BTC USD 62,571.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak 12 tahun seks dengan lelaki kenal seminggu dalam WeChat

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
ne_10.1.jpg

DUA anggota polis membawa suspek (tengah) yang dipercayai merogol gadis berusia 12 tahun ke Balai Polis Pusat Miri di Miri, Sarawak semalam.

MIRI – Tindakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun berjumpa kenalan yang baru dikenalinya menerusi aplikasi sosial WeChat membawa padah apabila dia dirogol lelaki berkenaan di sebuah rumah di Tudan di sini kelmarin.

Murid tahun enam itu dipercayai baru seminggu mengenali suspek berusia 26 tahun tersebut sebelum keluar berdua-duaan menaiki Perodua Alza milik bapa lelaki terbabit untuk bersiar-siar.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, mengikut aduan mangsa, dia telah dibawa oleh suspek ke rumah milik keluarganya sebelum melakukan hubungan seks pada malam kejadian.

Katanya, semasa melakukan perbuatan terkutuk itu, ahli keluarga suspek yang bekerja dengan syarikat minyak dan gas di sini tiada di rumah.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa mendakwa mengenali suspek melalui WeChat sebelum kedua-dua mereka mengatur pertemuan untuk kali pertama,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conte...b=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3XzMq5pc6
Hakcipta terpelihara
 
Wechat ni lebih banyak keburukkan daripada kebaikkan..
Nasib aku x minat wechat2 ni...
 
wow...12 tahun..bukan takat bergetah lg...nk ckp ape pn x tau..haha..donia../
 
patutnya skmm dah block penggunaan app ni kat malaysia..banyak sangat keburukannya.
 
Back
Top
Log in Register