BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada Unsur Komersial Dalam Perjanjian Tiga Gajah Ke Jepun - MPT

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,700
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,700
Reaction score
97
Points
80
439e440eb2bdc019dc606ad8ed4c53cf69fb54691c5f2

Kredit : Majlis Perbandaran Taiping (MPT)

Tiada sebarang unsur komersial melibatkan urusan jual beli atau bayaran antara Zoo Taiping and Night Safari (ZTNS) dan Tennoji Zoo Osaka (TZO), Jepun dalam perjanjian melibatkan tiga gajah Malaysia, iaitu Dara, Amoi dan Kelat (DAK).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Mohamed Akmal Dahalan berkata perjanjian itu antara dua zoo (zoo to zoo) dan bukannya urusan perniagaan seperti dakwaan segelintir pihak.

“Penggunaan terma B2B (business to business) tidak bertepatan dengan semangat perjanjian yang telah dimeterai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamed Akmal berkata penjelasan dibuat susulan tuduhan tular di media sosial termasuk dakwaan program kerjasama itu melibatkan unsur komersial, bayaran tertentu kepada ZTNS dan MPT serta tidak mematuhi peraturan dan akta yang berkuat kuasa.

Beliau berkata program kerjasama antarabangsa itu selaras dengan Garis Panduan Standard Zoo Malaysia (Pengendalian Zoo) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) serta telah melalui proses kelulusan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

“Sebelum penghantaran gajah dilakukan, pihak MPT, ZTNS dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah mengadakan lawatan ke Osaka dari 6 hingga 10 Okt 2022 bagi menilai kesesuaian kemudahan sedia ada dan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan TZO,” katanya.

Mohamed Akmal berkata semua dokumentasi berkaitan termasuk permit khas, permohonan eksport dan maklum balas kepada pihak berkuasa Jepun telah memperoleh kelulusan sewajarnya sebelum penghantaran dibuat.

“MPT ingin menegaskan aspek kebajikan dan kesejahteraan haiwan sentiasa menjadi keutamaan dalam pelaksanaan program ini. Pihak ZTNS akan terus berhubung dengan TZO serta agensi berkaitan dari semasa ke semasa bagi mendapatkan perkembangan terkini,” katanya.

Beliau berkata MPT juga bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika perlu menjalankan semakan atau siasatan lanjut terhadap program itu.

 
Back
Top
Log in Register