CIMB
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- CIMB Bank Bhd, anak syarikat milik penuh CIMB Group Holdings Bhd, akan membeli 16 hartanah daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada harga tunai RM209.81 juta.
Dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini, CIMB Group berkata CIMB Bank telah memajak 24 hartanah daripada KWSP di bawah perjanjian pajakan bertarikh 30 Disember, 2009, yang akan tamat pada 30 Jun, 2025.
“Pada 30 April, 2025, CIMB Bank memeterai 16 perjanjian jual beli (SPA) untuk memperoleh 16 daripada 24 hartanah ini daripada KWSP, yang kini digunakan oleh CIMB Bank untuk perniagaan perbankannya.
"Dengan ini, CIMB Bank telah menamatkan perjanjian pajakan dengan KWSP," katanya.
CIMB Group berkata transaksi itu akan menyokong...