BTC USD 62,817.8 Gold USD 4,336.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Puak yang layak ke syurga?

Status
Not open for further replies.

pubin

Banned
Messages
6,448
Joined
Jul 8, 2011
Messages
6,448
Reaction score
51
Points
70
Seruan

Tegakkanlah pendirian ugama DAN janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya

Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya
[Asy-Syura:13]


Fakta Kesesatan

JANGANLAH kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik
IAITU orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing
serta mereka pula menjadi berpuak-puak
tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya
[Ar-Rum:32]

Dan sesungguhnya ugama Islam ini ialah ugama kamu
ugama yang satu asas pokoknya
dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu

Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan ugama mereka kepada beberapa pecahan
tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka
Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam KESESATANNYA itu hingga ke suatu masa
[Al-Mu’minun:52-54]


Apakah itu agama yang satu asas pokoknya?

“Tegakkanlah pendirian ugama DAN janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya”

Lebih mudah....

1. berserah diri bulat-bulat untuk patuh ayat Allah
2. berusaha memperbaiki amal... (rujuk sini)

Perselisihan selainnya?

Katakanlah:
“Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah
dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu
Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu
Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu
Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu
(kalau tak menyentuh pokok atau dasarnya.. anggap jer tradisi mereka, layannnn)
Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada (ayat-ayat) Allah
sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan
maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh
dan kepada Allah jualah kesudahan segala urusan
[Luqman:22]

Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya
Al-Nahl:128


Siapa yang benar di antara semua mazhab, firqah, puak?

Pengajaran daripada kisah perselisihan di antara tiga puak

1. Yahudi
2. Nasrani
3. Musyrik


Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula:
“Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani”

Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja

Katakanlah:
“Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu
jika betul kamu orang-orang yang benar”
(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar)

bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah
sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya
maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya
dan tidaklah ada kebimbangan terhadap mereka
dan mereka pula tidak akan berdukacita.


Dan orang-orang Yahudi berkata:
“Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai sesuatu pegangan (ugama yang benar)”
dan orang-orang Nasrani pula berkata:
“Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan (ugama yang benar)”;​

padahal mereka membaca Kitab Suci masing-masing (Taurat dan Injil)

Demikian juga orang-orang (musyrik) yang tidak berilmu pengetahuan mengatakan seperti yang dikatakan oleh mereka itu

Maka Allah akan menghukum (mengadili) di antara mereka pada hari kiamat
mengenai apa yang mereka berselisihan padanya

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat
dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk menyebut nama Allah di dalamnya
dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu?

Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu
melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah
Mereka akan beroleh kehinaan di dunia
dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.

Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat
maka ke mana sahaja kamu arahkan diri maka di situlah arah yang diredhai Allah

sesungguhnya Allah Maha Luas, lagi sentiasa Mengetahui.
[Al-Baqarah:111-115]

apa kesimpulannya?

yahudi cakap agama dia betul, yang lainnya salah...
nasrani pun cakap agama dia betul, yang lainnya salah..
orang musyrik pun cakap sama juga..
masing-masing cakap agama mereka saja betul, dan boleh masuk syurga..

serupa dengan umat Islam hari, semua kata mazhab dan agama masing2 jer betul...

jadi apa jawapan Allah?
Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja
dan agama atau pegangan yang betul ialah..
sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah
dan dia pula
berusaha supaya baik amalannya
maka
tidaklah ada kebimbangan terhadap mereka
dan
mereka pula tidak akan berdukacita
see? tak perlu pun berpecah-belah dan berpuak...

selama ni kita ditipu oleh ahli-ahli agama supaya mereka dapat memegang kuasa...

menjual agama dengan harga yang sedikit....

as long kita ...
1. berserah diri bulat2 untuk patuh ayat Allah
2. berusaha memperbaiki amal... (rujuk sini)

kita tak perlu risau mazhab apa pun kita berada...
Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh
terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka
[Al-Nahl:99]
dan apa yang Allah kata lagi?
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat
dan
maka ke mana sahaja kamu arahkan diri
see? "ke mana sahaja kamu arahkan diri"
iaitu, apa pun pegangan atau mazhab mereka...
dan selagi mereka berserah diri bulat2 kepada Allah...
serta berusaha memperbaiki amal.. maka
di situlah arah yang diredhai Allah
see? Allah redha akan mereka, tak kisah ler apa mazhab pun...

dia dah berserah diri bulat-bulat dan patuh ayat Allah dalam al-Quran
dan dia berusaha memperbaiki amalnya...
nak risau apa lagi?

siap nak berperang sana sini...
dalam mana-man mazhab ada orang mukmin yang Allah redha akan mereka...
kalau kita bunuh mereka jadi macam mana pula?
Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja
maka balasannya ialah neraka jahanam
kekal ia di dalamnya
dan Allah murka kepadanya
dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.
[An-Nisaa:93]
sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu
atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi
maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya
dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia
maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya
[al-Maidah:32]
adoih..bukan main2 nie...

ni yang sebenarnya nkorang kena buat...
bukan Allah suruh berperang satu sama lain...

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan
dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak
supaya kamu berkenal-kenalan ...
[Al-Hujurat:13]
"Kami telah menjadikan" ... see?
Allah yang menjadikan manusia berpuak-puak.. ketetapan Allah
nkorang takleh terima fakta ni?
nkorang rasa benci dengan ketetapan dan pilihan Allah?
nkorang ada ketetapan yang jauh lebih baik dan hebat berbanding ketetapan Allah?

dan dia jadikan nkorang "berpuak-puak" untuk kita saling berkenal-kenalan, belajar memahami sesama kita...
bukan untuk bermusuh antara satu sama lain... bukan untuk diperangi
nkorang tak suka juga? benci dengan ketetapan ni?
nkorang ada ketetapan yang jauh lebih baik dan hebat berbanding ketetapan Allah?

siap Allah bagi contoh lagi macam mana nak hidup harmoni dalam masyarakat berpuak-puak...
"Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan" ... see ?
nkorang hidup sebagai "suami isteri", masing2 berlainan kepercayaan, kehendak, dan keperluan diri...
tapi boleh jer hidup harmoni dan saling menghormati...
siap boleh dapat anak lagi... mengembangkan keturunan
apsal tak nak apply pelajaran ni ke dalam kehidupan bermasyarakat?


Apa yang Allah suruh seru supaya umat Islam boleh bersatu?

Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu):
Apa jua perkara ugama yang kamu berselisihan padanya
maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah
Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku
kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan)
”​

Dia lah yang menciptakan langit dan bumi
Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri
dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan
dengan jalan yang demikian dikembangkanNya kamu semua
Tiada sesuatupun yang sebanding dengan dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

Dia lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi
Ia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya
dan Dia juga yang menyempitkannya
sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

Allah telah menerangkan kepada kamu
di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya
apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh
dan yang telah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad)
dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu:
“Tegakkanlah pendirian ugama
dan janganlah kamu berpecah belah
atau berselisihan pada dasarnya”


Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya


Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu
dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya

Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan
melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui
berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri

Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu hingga ke suatu masa yang tertentu
tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka

Dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab ugama kemudian daripada mereka
berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu

Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka – wahai Muhammad – kepada berugama dengan betul)
serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu
dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka
sebaliknya katakanlah:
“Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah
dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu
Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu
Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu
Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu
Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat)
dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)”.
Dan orang-orang yang berhujah menyangkal dan membantah tentang kebenaran ugama Allah
sesudah disambut dan diterima ugamaNya itu
bantahan (dan tuduhan palsu) mereka itu sia-sia belaka di sisi Tuhan mereka
Dan mereka pula ditimpa kemurkaan (dari Allah)
serta mereka beroleh azab seksa yang seberat-beratnya.
[Asy-Syura:10-16]

Tiga benda jer nak kena fikir...

1. Tegakkanlah pendirian ugama
(berserah bulat-bulat pada ayat Allah)

2. Janganlah kamu berpecah belah
(pangkah sifat ahli kitab dan orang musyrik dalam diri sendiri)

3. Janganlah berselisihan pada dasarnya
(memperbaiki amal)

confirm bersatu... :)
 
Last edited:
to be continue...
 
to be continue..
 
step dalam al-Quran, ini yang Rasulullah SAW buat..

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang yang Ummiyyin

seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri

1. yang MEMBACAKAN kepada mereka ayat-ayat Allah

2. dan MEMBERSIHKAN mereka (taubat dan bersedekah, dibersihkan daripada segala bentuk syirik)

3. serta MENGAJARKAN mereka Kitab Allah

4. dan HIKMAH

Dan sesungguhnya mereka sebelum itu adalah dalam kesesatan yang nyata
(Al-Jumu’ah:2)

FORMULA...

1. Membacakan ayat-ayat Allah (peringkat ilmu) - ayat Allah, bukan ayat manusia... dan baca mesti faham, tak faham maka tak baca ... jadi syair atau mempawangkan ayat Allah (untuk minta macam-macam kat Allah tanpa terlebih dahulu mengabdikan diri)

Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang PENYAIR (eg. jadi Tilawah Al Quran etc)
amatlah sedikit kamu beriman (dengar AQ macam dengar nyanyian, setakat sedap telinga, tak percaya pun)

Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang PAWANG (eg. baca untuk buat jampi, mukjizat dan minta macam2 etc)
amatlah sedikit kamu mengambil peringatan (tak ambil pengajaran pun, just utk minta macam2 - siapa hamba?)

(Padahal Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan Sekalian Alam (patut ker buat macam di atas?)
[Al-Haqqa:41-43]

Mereka (orang musyrik) itu tidak menghormati Allah menurut penghormatan yang selayaknya
sesungguhnya Allah adalah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa
[Al-Hajj:74]

2. Membersihkan (peringkat taubat) - iaitu bertaubat daripada menjadi pendusta agama dan orang musyrik, dan menegakkan pendirian agama

3. Mengajarkan (memperbaiki amal) - iaitu beramal dan mensucikan diri, mengajar diri sendiri mematuhi ayat Allah (sebab kita bukan nabi, tugas kenabian pun dah settle, agama pun dah sempurna, isu sebenar nak atau taknak baca AQ jer.. jadi, diri kita sendiri)...

4. Hikmah (rujuk sini)

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya
Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu
maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak
Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya
[al-Baqarah:269]

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. [an-Nur: 35]

rujuk sini
 
Last edited:
puak mana yang boleh p surga pubin?puak2 ang ka?
 
puak mana yang boleh p surga pubin?puak2 ang ka?

tu Allah cakap kat atas tu... dan diconvertkan kepada nkorang.. :D

Dan mereka berkata pula:
“Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang berugama ................... (nko nak taruh mazhab apa?) ”​

Yang demikian itu HANYALAH ANGAN-ANGAN MEREKA SAHAJA

dan aku tak sampai level nkorang ni...
yang tahu siapa wali Allah...
ulama mana masuk syurga...
siapa masuk neraka...
level nkorang terlampau tinggi..
abis semua "rahsia Allah" dalam tangan nkorang jer..
sbb tu "dah sampai level tak perlukan al-Quran"..
skip dengar cakap "ahli syurga" terus... hehe :))

Sesungguhnya “kitab suratan amal” orang-orang yang berdosa itu dalam “Sijjiin”.
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia “Sijjiin” itu?
[Al-Mutaffifeen:7-8]

Sesungguhnya “kitab suratan amal” orang-orang yang berbakti adalah dalam” Illiyiin”
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Illiyiin” itu?
[Al-Mutaffifeen:18-19]
 
Last edited:
Bergaduh lagi lah korang lepas ni.

Baik tolong potong rumput belakang rumah aku ada juga paedahnya.
 
Bergaduh lagi lah korang lepas ni.

Baik tolong potong rumput belakang rumah aku ada juga paedahnya.

yang isu bergaduh tu dah lama berlaku bro..
perancangan dan manipulasi beribu2 tahun dahulu..
divide and conquer... dan baru ni banyak syiah mati kut?
mungkin nko patut biarkan rumput nko kejap, ajak kembali pada AQ..
kalau tak.. kesian kalau berlaku perang dunia ketiga dalam Islam
tak lama dah, ntah2 tahun depat kut.. tunggu orang takda duit jer... :D
 
Last edited:
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register