdings Bhd (Hartalega) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2025 (TK2025) melonjak kepada RM74.54 juta daripada RM12.50 juta pada TK2024, manakala perolehan meningkat kepada RM2.59 bilion daripada RM1.84 bilion sebelumnya. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, pembuat sarung tangan itu berkata peningkatan ketara sebanyak RM747 juta atau 41 peratus dalam perolehan terutamanya didorong oleh kenaikan 40 peratus dalam nilai jualan. Kumpulan itu berkata sektor sarung tangan getah dijangka meneruskan momentum pemulihan pada 2025, didorong oleh gabungan pelbagai faktor termasuk permintaan kembali normal secara beransur-ansur, selain perubahan dalam dinamik geopolitik dan perdagangan...
Kepimpinan Anwar, Kerajaan MADANI Dipuji Berkaitan Isu Tarif AS - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan-ASEAN (ASEAN-BAC) memuji kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan MADANI dalam menangani isu tarif Amerika Syarikat (AS) dengan cara yang tenang dan seimbang serta melindungi kepentingan negara. Pengerusi ASEAN-BAC Tan Sri Nazir Razak berkata selain bijak dalam menangani isu yang rumit itu, kerajaan turut melibatkan Washington untuk memahami perkara retorik dan realiti di pihak AS. Selain itu, beliau berkata “Malaysia kemudian kembali merancang strategi, yang kita lakukan kini, dan mungkin meneliti kembali dan berunding.” “Itulah cara tepat untuk menangani situasi ini, berbeza dengan cara (konfrontasi) yang digunakan oleh banyak...
Bank Dunia Puji Malaysia Dalam Pensijilan Halal, Mekanisme Harga Telur
Ketua Ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia, Dr Apurva Sanghi. KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Langkah Malaysia memeterai perjanjian pensijilan halal dengan Indonesia serta pemansuhan kawalan harga telur secara berperingkat, mendapat perhatian serta pujian Bank Dunia yang menyifatkannya sebagai positif dalam landskap ekonomi negara. Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia Apurva Sanghi berkata tindakan mengurangkan halangan birokrasi dalam pensijilan halal akan meningkatkan lagi perdagangan halal antara Malaysia dan Indonesia. Beliau turut memuji tindakan Malaysia memperkenalkan pelesenan digital bagi pengangkutan kereta api antara Malaysia dan Thailand yang dilihat sebagai langkah positif bagi perdagangan serantau. "Ini...
Peraturan Eksport Baharu Lindungi Integriti Industri Sarung Tangan Getah Malaysia
Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) Oon Kim Hung KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) menyifatkan peraturan terkini kerajaan yang mewajibkan sarung tangan getah dihasilkan sepenuhnya di Malaysia untuk tujuan eksport sebagai langkah yang tepat pada masanya dan perlu untuk melindungi integriti industri sarung tangan negara. Pertubuhan itu berkata arahan berkenaan memberikan pelbagai manfaat kepada industri sarung tangan negara. "Pertama sekali, ia mengukuhkan reputasi Malaysia untuk rantaian bekalan yang berkualiti dan telus tanpa kompromi, memberi jaminan yang jelas kepada pengimport dan penyedia penjagaan kesihatan bahawa sarung tangan yang...
Boost Bank Salur Hampir RM150 Juta Pembiayaan Kepada Ratusan PKS
--fotoFB Boost Bank KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Boost Bank berjaya mencatat kejayaan ketara dalam usaha menjadi bank digital tempatan pertama di Malaysia, dengan hampir RM150 juta pembiayaan disalurkan kepada ratusan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Ketua Pegawai Eksekutifnya, Fozia Amanulla berkata dengan purata saiz pinjaman kira-kira RM300,000, momentum itu didorong oleh penyelesaian pembiayaan utama bank iaitu pinjaman berjangka dan kemudahan kredit pusingan yang dihasilkan bagi memenuhi pelbagai keperluan PKS. Proses permohonan turut dipermudahkan dengan dokumentasi minimum, kelulusan pantas dan pilihan pembayaran balik yang fleksibel. “Sejak kami mula menawarkan pembiayaan kepada PKS, misi kami adalah jelas iaitu...
PKS Singapura Tunjuk Minat Ketara Terhadap JS-SEZ, Tinjau Peluang - Pesuruhjaya Tinggi
Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar SINGAPURA, 6 Mei (Bernama) -- Kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Singapura menunjukkan minat ketara terhadap Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), termasuk peluang beralih atau mengembangkan perniagaan di kawasan berkenaan. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar berkata pegawai di pejabatnya juga saban hari menerima pertanyaan mengenai JS-SEZ, malah pihaknya secara aktif berkongsi maklumat itu kepada mereka. Beliau berkata minat itu kekal ketara meskipun wujud ketidaktentuan susulan daripada tindak-tanduk Amerika Syarikat (AS) dalam isu tarif dan perkembangan itu dijangka meningkatkan lagi permintaan terhadap bakat tempatan di Malaysia. “Seperti yang...
Pasaran Kewangan Tempatan Kekal Berdaya Tahan Di Sebalik Ketidaktentuan Global - BNM
Kredit: Bank Negara Malaysia KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Pasaran kewangan domestik kekal berdaya tahan dan terus menjadi pengantara dengan berkesan di sebalik ketidaktententuan global, kata Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) Bank Negara Malaysia (BNM). FMC telah bermesyuarat pada 28 April lepas untuk membincangkan perkembangan terkini dalam pasaran kewangan domestik. Jawatankuasa itu dalam kenyataan hari ini berkata ringgit telah meningkat sebanyak 2.3 peratus setakat ini sejak awal tahun berbanding dolar US bersama kebanyakan mata wang serantau, kebanyakannya didorong oleh kelemahan dolar secara meluas. Di pasaran saham domestik (FBM KLCI) pada awalnya mencatatkan penurunan sebanyak 8.2 peratus berikutan pengumuman tarif oleh...
PKS Malaysia Masih Ketinggalan Dalam Pendigitalan Perniagaan - Gobind
Kredit: Facebook Gobind Singh Deo KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Kebanyakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia masih ketinggalan berbanding syarikat besar dalam perjalanan pendigitalan mereka, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo. Beliau berkata bagi menangani isu ini, kementerian berusaha keras melalui inisiatif seperti Inisiatif Pendigitalan Perniagaan (BDI), dilancarkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia baru-baru ini untuk membantu PKS mempercepat penggunaan teknologi digital dalam operasi mereka. “Kerajaan MADANI turut memperuntukkan RM50 juta untuk geran padanan digital bagi PKS dan geran digital untuk vendor. “Syarikat teknologi global yang berpangkalan di Malaysia seperti Microsoft dan Alibaba Cloud...
Bahagian Pasaran Sektor Sarung Getah Di AS Dijangka Naik 55 Peratus - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sidang media pengumuman kad laporan prestasi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Suku Pertama 2025 di Menara MITI hari ini. KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bahagian pasaran sektor sarung tangan getah Malaysia di pasaran Amerika Syarikat (AS) dijangka meningkat kepada 55 peratus meskipun berdepan kenaikan tarif sebanyak 10 peratus serta tarif timbal balas yang dikenakan oleh negara itu ke atas Malaysia. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pengeluar sarung tangan getah daripada negara pesaing seperti China dikenakan tarif yang lebih tinggi sekali gus memberi kelebihan kepada...
Johari Ghani Ketuai Misi Ekonomi Ke Kenya Mulai Hari Ini Hingga 8 Mei
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) --  Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengetuai delegasi dalam misi ekonomi dan teknikal rasmi ke Kenya dari 6 hingga 8 Mei depan. Kementerian Perladangan dan Komoditi dalam satu kenyatan hari ini berkata lawatan itu menekankan pendirian Malaysia dalam mengukuhkan hubungan ekonomi, perdagangan dan pelaburan dengan negara-negara Afrika khususnya dalam sektor komoditi dan perladangan. Johari dijadual mengadakan mesyuarat dua hala di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Kenya untuk mengembangkan kerjasama perdagangan dan pelaburan terutamanya dalam sektor minyak sawit dan meneroka bagaimana kedua-dua...
Ekonomi Malaysia Dijangka Kekal Kukuh Meskipun Ketidaktentuan Global -- Moody's Ratings
Martin Petch Oleh Siti Radziah Hamzah KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh dan mengatasi prestasi negara setaranya walaupun ketidaktentuan global yang semakin meningkat didorong oleh ketegangan perdagangan, kata Moody's Ratings. Naib presiden dan pegawai kanan kreditnya Martin Petch berkata walaupun pertumbuhan global berkemungkinan perlahan, ekonomi Malaysia yang pelbagai, kelebihan daya saing dan kredibiliti dasar akan membantu mengurangkan kesan tersebut. "Kita berada dalam situasi yang agak tidak menentu. Impak utama yang kami lihat adalah penurunan pelaburan dan permintaan pengguna serta peningkatan turun naik dalam pasaran kewangan," katanya kepada Bernama menerusi satu temu bual baru-baru...
Back
Top
Log in Register