BTC USD 84,327.5 Gold USD 4,284.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SalahGuna Kuasa (4 Billion) : Tabung Haji buat Laporan Polis..

fuhgeddaboudit

Active Member
Messages
2,044
Joined
Mar 10, 2016
Messages
2,044
Reaction score
771
Points
71

TH buat laporan polis terhadap bekas Pengerusi, CEO dan Pengurusan Kanan

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) membuat dua laporan polis melibatkan
Bekas Pengerusi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah
serta beberapa pengurusan kanan lain.

Mereka yang lain ialah
Datuk Adi Azuan (Ketua Pegawai Operasi),
Datuk Rozaida Omar (Ketua Pegawai Kewangan),
Hazlina Mohd Khalid (Penasihat Undang-Undang) dan
Rifina Md Ariff (Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Korporat dan Harta Tanah).

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, TH berkata

Laporan pertama melibatkan Program Yayasan Tabung Haji (YTH) 2017, di mana dana berjumlah lebih daripada RM22 juta telah dikeluarkan untuk aktiviti yang mempunyai kecenderungan politik.
“Perkara ini bertentangan dengan Memorandum dan Artikel Persatuan YTH. Para pemegang amanah YTH ketika itu ialah Datuk Seri Abdul Azeez, Tan Sri Ismee, Datuk Seri Johan, Datuk Adi dan Datuk Rozaida,” kata kenyataan tersebut.

Yayasan Tabung Haji telah ditubuhkan pada 2016 untuk melaksanakan, antara lain, bantuan kemanusiaan dan menyumbang kepada golongan kurang berkemampuan, miskin dan yang memerlukan, di mana TH menyumbang sebanyak RM7 juta kepada program tersebut.

Dalam pada itu,
Laporan kedua yang dibuat ke atas Ismee, Hazlina dan Rifina adalah berhubung salah nyata dan menyembunyikan maklumat penting melibatkan penjualan saham TH pada 2012 sebanyak 95 peratus saham dalam PT TH Indo Plantations dipegang dua anak syarikatnya, TH Indopalms Sdn Bhd dan TH Indo Industries Sdn Bhd kepada PT Borneo Pacific dengan harga AS$910 juta.

PT TH Indo Plantations memiliki ladang kelapa sawit berkeluasan 83,000 hektar di Indonesia.

Laporan yang dibuat pada Jumaat di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial ini adalah siasatan dalaman pertama pengurusan baharu yang dilantik sejak Julai 2018 terhadap transaksi masa lalu.

TH.jpg

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tabung Haji Kekurangan RM4 Bilion Wang Pendeposit

81448608091_tabunghaji.jpg

KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) kekurangan RM4 bilion wang pendeposit berbanding asetnya sejak tahun 2017, menurut laporan Sunday Times.

Angka tersebut dipetik media Singapura itu melalui penyata kewangan TH bagi tahun 2016. Laporan itu mendakwa, jurang kekurangan ini mungkin lebih besar bagi tahun 2017, dan 2018.

Untuk tahun 2016, aset TH dinyatakn berjumlah RM63.6 bilion berbanding wang pendepositnya sebanyak RM67.7 bilion.

Menurut TH, jumlah pendeposit mereka terdiri daripada sembilan juta rakyat Malaysia.

Akhbar mingguan Straits Times itu menyatakan, terdapat sumber dari kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mendakwa barisan pengurusan TH sebelum ini "memalsukan penyata kewangan tahun 2017 untuk membolehkan TH membuat bayaran dividen sebanyak 6.25 peratus pada bulan Februari 2018, iaitu hanya tiga bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)."

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa sebelum ini berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan isu penyelewangan, terutamanya jika ia melibatkan isu wang rakyat.

Sunday Times turut melaporkan bahawa disebabkan dakwaan penipuan ini, angka yang diumumkan sebagai untung bagi tahun 2017 adalah sebanyak RM2.7 bilion.

Namun kadar keuntungan bagi tahun 2017 kini diragui.

Sehingga kini, TH masih belum mengeluarkan penyata kewangan yang diaudit bagi tahun 2017, walaupun tinggal hanya tiga minggu lagi sebelum tahun 2019 menjelang.

Selain daripada itu, antara sebab lain kelewatan penyata kewangan tersebut diterbitkan adalah kerana barisan pengurusan tertinggi TH telah berubah susulan perubahan tampuk pemerintahan selepas PRU14.

Barisan lembaga pengarah TH sebelum ini, antaranya, terdiri daripada mereka yang rapat dengan kerajaan Barisan Nasional (BN), termasuk Tan Sri Apandi Ali, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Kesemua mereka telah meletak jawatan selepas PRU14.

Abdul Azeez, yang merupakan bekas pengerusi TH, kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan beberapa kes rasuah, termasuk berhubung TH.

Jumaat lalu, pihak pengurusan baharu TH yang diketuai oleh Datuk Seri Zukri Samat telah membuat laporan polis terhadap Abdul Azeez dan dua bekas ketua pegawai eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah.

Laporan polis itu turut menamakan empat lagi pengurus kanan TH, iaitu Ketua Pegawai Kewangan, Datuk Rozaida Omar; Ketua Pegawai Operasi, Datuk Adi Azuan, Penasihat Perundangan, Hazlina Mohd Khalid dan Pengurus Besar Kanan Bahagian Korporat dan Hartanah, Rifina Md Ariff.

Laporan polis itu melibatkan dua isu berbeza, iaitu satu kes berkenaan dengan Yayasan Tabung Haji yang melibatkan penggunaan RM22 juta untuk kegunaan politik, dan satu lagi kes berkenaan Ismee, Hazlina, dan Rafina yang didakwa menyembunyikan fakta penting tentang penjualan tanah oleh TH sebanyak 95 peratus di PT TH Indo Plantations pada tahun 2012 yang bernilai AS$910 juta (RM3.8 bilion).

Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pernah membuat kenyataan tentang salah urus tadbir di TH, tetapi beliau dikritik hebat dan dituduh membuat fitnah.

Laporan Sunday Times turut menyatakan terdapat beberapa langkah dan usaha untuk mengembalikan urus tadbir baik TH. Aset TH merangkumi lebih 150 hartanah seluruh dunia dan juga memegang saham dalam lebih 100 syarikat tersenarai, termasuk Bank Islam Malaysia Berhad. - awani

siasat mereka dan bawa kemuka pengadilan.. xde kompromi isu2 mcm ni..
 
12-1-2.png

Dalam banyak-banyak pendedahan yang saya pernah terlibat, antara sumpah seranah yang paling teruk saya terima adalah bila saya bangkit bercakap mengenai kepincangan kewangan Tabung Haji.

Saya mula mempersoalkan penglibatan dana Tabung Haji dengan 1MDB sejak Mac 2015.

Apabila rizab Tabung Haji menjadi negatif seperti yang disahkan surat dari Bank Negara, saya mula memberi perhatian meneliti kedudukan kewangan Tabung Haji dan pelaburan-pelaburan Tabung Haji yang gagal.

Saya dikeji secara berterusan, baik dari kalangan penyokong Umno, PAS mahupun rakyat biasa. Tidak ramai sahabat-sahabat yang berani datang memberi sokongan kerana takut menjadi mangsa serangan juga.

Saya ditahan, didakwa dan masih menjalani perbicaraan kononnya memfitnah Tabung Haji. Ada pimpinan kanan yang menuduh kononnya saya telah menyebabkan ribuan orang Islam tidak boleh menunaikan ibadah haji.

Tidak cukup dengan makian berjemaah selama beberapa tahun, pengurusan Tabung Haji sebelum ini telah mendapatkan cop “puas hati” dari pimpinan PAS.

TH1.jpg

Oleh kerana pimpinan PAS telah memberikan cop “puas hati”, makian berjemaah itu makin berganda.

Saya dimaklumkan laporan polis telah di buat terhadap bekas pengurusan kanan Tabung Haji, termasuk seorang pengurusan kanan yang menjadi saksi utama dalam kes saya di mahkamah.

Saya berdoa supaya lebih ramai rakyat Malaysia yang boleh menilai sesuatu isu melangkaui pandangan sempit kepartian.

Apabila saya mengambil risiko membongkar masalah pengurusan di Tabung Haji, sepatutnya fakta yang saya bentangkan itu diambil kira. Jangan kerana pembongkaran itu datang dari seorang pemimpin parti lawan, fakta yang dibawa ditolak bulat-bulat dan dibalas dengan satu ungkapan mudah: “Ini semuda fitnah”.

Saya akan terus meneliti setiap satu kes berdasarkan fakta dan ilmu yang ada pada saya. Walaupun sepatutnya tanggungjawab meneliti prestasi kerajaan persekutuan dipikul oleh pembangkang (UMNO dan PAS), saya akan tetap meneliti dan bersuara.

Kalau saya sanggup ke penjara sebelum ini bersuara mengenai Tabung Haji walau diserang hebat, In Sha Allah saya berkemampuan untuk terus bersuara sekarang.

Saya hanya berdoa rakyat dan penyokong tegar parti-parti (baik PH, UMNO atau PAS) lebih terbuka meneliti setiap fakta.

Jangan ulangi episod Tabung Haji – walaupun faktanya jelas, ramai-ramai bersekongkol menyembunyikan kerosakan dan menidakkan kebenaran hanya kerana yang membawa fakta itu seorang dari parti lawan.

Rafizi Ramli
1 Disember 2018

Rafizi pernah bawa isu ini... tp TH sendiri diam.

Skrg, jilake betui..duit org nak pergi Haji tu. Dioarang ni tak percaya hari akhirat ke??? Gila betul, kejar kesenangan utk sementara..
 
ye la, dah ko pun pernah cakap x betul.. susah org nak percaya klu sekali dh berbohong..

pas bukanlah berpuas hati.. tapi mengambil pendekatan tidak mahu menghukum atau menuduh.. pas tidak pernah menghalang kerajaan baharu drpd menjalankan mana2 siasatan atau mana2 proses mahkamah yg melibatkan kerajaan terdahulu..

aku tau ko cerdik rafizi.. xkn ni je modal ko dari dulu? asal pas x melawan, x bermakna pas puas hati..

ok, skrg proceed dgn siasatan..
 
duit nenek aku dorang nk pau jgk ke

inikan yg dikatakan parti pejuang ketuanan melayu? patut la bangsa melayu semua kaya2 belaka. kalu x bertukar pemerintah sampai kiamat pon kita x tahu ni

yg peliknya pas ok je bekerjasama dgn parti penyamun ni. walaupon x terbukti bersalah tp kemungkinan besar tu dah ada
 
apabila serigala diupah menjaga biri2.habis dikenduri sekor2
 
Sakitnya tu disini.....
Naseb bn tumbang kalau tak makin berpesta puak2 ni berzikir “kencing hancing”.

bn dah tumbang pun ph tetap kencing hancing.. tu realiti..
 
duit nenek aku dorang nk pau jgk ke

inikan yg dikatakan parti pejuang ketuanan melayu? patut la bangsa melayu semua kaya2 belaka. kalu x bertukar pemerintah sampai kiamat pon kita x tahu ni

yg peliknya pas ok je bekerjasama dgn parti penyamun ni. walaupon x terbukti bersalah tp kemungkinan besar tu dah ada

aik? yg parti korg segala2 bapak ada dalam tu xpe pulak? :))

ko bagi aku satu contoh pas bekerjasa dgn umno bn..
 
Back
Top
Log in Register