BTC USD 83,561.3 Gold USD 4,186.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAS Selangor Tolak Debat Dengan Hasan Ali

voda

Active Member
Messages
2,322
Paid Membership
Joined
Feb 23, 2010
Messages
2,322
Reaction score
83
Points
35
SHAH ALAM: PAS Selangor menolak pelawaan Presiden Persatuan Jalur Tiga(Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali untuk berdebat mengenai hala tuju PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Malah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman menegaskan beliau tidak pernah memberi persetujuan untuk berdebat dengan Hasan.

Justeru beliau mempersoalkan kredibiliti bekas exco Selangor itu apabila menguar-uarkan kepada umum kononnya debat itu akan diadakan pada Rabu ini.

"Siapa dia (Hasan) nak berdebat dengan kita? Nak berdebat maklumkan sebulan awal, beritahu tajuk apa nak debat. Kita banyak kerja nak buat," katanya pada sidang media di bangunan SUK di sini, Isnin.

Abdul Rani berkata demikian bagi mengulas mengenai kewujudan kain rentang dan hebahan di laman twitter mengenai debat antara beliau dan Hasan pada 11 Julai ini.

Bagaimanapun Abdul Rani berkata, PAS Selangor sedia mewakilkan Timbalan Pesuruhjaya PAS III, Khalid Samad sekiranya Hasan tetap mahuberdebat.

"Hasan Ali hantar undangan dua kali, tapi saya belum beri maklum balas. Bila ditegur kata dia profesional, tetapi apa yang beliaulakukan tidak profesional. Kita bukan macam dia tidak turun padang pun.

"Di Meru dia kata ceramah dihadiri ribuan penyokong tapi sebenarnya sekarang jumlah yang hadir nak sampai puluhan pun susah.

"Tindakan beliau ini tidak profesional dan hanya sebagai talian hayat untuk orang ramai datang," katanya.
 
apabila dah dibayar, jati diri pun hilang..yang ada hidung sudah kena cucuk mcm lembu..boddoh pun boddohla
 
..sahut je la..patahkan hujah Hasan Ali tu.Kalau dapat TKO kan Hassan ALi pasti dia tidak akan jadi langau politik lagi.
 
Takde faedah debat dengan Hassan Ali
 
hasan ali buat ceramah tak laku. orang takmau datang. sebab tu dia nak buat debat ni gerenti ramai org dtg nak tengok. pastu nanti dia claim orang ramai yg dtg tu adalah penyokong dia. padahal tu penyokong pas. hahaha :))
 
Debat ajalah...klu tak, nt org kata pas takut.
 
Datuk Hassan Ali...
NYATAKAN PENDIRIAN ANDA...
dgn statement Chua Solex tu....

ada tulur ka?
 
takut jugak PAS dgn Hasan Ali ni ye...

Benda ni dari kelmarin dah ada warning.

PAS dah cakap awal-awal, akan ada statement dari Hasan Ali kata PAS takut nak debat dengan dia sedangkan tak pernah ada rundingan akan berlaku debat pun.
 
Benda ni dari kelmarin dah ada warning.

PAS dah cakap awal-awal, akan ada statement dari Hasan Ali kata PAS takut nak debat dengan dia sedangkan tak pernah ada rundingan akan berlaku debat pun.

kalau PAS berani berdebat jela..ape nak ditakutkan kalau di pihak yang benar...
 
Back
Top
Log in Register