BTC USD 61,751.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah kesihatan aku yg agak terok sepanjang minggu ini..update dgn kisah selanjutnya.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Salam..semuanya bermula dengan demam biasa..malam ahad aku kena ujan renyai renyai..balik dari kampung setelah bercuti selama seminggu disana..masih mampu lagi aku gi keje dan balik petang isnin tu aku kena ujan lagi..ok baru real aku gigil sorang sorang dlm kete..aku x jadi tros balik umah aki singgah klinik dan doctor bagi ubat aku pun balik umah tros telan..nak cepat sembuh..malam tu aku tido asek ngigau..dan akibat dari x cukup tido kesihatan aku bertambah teruk..

Selasa aku keje..balik kena ujan lagi..naik kete tapi gate bukan jenis buka sendiri..pakai payung pun kena tempias juga..tempias air ujan tu dah cukup untuk buat bulu roma aku seram sejuk..dah settle semua aku pun nak beradu laa..rumah aku duduk dua tingkat..duduk dgn sepupu yg hanya ada waktu hujung minggu..malas pulak rasanya aku nak panjat naik tido atas bilik jadi aku bentang toto depan tv sesambil aku layan dvd wawa semput dari atas sofa..dari mula aku dah rasa kepala aku berdenyut semacam..nyut nyut kepala rasanya mahu pecah..Fuhh..x leh nak tido aku dibuatnya..sekali dia berdenyut boleh buat aku jaga dari tido..seksa betul aku malam tu..

Esoknya aku gi jumpa doctor dan disahkan kena migren..doctor bagi ubat alhamdulillah
migren dan demam aku sembuh tapi akibat dari aku tido atas sofa selama aku demam tu kelenjar peha sebelah kanan aku dah bengkak..semalam aku gi klinik kesihatan batu 9 setelah ubat klinik swasta aku abis..aku seret kaki belah kanan aku ni masuk emergency dan dorang tros bagi satu injection dan terus suh aku gi hospital kajang..aku makan ubat klinik kerajaan ni lansung aku tak tido semalam akibat dari sakit bengkak peha aku ni..muscle apa ntah dorang kata..ni jap gi aku kena gagahkan diri gi klinik swasta favourite aku..sorry laa berterabur sikit cerita aku ni..sakit bengkak peha ni buat aku mengalirkan airmata aku sendiri..aku tepon mak aku tanya boleh ke tuan dgn ais mcm aku baca dlm internet dia kata tuan dgn air panas pula..ermm sabar je laa..harap next week aku sihat pulih semula..

Aku sambung laa semula cerita aku yg aku rasa tergantung ni..rupanya semua ni bermula lebih awal lagi..bukan kena ujan tapi kuman telah merebak dlm darah aku.. bila aku gi klinik favaret aku kat taman megah cheras lepas sarapan nasi lemak pada pagi 7.3.2013 doktor sendiri sarankan aku agar tros gi jumpa seorang pakar bernama doctor sahaar di hukm..dia kata penyakit aku ni pelik dan setelah dia jalankan ujian darah terbukti ada virus atau something like that sedang menganas dlm tubuh badan aku yg meyebabkan keadaan aku jadi mcm ni..

Pergi klinik tadi dgn jiran sebelah umah yg agak prihatin..pakcik tu pun mcm aku juga agak blur mcm mana nak gi jumpa pakar di hukm,bukan sorang dua pakar dlm tu..setelah berbincang lebih kurang kami setuju anta aku ke kecemasan hukm dgn bekal surat ujian darah dari klinik tadi..aku dah mula rasa x sedap hati..kronik dah ke aku ni??aku call adik dan abg aku..mak dan abah org terakhir yg akan aku bagitahu sebab dorang sendiri banyak penyakit dgn kencing manis darah tinggi lagi..

Masuk je kecemasan mimpi ngeri aku pun bermula..dari kerusi roda aku dialihkan keatas katil..dihantar x ray dua kali dan aku diletakkan di satu sudut..datang dua org brader baju kemeja dgn beg selendang interview aku..keje apa..duk mana..hobi apa..dari yg simple soalan mula jadi berat..pernah bersetubuh..ada isap dadah..ada alahan..kemana je aku gi sebulan dua ni..last sekali dia kata kami terpaksa tahan encik dlm wad..boleh buat panggilan terakhir sebelum jap lagi kami akan tidokan encik..wahh betul punya tenat ni sampai kena ditidokan sementaraa..aku pun call mak aku cerita a sampai z call adik aku suh masuk amik semua barang aku dan dorang pun tolak aku masuk icu..yess the real icu..sementara dorang nak pasang kelengkapan nak check jantung nak bagi oksigent bagai apek tua katil kat kaki aku pun mati sesak nafas..meraung family dia..aku dah mula cuak..aku baca je apa yg terlintas dlm kepala..

Aku mula sedar aku dah kronik bila lihat wayar dah penuh kat badan..datang sorang nurse ni suh aku mengucap banyak banyak sebab dorang akan tidokan aku jap lagi..aku ingat sejam dua je tido rupa rupanya dlm x sedar 12 hari aku koma dlm icu..memang tenat sampai satu masa doktor suh kumpul semua ahli keluarga mak aku cakap..doktor dah lakukan yg terbaik..bila aku ditidokan kuman tu kurang aktif..doktor susah nak tentukan kuman apa dalam darah aku ni sebab dia kata x penah jumpa lagi kes mcm kes aku ni..puas laa doktor tu kena bambu dgn abg dan makcik aku yg tahu sikit selok belok bidang kedoktoran ni..setakat bagi tido baik saya bawa hospital lain..abg aku kata..dah bergaduh pula dgn doktor sampai hentak2 meja..makcik aku pun sama mcm tu juga..

Doktor dah terangkan dia dah amik darah aku dan proses..sementara ni memang x ada anti kuman atau anti biotik yg boleh matikan kuman dlm darah aku ni..apa team dorang boleh bantu hanya kurangkan keaktifan kuman tu dgn tidokan aku..dorang bagi aku morfin cair..abg aku cakap stok morfin aku je mcm dlm bekas peluru m 16..abis je masuk baru..itu je doktor boleh bantu..morfin dgn susu..satu kelebihan aku doktor kata semangat aku memang kuat..pernah sekali dorang bagi dos untuk aku tido selama 8 jam tapi x sampai
4 jam aku dah terjaga duduk atas katil dan nak cabut segala wayar kat badan aku ni..sebab tu dorang ikat tgn aku masa aku koma..bila aku jaga je ( nama je jaga padahal aku sendiri x sedar apa..morfin tu beb ) aku akan usaha cabut segala wayar..

12 hari aku koma..masuk ari ke 13 alhamdulilah aku dah mula boleh buka mata..kuman tu dah merebak kat peha belah kanan aku..dah banyak kulit mati yg terpaksa di buang..tinggal laa isi dan otot je kat peha aku ni..doktor akhirnya sahkan aku hidapi necrotizing flesh eating bacteria stage two pada peha kanan..alhamdulilah dah dekat 2 bulan aku dirawat..tunggu pakar plastik surgery tampal kulit aku awal bulan 5 ni..nanti ada masa insyallah aku sambung cerita lagi..nak sarapan dulu ni..jomm..:)

attachment.php

Update laa sikit yer..aku dah selesai menjalani skin graft bagi peha belah kanan yg terlapang..ni..kulit peha belah kiri aku dari pangkal hingga ke lutut abis diambil bagi menampung proses operation yg berlansung selama lebih kurang 8 jam di ppukm ..specialist plastik surgery hanya dapat tampal belah atas je..luka kat betis dan bawah lutut dorang tak dapat nak tampal sebab ketiadaan kulit..hehe..boleh je pakar tu amik kulit bontot atau belah pinggang aku tapi pakar tu kata itu pilihan terakhir..

Pakar yg amik kes aku ni punya laa baik..siap bagi aku cuti seminggu lebih suh aku berehat kat kampung dulu..aku yg dah memang naik bosan duk wad dua bulan lebih apa lagi tros call abg aku suh anta aku balik kampung..hehe..lepas cuti baru laa dia jalankan operation kaki aku ni..luka yg dorang tak tampal buat masa ni letak satu krim yg dipanggil meebo..aku pun dah di discass dari wad dan sekarang aku duk umah mak aku buat sementara waktu..alhamdulillah aku rasa semakin sihat..cuma perlu masa dlm sebulan lagi buat sembuh sepenuhnya..buat masa ni nak bergerak masih perlu gunakan tongkat..kalau jauh sikit jaraknya kena guna wheel chair..

Krim meebo yg dorang suggest aku guna ni memang mujarab betul..nak beli pun hanya di wad kebakaran di tingkat lima ppukm..atau call meebo dan mereka akan datang ke tempat kita..sebelum aku guna meebo ni bila aku gerak nak ke toilet atau gi tengok tv kat depan masa dlm wad luka kaki yg tidak ditampal akan berdarah biarpun dibalut kemas..dah mcm air paip darah menitik kuar dari celah bandage..rupanya salur darah luka tu terbuka..memula cuak laa juga..aku risau dorang tolak aku masuk bilik operation pastu amik kulit bontot aku..tampal kat luka tu..perghh..memang tido meniarap laa aku kalau dorang buat mcm tu..tapi pakar aku ni bagi pilihan..nak guna meebo atau second operation..sah sah aku pilih meebo..Haha..bukan takut cuma aku rasa buat masa ni biar laa kulit peha belah kiri ni tumbuh dulu..serik dah rasanya nak masuk bilik opration lagi..cukup laa 5 kali aku masuk situ..nak kuar gi pasar malam dulu..jumpa lagi insyallah di lain hari..:)

attachment.php
 

Attachments

Last edited:
Samalah kita.. Saya dah semunggu lebuh tak sihat. Nak makan pun tak lllu. Drmam tak baik2. Batuk tak baik2.
 
saya doakan encik strom cepat sihat dan sembuh.mungkin dah sampai masanya encik strom cari orang yang boleh tolong picitkan kepala tu:D
 
fenomena biasa time musim ujan ni..saya pn baru jek ok..tp pantang kena ujan mula lha nak demam..banyakan minum air suam..kalau boleh takpyh ler nak pasang kipas ke aircon ke..
 
sabar. . .sakit tu kan penghapus dosa2 kecil . . .
 
Semoga tt cpt sembuh..klu blh tt updatekn mslh bngkak paha tuh..ptutlaa kurang thread tt yg best2 skrg nih..
 
Back
Top
Log in Register