BTC USD 86,026.3 Gold USD 4,344.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CEO Google balas surat permohonan kerja di syarikat Google daripada budak 7 tahun

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
ceoletter_1487359323.jpg


SURAT dikirim Chloe (kiri) dan balasan daripada Sundar

"Jika adik terus bekerja keras dan mengikut impian, adik dapat mencapai apa sahaja - daripada bekerja di Google sehingga berenang di Sukan Olimpik."

Begitulah kata-kata Ketua Pegawai Eksekutif Google Inc, Sundar Pichai kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun yang menulis kepadanya dan memohon untuk bekerja di syarikat itu

Menurut laporan BBC, Chloe Bridgewater dari Hereford, United Kingdom ingin bekerja di Google selepas berbincang mengenai kerja bapanya, Andy dan menulis surat yang ditujukan kepada “boss Google.”

Dalam suratnya itu, Chloe menjelaskan bahawa ayahnya memberitahu dia boleh duduk di atas 'bean bag', menuruni gelongsor dan menaiki kart jika bekerja di Google

Chloe turut membincangkan kelayakannya setakat ini termasuk minat terhadap komputer dan kelakuannya yang baik ketika di sekolah

Namun, selain itu, Chloe juga berharap dapat bekerja di kilang coklat selain berenang di Sukan Oimpik

Laporan The Telegraph memetik bapanya berkata, Chloe teruja apabila menerima surat jawapan daripada Sundar sendiri yang turut menulis: "Saya nantikan permohonan kerja selepas adik sudah selesai bersekolah! :)"

Andy memuat naik surat itu ke laman LinkedIn empat hari lalu dan ia menjadi tular sejak itu

"Chloe kini lebih bersemangat untuk berjaya di sekolah dan bekerja dengan Google," katanya

http://www.hmetro.com.my/node/206847
 
7 tahun dah boleh tulis surat, minta kerja pula tu. Bagus ceo google, surat yang remeh cam nie pun dia ambil berat...
 
Sebab tu la dia layak pegang jawatan CEO Google.
 
ok la adik ni ada cita2.
sambil2 tu ravers la skit dik, jgn serius sgt.
 
Back
Top
Log in Register