BTC USD 84,942.4 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sunnah Rasulullah Dikatakan Biadap, Sunnah YAHUDI Jadi Ikutan !

Mail Aziz

Active+ Member
gem
Messages
2,689
Joined
Dec 27, 2012
Messages
2,689
Reaction score
1,122
Points
101
559949_544841368872176_771550_n.jpg

Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.

“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.
---------------------------------------------------------------
Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.

Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.

#Sebar-sebarkanlah. Dari : HaffizYusuf #
 
Betul ke cerita nih??

Biasalaaa.. sekarang nih macam2 cara kapir nak menipu org Islam yg senang percaya cerita cenggini tanpa usul periksa..
 
wallahualam..jauhkan yg syubhah
 
kena refer balik kat ustaz2 ni,,,
 
Hmmm...konpius sudah..~X(

X payah konpius.. ko buat je apa yg ko yakini betul.. x gugat akidah pon..

Cerita camni xyah percaya sangat..

Zaman dulu mereka mendustakan nama Rasulullah saw sehingga menjadi hadis palsu, zaman sekarang mereka guna nama orang alim ulama utk sebarkan penipuan mereka..

Jika x dibendung cerita sebegini, maka org zaman akan datang pasti percaya cerita nih 100% betul..
 
aku pon pernah baca dalam satu buku ...
 
Oh, ada sunnah cara menunjuk ke? Aku tak pernah tahu. Tolong berikan sunnahnya macamana. Sebab setahu aku perbuatan tunjuk ini adalah berkaitan budaya dan adat sesuatu kaum. Maaf kalau salah.
 
yang lambang A tu dalam cerita-cerita Melayu lama je, zaman-zaman Melaka.

Melayu kenal Yahudi waktu tu pun dari kisah-kisah agama dan cereka arab. Apa rupa Yahudi pun mereka tak kenal....


Something smells fishy...
 
Back
Top
Log in Register