BTC USD 83,958.0 Gold USD 4,141.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Takdir memasuki syurga/neraka sudah ditentukan

bro kena faham maksud "tetap dan tak akan berubah"..

Allah pun ada berfirman ".. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri mengubahnya.."

sbb aku pernah gak confius.. kalau rezeki aku Allah dah "tetap".. buat ape kita susah2 nak kerja..

kalau bro nak betul2 faham pasal konsep "tetap dan tak akan berubah". bro take time dengar video2 ceramah lam youtube.. kalau bro betul2 nak faham.. inshaAllah, akan dapat pertunjuk dariNya..

sama la jgk mcm org kata
jodoh dh ditetapkan,kenapa perlu cari,biarla dia datang sendiri..

:p
 
camni la tuan
secara mudah saya cuba explain

rezeki smuanya dh ditetapkan
smua dh ada rezeki masing2
tapi kita kena cari rezeki tu
mungkin rezeki tu di negeri kelahiran
atau mungkin rezeki tu di negeri perantauan

Allah dh takdir rezeki di A
klau cari di B,mmg xdapat la..

kita kena usaha cari rezeki
sbb kita xtahu di mana lagi Allah letakkan rezeki utk kita

bagus contoh ni

yg bezakan kita capai tak capai rezeki tu..macam gerak hati kita, gerak hati org lain utk tolong kita bukakkan jalan

sbb tu digalakkan solat istikharah utk dpt gerak hati, petunjuk tu
 
Bagimana utk deal dgn nas Syariat dan nas Tauhid


Sebelum saya terangkankan bagaimana utk memahami dengan erti kata yg sebenar "mengajarkan"... perhatikan dulu contoh2 berikut

Contoh 1 :

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
(Ar-Ra'd 13:11)

Perhatikan kalimah,

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."

Ayat tersebut terbahagi kepada 2 bahagian iaitu

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum" - Hakikat Tauhid
"sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." - Zahir Syariat

Iaitu secara Syariatnya manusia diperintahkan berusaha.... namum pada Hakikatnya samada nasib suatu kaum itu berubah atau tidak adalah semata2 kerana kehendak Allah.


Contoh 2 :

Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Anfaal 8:17)

Ayat tersebut juga terbahagi kepada ayat Zahir Syariat dan Hakikat Tauhid, iaitu

"Ketika engkau melempar" (sehingga pada zahirnya mereka terbunuh asbab perbuatan melempar itu) - Ayat Zahir Syariat
"akan tetapi Allah jualah yang melempar ", "akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka" - Ayat Hakikat Tauhid

Secara zahirnya manusia melakukan perbuatan.... pada Hakikatnya manusia tiada memiliki sebarang daya upaya dan kekuatan melainkan Allah.

Dari dua contoh itu dapat difahami bahawa :

Jika dibahasakan dalam level Hakikat ... "Tiada daya upaya melainkan Allah", "Segala perbuatan adalah perbuatan Allah semata2"
Jika dibahasakan dalam level Syariat ... "Manusia dikehendaki berusaha menurut aturan sunatullah (dalam bahasa biasa ---> Hukum Alam)"

Untuk menambahkan lagi kefahaman perhatikan pernyataan2 di bawah

Makan ubat dulu sebelum sembuh
Kunci kereta supaya tidak dicuri
Bekerja dulu supaya dapat rezeki

Hakikatnya yg menyembuhkan, mengkehendaki sama ada kereta itu dicuri atau tidak, yg memberikan rezeki adalah Allah...

Jika seseorang itu menerima Hakikat sahaja dan menolak ikhtiar zahir maka dia akan berkata :

Aku tidak perlu makan ubat kerana penyembuhan dari Allah
Aku tidak perlu kunci kereta kerana sama ada kereta hendak dicuri atau tidak adalah kehendak Allah semata2.
Aku tidak perlu bekerja kerana rezeki telah ditentukan...

Akan tetapi mereka yg menerima kedua2nya iaitu Hakikat dan Ikhtiar Zahir :

Akan makan ubat dan mengiktikadkan yg menyembuhkan ialah Allah.
Akan mengunci kereta dan bertawakal kepada Allah
Akan mencari rezeki kemudian bila mendapat rezeki meyakini bahawa rezeki itu adalah dari Allah

Oleh itu : -


Selaku umat islam yg berpegang pada Al-Quran hendaklah menerima kedua2 pengelasan ayat tersebut... dan bukannya menerima sebahagian dan menolak sebahagian... atau mentafsirkan ayat2 Al-Quran secara bathil.

Menerima Syariat sahaja dan menolak Hakikat... menjadikan fahaman seseorang itu Qadariah
Menerima Hakiakt sahaja dan menolak Syariat... menjadikan fahaman seseorang itu Jabariah.

Sekarang mari perhatikan "mengajarkan" dalam Al-Quran

Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
(Ar-Rahmaan 55:2)

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
(Al-Jumu'ah 62:2)

Setelah penerangan dari 2 contoh terawal pada post ini, maka dapatlah difahami bahawa "mengajarkan" dalam (Ar-Rahmaan 55:2) merupakan ayat "Hakikat Tauhid" manakala "mengajarkan" dalam (Al-Jumu'ah 62:2) merupakan "Zahir Syariat"... kerana sesungguhnya Allah mengkehendaki takdir berlaku menuruti jalan "Sebab dan Musabab"

Mungkin kau just tak paham istilah yg aku gunakan iaitu Zahir dan Hakikat.

Baik kalau kau tak paham penggunaan istilah tu kita tukar istilah

Jika dibahasakan pada level Zahir... makhluk melakukan perbuatan
Jika dibahasakan pada level hakikat... segala perbuatan adalah perbuatan Allah

Bahasa mudah dia cam ni... iaitu bahasa yg kita gunakan hari2
Contohnya bila kau bercakap dengan membermu
"Aku laparlah... aku nak makan supaya kenyang"... itulah bahasa yg kita gunakan hari2
Sedang dalam hati yg kita tidak ucapkan tetapi diiktikadkan ialah "Lapar, makan, kenyang adalah dari Allah semata2"

Jadi dari situ... fahamlah kita bahawa yg aku maksudkan Zahir ialah bahasa yg kita pertuturkan sehari2 utk komunikasi dengan manusia, atau kejadian2 yg berlaku pada makhluk.

Sebab dalam bahasa yg kita gunakan itu, bila bercakap dengan member kita takdelah kata cam ni "Allah menjadikan aku lapar skg ini... Allah gerakkan aku utk makan... kehendak Allah semata2 yg menjadikan aku kenyang". Kang bengang pla member tu.

Zahir = Bahasa Harian, perkara yg berlaku pada makhluk samada kita nampak menggunakan mata kasar atau tidak.
Hakikat = Hakikat sebenar, perbuatan Allah, yg diiktikadkan oleh hati

Demikian juga dengan hati...
Jika dibahasakan dalam level Percakapan sehari2 (Zahir)... "Manusia menganiaya dirinya sendiri dengan mengotori hatinya"
Jika dibahasakan pada level Hakikat yang diiktikadkan dalam hati"Adakah hati kotor atau bersih adalah kehendak dan perbuatan Allah semata2".

Jadi sekarang aku nak bercakap pada level Percakapan Sehari2/ Bahasa harian/ yg berlaku pada makhluk/ Zahir

Jika kau lapar... kau makan utk kenyang.
Jika hatimu kotor... kau akan perbanyakkan mengingati Allah utk pembersihan

Itu sebagai contoh

Bukan... aku nak tahu bagaimana caramu berfikir secara Zahir … itu yg lebih tepat. Segala yg tidak berkaitan dengan hal itu akan ditangguh ke perbincangan yg akan datang.

Pada hakikatnya, manusia tidak mampu dan tidak ada kekuatan untuk berfikir melainkan dengan seiizinNya. Maksudnya bukanlah kau yg menyebabkan dirimu berfikir ketika kau berfikir... akan tetapi Allah yg menyebabkan kau berfikir.

Somehow, sekarang kita lahir didunia yg Zahir, berfikir dan melakukan perbuatan secara Zahir.

“Kun faya kun” … “Jadi maka jadilah”

Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi; dan apabila Ia berkehendak suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia.
(Al-Baqarah 2:117)
Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia.
(A-li'Imraan 3:59)


Sesungguhnya perkataan Kami kepada sesuatu apabila Kami kehendaki, hanyalah Kami berkata kepadanya: "Jadilah engkau! ", maka menjadilah ia.
(Al-Nahl 16:40)

Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Ia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Ia berfirman kepadanya: "Jadilah engkau", lalu menjadilah ia.
(Maryam 19:35)

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.
(Yaa Siin 36:82)

Dia lah yang menghidupkan dan mematikan; oleh itu apabila Ia menetapkan jadinya sesuatu perkara maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia.
(Ghaafir 40:68)

Itulah manefestasi sebenar, which mean... jika Allah mengkehendaki ada individu yg tiba2 “Ting” ada. tiba2 dewasa... tiba2 tahu berfikir tanpa menjalani ATURAN (yg juga dari Allah pada) yg biasa... Allah boleh melakukan sedemikian.

Bila kau perhatikan kejadian manusia, ibu bapanya perlu berkenalan, kahwin, kemudian ibunya mengandung 9 bulan, kemudian dia lahir dan membezar. Itulah ATURAN yg akalmu tafsir secara logik (hakikatnya akalmu berfungsi pun adalah kehendak Allah semata2).... jadi aku nak kau berfikir berdasarkan ATURAN iaitu KEHENDAK Allah menjadikan proses “Sebab” datang terlebih dahulu sebelum “Akibat”. Aku nak kau fokus yg tu... jgn cerita benda2 lain.

Contoh lain, apabila batu dilembar ke atas... batu tu selalu je jatuh ke bawah...
Hakikatnya, ini itu begini begitu adalah KEHENDAK Allah semata2
Jika kita lihat secara Zahir sentiasa menurut ATURAN (yg juga dari Allah)
Aku nak kau berfikir secara Zahir... jgn dulu cerita perkara2 lain.
 
Aku yakin dengan segala sesuatu bergantung kepada kuasa dan kehendak Allah..kita digalakkan berusaha (beribadat) dan berdoa (memohon rahmat dan keampunan Allah)..Tetapi bila baik (syurga) dan buruk (neraka) telah DITETAPKAN dan tak dapat diubah..kat situ lah jadi confius sikit..
Bagi orang yang tak faham hadis ni..ia akan menghilangkan motivasi untuk beribadat..
NAUZUBILLAH..
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register