BTC USD 83,703.5 Gold USD 4,216.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dubai mahu bina jalan raya emas

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,889
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,889
Reaction score
99
Points
80
Dubai-plan1-scaled.jpg

SEBATANG jalan raya emas akan dibina di Dubai. - FotoX/@DXBMediaOffice

DUBAI – Kota raya Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan rancangan untuk membina jalan pertama di dunia diturap dengan emas sebagai tarikan mewah di lokasi tumpuan para pempengaruh, lapor laman berita The Sun semalam.

Pelan luar biasa itu merupakan sebahagian daripada pembangunan khas untuk industri barang kemas di kota  raya tersebut, dinamakan Daerah Emas Dubai.

Direka untuk menarik pelancong, pembeli dan golongan profesional, kawasan glamor itu dijangka menjadi tarikan utama apabila dibuka.

Maklumat lanjut masih belum didedahkan dan lebih banyak perincian dijangka diumumkan secara berperingkat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Badan Festival dan Perdagangan Runcit di bawah Jabatan Ekonomi dan Pelancongan Dubai, Ahmed Al Khaja berkata bahawa emas ‘terjalin erat’ dalam budaya bandar raya itu.

“Melalui destinasi mercu tanda ini, kami bukan sahaja meraikan legasi tersebut, malah menafsirkannya semula untuk era baharu yang dibentuk oleh kreativiti dan kelestarian. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register