BTC USD 61,751.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berhati-hati Golongan Mempergunakan Nama Baginda Nabi

Putera Duyung

Fun Poster
Messages
695
Joined
Apr 23, 2012
Messages
695
Reaction score
13
Points
15
Salam Warga CG,

Berhati-hati dengan golongan yang mempergunakan nama baginda nabi Muhammad untuk kepentingan golongan sendiri.

Kita ambil contoh terdekat iaitu dua riwayat hadis yang popular berikut;

"Aku tinggalkan kepadamu dua bekal, Kitabullah dan sunnahku"

"Aku tinggalkan kepadamu dua bekal, Kitabullah dan 'ithrahku Ahlul baitku"

Riwayat2 hadis diatas adalah versi antara golongan Sunnah dan golongan Syiah. Masing2 golongan mendakwa bahwa versi merekalah yang betul dan versi pihak yg satu salah. Apa yang jelas kedua-dua golongan mempergunakan nama baginda nabi untuk kepentingan golongan sendiri.

Apabila diajukan soalan, bagaimana korang yakin bahwa riwayat2 hadis tersebut bersumberkan baginda nabi tanpa dimanipulasikan oleh golongan tertentu untuk kepentingan dan kefahaman sendiri ?

Ini jawapan mereka;
Sy tahu tiba suatu masa saudara akan bertanyakan soalan ini, tanpa dalih sy mengaku bhw sy hanya menyerahkan semua urusan pengesahan hadith2 ini kpd mrk yg berkelayakan, dr segi ilmu, iman & amal mrk. Mrk bkn maksum spt Nabi, ttp sy pasti darjat mrk di sisi الله adalah lbh tinggi drpd sy, saudara & semua yg berada dlm thread ini. Jika tujuan mrk adalah utk menyesatkan kita maka tinggallah mrk di dlm neraka lbh lama dr kami semua yg menjd pengikutnya shj.

Dari jawapan diatas, sangat jelas mereka tiada sandaran atau dalil Quran sebaliknya hanya bersandarkan dan mengharapkan akan kejujuran seseorang periwayat tertentu sedangkan mereka sedar sandaran serupa itu tidak menjamin ianya tidak dimanipulasi demi kepentingan golongan sendiri sebab itulah mereka berkata bahwa jika seseorang itu yang dijadikan ikutan tidak jujur maka biarlah mereka (yg jadi ikutan) itu tinggal lebih lama dalam neraka. Demi mempertahankan kefahaman tradisi mereka sendiri iaitu hanya “mengharapkan kejujuran” mereka sanggup perjudikan untung nasib mereka dalam neraka.

Bukan sahaja mereka mempergunakan nama baginda nabi untuk kepentingan golongan sendiri malah lebih dasyat lagi mereka mempergunakan terjemahan Al Quran untuk kepentingan golongan sendiri;

Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta-merta sepuak dari mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka). Q:24:48

Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: Kami dengar dan kami taat: dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. Q:24:51

kembalilah kepada alquran dan assunnah :)

p/s: jgn kata terjemahan alquran ni bias pada aswj pulak yer...

Bagi mereka yang celik akal pasti perasan bahwa ayat asal iaitu Al Quran tidak ada perkataan “sunnah” dalam kedua-dua ayat tersebut. Malangnya walaupan dah diberi tahu akan adanya penyelewengan dalam terjemahan tersebut mereka tetap ego hanya kerana terjemahan tersebut adalah terjemahan yang diiktiraf oleh golongan mereka sendiri (ini kes sendiri buat sendiri iktiraf ).

hadoii.. sblum ko buat tuduhan merapu bukan2 ko kena ingat ayat yg aku tempekkan tu bukan akunyer terjemahan, itu asal dari penterjemah yg telah diiktiraf dan diterima pakai (hanya ko je tk nk pakai sbb tk sealiran).. bila kamu buat tuduhan mcm ini seolah2 terjemahan yg dibuat itu silap dan kamu punya benarlah yer..:D

so teruskan sangka2an anda..:)

Mereka sendiri mengakui bahwa kefahaman mereka tidak ada atau belum ada dizaman baginda nabi dan begitu juga dengan Al Quran belum turun sepenuhnya dizaman nabi (sila lihat siggy saya kat bawah).

Oleh itu wahai saudara2ku yang mencintai Allah, Nabi dan AgamaNya…. Berhati-hatilah….. Bukan tujuan saya untuk mempengaruhi saudara-saudara sebaliknya hanya untuk direnungkan sahaja seperti mana perintah Allah dalam terjemahan ayat berikut;

AQ Surah 17 ayat 36.
Dan janganlah mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya.
 
.... jeng jeng jeng ....putera duyung - guru golongan anti hadis sudah kembali ..

... :D :D :D
 
.... jeng jeng jeng ....putera duyung - guru golongan anti hadis sudah kembali ..

... :D :D :D
PENAFIAN :
Saya bukanlah anti hadis kerana sesungguhnya hadis itu dari Allah dan juga dari baginda nabi.

QS39:23. Allah menurunkan Al Hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab, yang serupa (mutasyabihat) dalam pengulangannya, dengannya digentarkan kulit orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka; kemudian kulit mereka dan hati mereka menjadi lembut pada mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, dengannya Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki; dan sesiapa yang Allah menyesatkan, maka tidak ada baginya yang memberi petunjuk.

Dan saya juga tidak bergolongan dalam beragama kerana bergolongan itu adalah sesat seperti mana pengikut nabi2 terdahulu yg telah membuat golongan dalam agama mereka.

Terima kasih.
 
PENAFIAN :
Saya bukanlah anti hadis kerana sesungguhnya hadis itu dari Allah dan juga dari baginda nabi.

QS39:23. Allah menurunkan Al Hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab, yang serupa (mutasyabihat) dalam pengulangannya, dengannya digentarkan kulit orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka; kemudian kulit mereka dan hati mereka menjadi lembut pada mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, dengannya Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki; dan sesiapa yang Allah menyesatkan, maka tidak ada baginya yang memberi petunjuk.

Dan saya juga tidak bergolongan dalam beragama kerana bergolongan itu adalah sesat seperti mana pengikut nabi2 terdahulu yg telah membuat golongan dalam agama mereka.

Terima kasih.



...semuga kita sama2 diberi petunjuk & hidayah tanpa membelakangkan nabi ..
 
... semuga kita sama2 diberi petunjuk dariNya tanpa membelakangkan nabi ... :D ...

Ya... semoga kita diberi petunjuk...

Jangan terikut2 sangat dgn org yg lantang menentang org2 yg berusaha mengajak manusia kembali kepada Al-Quran...

Manusia patut menggunakan pendengaran - mendengar apa kata Allah dlm Al-Quran, penglihatan - melihat bukti2/contoh akibat tak ikutAl-Quran dan hati - gunakan lah ia untuk membezakan mana yg benar mana yg bathil.

Itu lah yg akan kita bertanggungjawab nanti.


[17.36] Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.
 
Hanya Allah Maha Mengetahui... gunalah fikiran yang waras... BUKAN kita yang boleh menghukum seseorang itu murtad atau keluar islam..
 
apakah hadis berlawanan dengan Al-quran dari segi objektif dan mesej
 
Back
Top
Log in Register