BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Takdir memasuki syurga/neraka sudah ditentukan

banyak betul orang sedih ngan kehidupan.. banyak yang nak jadi 1, takmau jadi 0..
lagi tunggang langgang kehidupan... hehe :eek:

citer sikit...

nikmat kenyang ada pada yang lapar
nikmat sihat ada pada yang sakit
nikmat cantik ada pada yang hodoh
nikmat ilmu ada pada yang bod0h
nikmat melihat ada pada yang buta
nikmat mendengar ada pada yang pekak
nikmat berbicara ada pada yang bisu

dan nikmat kaya ada pada yang miskin...

kalau dah jadi kaya
maka hilanglah nikmat kaya
segala-galanya dah boleh dibeli dengan mudah
bila dah hilang "nikmat" kaya..
jadilah mayat dan bertukar menjadi miskin dan papa..
segala kekayaannya tidak bermakna dan tidak membawa kebahagiaan
makanan yang sedap tidak lagi sedap
kereta yang mahal tidak lagi berharga
bini yang cantik tidak lagi bermakna
kerusi yang empuk terasakan keras seperti batu..
orang miskin ler ni...
nak rasa "nikmat" yang sedikit sahaja, tetapi kena habiskan duit yang sangat banyak.. :eek:

oleh itu atas ukuran nikmat inilah
maka manusia memerlukan "level usaha" yang seimbang dengan kemampuan diri..
kerja Allah yang atur semua nie, betapa agungnya Allah..
setiap manusia ditetapkan dengan "level usaha" mengikut kemampuan masing-masing..
oleh itu jangan marah pula kalau jadi miskin, sakit atau hodoh..
itulah sebenar-benarnya "nikmat" kehidupan...
kaya tu tak best, nikmat menjadi kaya tu yang best..
oleh itu tak penting pun jadi kaya ker miskin.. sama jer, atau yg miskin nikmat lebih.. hehe

dan "nikmat" ini bertujuan mengenalkan kita kepada Pencipta..
macam mana tu?
iaitu melalui perasaan bersyukur..
ini kerana "amalan berusaha" itulah yang berupaya menghasilkan "nikmat"
ada kalah, ada menang, ada menangis,ada ketawa.. semua ni menghasilkan nikmat
dan "nikmat" pula menghasilkan puji-pujian.. dan perasaan "beryukur"
yang membawa kita untuk mengenal Pencipta..
iaitu mengenal "Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." (al-Fatihah:2)

sebaliknya, kalau tak mengenal "nikmat"
macam mana nak mengenal "beryukur"?
kalau tak mengenal "beryukur"
macam mana nak belajar memuji Pencipta?
puji-pujian melalui melalui ucapan dan perbuatan.. dan sehingga menusuk ke hati
kalau tak tahu nak memuji Pencipta
bagaimana mungkin boleh mengenal Pencipta?
hidup disia-siakan memuji diri sendiri dan makhluk selain Allah...
kantoi dah, jadi orang kaya yang papa kedana :eek:

Katakanlah: “Allah yang menciptakan kamu
dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati
amatlah sedikit kamu bersyukur

[Al-Mulk:23]

Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya
Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati
amatlah sedikit kamu bersyukur

[As-Sajdah:9]

Dan Dia lah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati
amatlah sedikit kamu bersyukur.

[Al-Mu’minun:78]

so.. sakit dan sihat mana lagi best?

kaya dan miskin mana lagi best?

jadi miskin 1000 kali ganda lagi best daripada jadi kaya... :eek:

so.. nak risau apa pasal takdir?
jalan jerlah.. lakukan tugas yang dalam "bidang kuasa manusia"..
iaitu mengenal nikmat, bersyukur dan puji-pujian kepada Pencipta.. enjoy kehidupan..
tak payah ler dok sibuk masuk campur "bidang kuasa Tuhan" .. kita bukan tuhan pun, manusia jer... .:))


p/s nah. syariat, tasawuf, hakikat dan makrifat.. combine jadi karipap.. hehe
 
Last edited:
bro bluedream teruskan post..sgt bermanfaat..
 
Kalau haiwan pun punyai cerita apa lagi manusia skripnya sentiasa ada untuk paparan :eek:

bro..ayat2 ko terlalu dalam untuk org2 biasa paham..layan biasa2 jer sudah..:p:p:p

persoalan segala persoalan ini akan terjawab apabila kita mgenal dan menyaksikan ALLAH itu..

TIADA TUHAN selain ALLAH..
 
terima kasih atas penerangan tuan..tapi tajuk topik ni.. maksudnya ..dari wujudnya kita dalam perut ibu, adakah sudah ditakdirkan sama ada kita akan ke syurga atau neraka ? sbb tu dikurniakan akal utk mendapatkan iman supaya , dan iman itu yg merubah nasib syurga/neraka bg seorang manusia yg beragama islam?

:( bab ni ambe kurang arif..mungkin tak sesuai untuk dipikirkan jauh2 sangat..cuma kita bersangka baik dengan Allah yg menciptakan kita..adakah sewenang2nya Allah menetapkan kita utk diazab semata-2 - Nauzubillah..
 
pubin suka thread2 mcm ni..sb dia boleh putar2 smpi org lain pn tersesat..harap tt kuatkan iman..
 
Kalau tak leh tanya sini elok tutup saja bahagian agama di cg ni..

actually bukan xleh tanya
cuma topik yg ditanya tu agak berat utk sesetgh org
sbb tu hampir2 ada yg xpuas hati dgn Allah bila berbicara soal takdir
xpayah tgk jauh2..dlm thread yg lepas2 berkenaan takdir pun dh cukup..
dlm CG ni je pun..
 
pubin suka thread2 mcm ni..sb dia boleh putar2 smpi org lain pn tersesat..harap tt kuatkan iman..

sekurangya TT ade keinginan nk tahu..itu lebih dari brung kakatua :D:D

lebih baik tidak menyembah kerana xkenal/tahu dari menyembah bnda yg xdikenal..
 
Kenapa allah x buat pelihan ke syurga terus:eek::eek::eek:
bongkok etul:))

kenapa manusia diangkat menjadi makhluk yg paling tertinggi darjatnya dari makhluk lain serta yang paling sempurna? sebab sifat ketuhanan itu ada pada manusia... Allah memberikan kuasa memilih pada manusia dan tidak diikat dengan sesuatu takdir...
manusia tidak seperti malaikat yang sudah ditentukan tugas2 mereka dan tidak ada istilah ingkar..bolehkan manusia hidup mcm malaikat??? solat 2-3 ribu tahun xhnti2... kita solat 2-3 minit pon malas... Wallahualam...
 
Back
Top
Log in Register