BTC USD 60,704.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jepun mahu bina lif ke angkasa

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
du_02.1.jpg


TOKYO - Sebuah firma pembinaan Jepun mendakwa semalam ia mampu melaksanakan rancangan luar biasa untuk meletakkan pelancong di angkasa lepas dalam tempoh 40 tahun dengan membina sebuah lif setinggi 96,000 kilometer (km) atau suku jarak Bumi ke bulan.

Firma Obayashi Corp mendakwa lif itu boleh dibina dengan menggunakan teknologi karbon nanotube yang lebih 20 kali ganda lebih kuat daripada besi.

Menurut firma berkenaan, lif itu dapat membawa sehingga 30 penumpang pada sesuatu masa dan bergerak pada kelajuan 200 kilometer sejam selama seminggu sebelum berhenti di sebuah stesen pada jarak 36,000km.

Ketua projek itu, Satomi Katsuyama berkata, pelancong akan tinggal di stesen berkenaan manakala kumpulan penyelidik dan pakar akan meneruskan perjalanan.

"Manusia sejak dahulu lagi kagum dengan menara tinggi. Kami akan membina lif ini dari angkasa lepas dan bukan Bumi," katanya.

Walaupun Katsuyama yakin pelan tersebut akan berjaya, beliau belum menetapkan anggaran kos, lokasi dan pembiaya bagi membina struktur berkenaan.

Firma itu membina bangunan tertinggi di Jepun, Tokyo Sky Tree, yang setinggi 634 meter.

Antara penglibatan syarikat itu dalam pembinaan bangunan ialah Dubai Metro di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Studio Universal Osaka, Jepun dan Stadium Australia yang digunakan untuk Sukan Olimpik Sydney. - AFP
 
nk kiamat da ni.. abis rosak bumi..cane bumi nk bergerak..msti terganggu
 
gilo....kalau aku dia bg naik free pon sumpah aku xnak...giler punye projek ni...huhu
 
Jenama Lif tu mesti Mitsubishi.
Made In Japan.:D
Tak main la klu dari German.
 
buleh buat...hehehe
malaysia xnak hantar pelancong sekali lagi ke?
 
buleh buat...hehehe
malaysia xnak hantar pelancong sekali lagi ke?
Malaysia semua mengarut. Kihkih. :D
Bangsa lain dah kedepan dah.
Macam kes pendrive dan juga credit card online. Orang malaysia yg utarakan hendak buat. Tapi kena claim "mengarut". :">
 
dah macam anime gundam double 00 pulak.. adoi.. macam2 la diorang ni
 
Back
Top
Log in Register