BTC USD 83,349.9 Gold USD 4,109.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Solat Jumaat di Masjid Kampung Rawa pada 11 Ogos tak sah

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date
takdak sepatah dua kata ker masta....
kasi semangat skit kat khatib2 imam muda zaman TN50 ni :))
agar perkara bergini tidak berulang lagi....

kahkahkah. tu kena mintak pada ahlinya. aku belum tahap tu lagi. Zaman TN50 luar biasa baik:p
 
khatib jemputan

xsurat-khutbah-681x908.jpg.pagespeed.ic.WbrzkcQ83Q.webp
 
Khatib gugup pertama kali baca khutbah

GEORGE TOWN, 2 Okt — Seorang khatib mengakui solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Rawa di sini, pada 11 Ogos lalu tidak sah akibat kesilapannya.


Zamri Vinoth Kalimuthu, khatib jemputan yang pertama kali membaca khutbah pada 11 Ogos lalu tertinggal satu rukun akibat gugup dan cemas, lapor Kosmo!.

“Disebabkan gugup dan cemas, saya tertinggal beberapa perkara ketika membaca khutbah tersebut,” kata presiden Skuad Mubaligh Malaysia itu yang meminta maaf kepada jemaah.

Mufti Pulau Pinang pula berkata Zamri tidak duduk antara khutbah pertama dan kedua sebelum pihaknya mengeluarkan notis mengenai solat berkenaan tidak sah.

“Justeru, khutbah itu menjadi tidak sah menurut qaul muktamad dalam mazhab Syafii” kata Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Notis mengenai perkara itu termasuk menggesa jemaah menunaikan solat zuhur menular di media sosial.

Zamri menyambut baik kritikan orang ramai dan berjanji belajar dari kesilapan.


http://www.themalaymailonline.com/p...tbah-solat-jumaat-tak-sah#CEtl8v5cOUeIkMP9.97
 
Pihak Masjid Kampung Rawa mohon pandangan mufti

image.jpg

Notis pemakluman yang dipamerkan di papan kenyataan masjid

GEORGETOWN – Status solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Rawa, di sini, pada 11 Ogos lalu diputuskan sebagai tidak sah kerana tidak memenuhi rukun khutbah mengikut Qaul Muktamad Mazhab Al-Syafie.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati khutbah yang disampaikan oleh khatib jemputan di masjid itu tidak berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W, tidak menyebut bertakwa kepada ALLAH dan tidak membaca doa untuk umat Islam.

“Pihak Masjid Jamek Kampung Rawa telah memohon pandangan saya mengenai perkara tersebut dalam surat bertarikh 17 Ogos 2017 menerusi pegawai tadbir agama daerah Timur Laut.

“Rakaman video juga telah diperlihatkan dan diperdengarkan kepada pegawai tadbir agama daerah berkenaan dan penolongnya. Perlu diperjelaskan bahawa fokus diberikan kepada khutbah yang disampaikan, bukan kepada khatib terbabit,” katanya, semalam.

Menurutnya, keputusan itu dibuat mengikut Qaul Muktamad Mazhab Al-Syafie seperti mana yang dikehendaki oleh Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Terdahulu, Wan Salim dalam satu surat rasmi kepada pihak masjid berkenaan bertarikh 17 September menjelaskan bahawa solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Rawa pada 11 Ogos lalu adalah tidak sah mengikut hukum syarak.

Menurut Qaul Muktamad Mazhab Al-Syafie tiga rukun iaitu memuji ALLAH, selawat ke atas Nabi dan pesan takwa hendaklah dibaca pada kedua-dua khutbah Jumaat, selain dua rukun lagi iaitu membaca satu ayat daripada al-Quran pada salah satu daripada dua khutbah dan berdoa untuk orang mukmin.

Sehubungan itu, pihak Masjid Jamek Kampung Rawa perlu mengisytiharkan kepada seluruh jemaah yang telah melaksanakan solat Jumaat pada tarikh berkenaan supaya melaksanakan solat qadha fardu Zohor.

Sementara itu, tinjauan di masjid berkenaan mendapati satu notis pemakluman mengenai perkara itu telah dipamerkan di papan kenyataan masjid berkenaan.

Surat yang ditandatangani Pengerusi Qaryah Masjid Jamek Kampung Rawa, Ahmad Azhari Hamzah memaklumkan bahawa khutbah yang disampaikan oleh khatib jemputan iaitu Zamri Vinod pada 11 Ogos lalu di masjid berkenaan adalah tidak memenuhi rukun khutbah mengikut Qaul Muktamad Mazhab Al-Syafie.

“Maka dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa seluruh para jemaah yang melaksanakan solat Jumaat pada tarikh berkenaan supaya melaksanakan solat qadha fardu Zohor dengan seberapa segera,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/solat-jumaat-tidak-sah-mufti-1.738224
 
Solat Isyak di Masjid Bandar Puncak Alam tak sah



image.jpg

JEMAAH menyedari imam tidak membaca satu daripada ayat dalam surah al-Fatihah di Masjid Bandar Puncak Alam pada malam Isnin lalu. - Foto Ihsan pembaca

SHAH ALAM: Ahli kariah yang solat Isyak berjemaah di Masjid Bandar Puncak Alam, di sini malam Isnin lalu, dinasihatkan mengqada solat masing-masing selepas ia didapati tidak sah.

Ahli Jawatankuasa Masjid Bandar Puncak Alam, Fadli Mohd Yusuf, berkata kejadian terbabit disedari ahli kariah masjid berkenaan selepas selesai solat itu berikutan mereka menyedari imam solat jemaah berkenaan tidak membaca satu daripada ayat dalam surah al-Fatihah.

Menyedari perkara itu, Fadli berkata, pihaknya kemudian terus merujuk perkara itu kepada pejabat Jabatan Mufti Selangor untuk tindakan selanjutnya.

“Ketika kejadian, imam solat tidak membaca salah satu ayat di dalam surah al-Fatihah dan solat itu diteruskan sehingga selesai.

“Sejurus itu, ahli kariah bertanyakan kepada pihak masjid sama ada solat itu sah atau perlu diqada semula,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, kejadian itu tersebar melalui aplikasi WhatsApp yang meminta mana-mana individu yang menjadi makmum ketika solat Isyak berkenaan untuk mengqada semula solat berkenaan.

Mesej yang tersebar turut disertakan dengan rakaman solat Isyak berjemaah pada malam kejadian yang jelas kedengaran imam tidak membaca ayat kelima dalam surah al-Fatihah.

Mengulas lanjut, Fadli berkata, antara alasan dikemukakan Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid kepada pihak pengurusan masjid adalah rukun solat adalah perlu membaca al-Fatihah dengan tertib.

“Beliau (Mufti) memberi contoh situasi yang berlaku ketika khutbah Jumaat suatu ketika dulu ketika khatib terlepas membaca ‘Ittaqullah’.

“Oleh yang demikian, beliau menyarankan agar semua yang bersolat Isyak pada malam itu perlu diqada semula,” katanya.

Sementara itu, seorang kariah masjid berkenaan, Muhamad Razhe Mohamad, 54, berkata kebanyakan makmum dalam solat berkenaan tidak menyedari kesilapan berkenaan ketika solat berkenaan.

Katanya, secara kebetulan beliau juga seorang daripada makmum yang solat di saf depan.

“Memang ramai yang tidak perasan lebih-lebih lagi yang solat di belakang imam itu.

“Saya memang biasa solat di masjid berkenaan dan ini kali pertama kejadian itu berlaku,” katanya.

Muhamad Razhe berkata, beliau hanya menyedari imam solat Isyak berkenaan tidak membaca sepotong ayat itu ketika rakaat kedua apabila perkara itu menjadi viral dalam WhatsApp kejiranannya selain dimaklumkan rakannya.

“Pagi tadi lepas sahur di surau baru dapat tahu melalui kawan,” katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/n...g-ayat-ketika-solat-makmum-diminta-qada-solat
 
Ustaz Azhar Idrus ( Original )
1 hr ·

IMAM SALAH BACA FATEHAH

Soalan :

Ketika solat isyak imam telah tersalah membaca surah Fatehah yakni tertinggal ayat yang ke 6 surah Fatehah. Imam telah terus membaca ayat yang ke 7 tanpa membaca ayat yang ke 6 dari surah Fatehah. Imam tidak mengulangi membaca dengan betul dan meneruskan solat dan diikuti olih makmum sehingga salam.

Bagaimanakah hukum solat imam tersebut dan solat para makmum yang mengikutinya?

Jawapan :

Hendaklah diketahui terlebih dahulu bahawa membaca surah Fatehah adalah satu rukun solat yang jika tidak dibaca maka tidak sah solat tersebut kerana telah meninggalkan satu rukun dari rukun-rukun solat.

Sabda Nabi saw :

كلُّ صلاةٍ لا يُقرَأُ فيها بأمِّ الكتابِ ، فَهيَ خِداجٌ ، فَهيَ خِداجٌ

Artinya : “Semua solat yang tidak dibaca di dalamnya akan surah Fatehah maka solat tersebut adalah rosak. Solat tersebut adalah rosak.” Hadith riwayat Ibnu Majah.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. katanya :

ومَن قرَأَ بأمِّ الكتابِ فقد أَجْزَأَتْ عنه ، ومَن زادَ فهو أفضلُ

Artinya : “Barang siapa membaca Fatehah maka solatnya cukup dan siapa yang membaca lebih dari Fatehah (yaitu surah) maka ia adalah afdhal.” Hadith Imam Muslim

Maksudnya solat yang tidak dibaca surah Fatehah di dalamnya maka solat itu tidak memadai.

Rasulullah saw bersabda :

لا صَلاة لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ

Artinya : “Tidak ada solat bagi mereka yang tidak membaca Fatehah.” Hadith Bukhari

Tersebut pada kitab Mausu’atul Fiqhi al-Islami :

قراءة الفاتحة ركن من أركان الصلاة.
وتجب قراءة الفاتحة على المصلي سواء كان إماماً، أو مأموماً، أو منفرداً، وسواء كانت الصلاة سرية أو جهرية، وسواء كانت فرضاً أو نفلاً، وتجب قراءة الفاتحة في كل ركعة
قراءة الفاتحة للإمام والمنفرد ركن من كل ركعة، وتبطل الركعة بتركها
موسوعة الفقه الإسلامي
2 / 432

Artinya : “Membaca surah Al-Fatehah adalah satu rukun dari rukun-rukun solat. Dan wajiblah membaca Fatehah atas orang yang solat samada ia imam atau makmum atau sendirian dan samada solat yang dibaca perlahan atau dibaca kuat dan samada solat itu fardhu atau sunat. Dan wajiblah membaca Fatehah pada semua rakaat. Dan membaca Fatehah bagi imam dan yang solat sendirian adalah rukun bagi setiap rakaat yang batallah solat dengan meninggalkannya.” (Juz 2 m.s. 432)

Berbalik kepada persoalan di atas di mana imam telah meninggalkan satu ayat dari surah Fatehah dan meneruskan solat hingga selesai maka ada perinciannya pada jawapannya :

Pertama :

Solat imam tersebut tidak sah kerana telah meninggalkan satu ayat dari Fatehah maka dia dikira telah meninggalakn satu rukun solat yang menyebabkan solatnya batal.

Kedua :

Solat makmum yang turut mengikut imam tersebut sampai selesai adalah juga tidak sah kerana mengikut orang yang yang sudah batal solatnya.

Ketiga :

Solat makmum yang mufaraqah dari imam pada rakaat yang tersalah itu dan meneruskan solat secara sendirian maka solat mereka tidak batal dan sah.

Olih itu imam dan makmum yang batal solat mereka itu wajib mengulangi solat isyak tersebut manakala makmum yang mufaraqah dari imam tidak wajib mengulangi solat isyak tersebut kerana solat mereka tidak batal.

Wallahua’lam
 
manusia buat secara semujadinya akan lupa dan buat silap, khilaf imam malam tu adalah sebahagian fitrah manusia. semoga dia tidak dikecam dan semoga ramai2 dapat iktibar dari peristiwa ini
 
Back
Top
Log in Register