BTC USD 63,462.8 Gold USD 4,340.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kaedah memahami al-Quran melalui Taubat & Penyucian

Status
Not open for further replies.
perintah supaya tidak berpecah-belah

"Tegakkanlah pendirian ugama dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya"
berserah bulat2 kepada ayat-ayat Allah
dan berusaha memperbaiki amal...

janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik
Iaitu
orang-orang yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing
serta mereka pula menjadi berpuak-puak
tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya

[Ar-Rum:32]

Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu):
“Apa jua perkara ugama yang kamu berselisihan padanya
maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah
Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku
kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan)”


Dia lah yang menciptakan langit dan bumi
Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri
dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan
dengan jalan yang demikian dikembangkanNya kamu semua
Tiada sesuatupun yang sebanding dengan dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

Dia lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi
Ia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya
dan Dia juga yang menyempitkannya
sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu​

Allah telah menerangkan kepada kamu
di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya
apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh
dan yang telah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad)
dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu:
“Tegakkanlah pendirian ugama
dan janganlah kamu berpecah belah
atau berselisihan pada dasarnya”

Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya

Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu
dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya

Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan
melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui
berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri

Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu hingga ke suatu masa yang tertentu
tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka

Dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab ugama kemudian daripada mereka
berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu

Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka – wahai Muhammad – kepada berugama dengan betul)
serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu
dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka
sebaliknya katakanlah:
“Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah
dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu
Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu
Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu
Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu
Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat)
dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)”.​

Dan orang-orang yang berhujah menyangkal dan membantah tentang kebenaran ugama Allah
sesudah disambut dan diterima ugamaNya itu
bantahan (dan tuduhan palsu) mereka itu sia-sia belaka di sisi Tuhan mereka
Dan mereka pula ditimpa kemurkaan (dari Allah)
serta mereka beroleh azab seksa yang seberat-beratnya.

[Asy-Syura:10-16]


Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab
melainkan dengan cara yang lebih baik
kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka
dan katakanlah (kepada mereka):
“Kami beriman kepada yang diturunkan kepada kami dan kepada yang diturunkan kepada kamu
dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu
dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri​
[Al-’Ankabut:46]

Dan sesungguhnya ugama Islam ini ialah ugama kamu
ugama yang satu asas pokoknya
dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu
Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan ugama mereka kepada beberapa pecahan
tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka
Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa

[Al-Mu’minun:52-54]

Sesungguhnya ugama Islam inilah ugama kamu
ugama yang satu asas pokoknya
dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku
(Kebanyakan manusia masih berselisihan) dan berpecah-belah dalam urusan ugama mereka
(ingatlah) mereka semuanya akan kembali kepada kami (untuk menerima balasan).

[Al-Anbiyaa’:92-93]
 
Last edited:
samalah keadaannya bagi mereka yang memuja ulama dah ahli agama yang hipokrit...

Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu dengan membawa kebenaran
oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah
dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya

Ingatlah! kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik)

Dan orang-orang musyrik
yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata):
“Kami tidak menyembah atau memujanya
melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya

sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka
tentang apa yang mereka berselisihan padanya
Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk
kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur

Kalaulah Allah hendak mempunyai anak
tentulah Ia memilih mana-mana yang dikehendakiNya dari makhluk-makhluk yang diciptakanNya
Maha Sucilah Ia
Dia lah Allah, Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya

[Az-Zumar:2-4]
 
Last edited:
Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan
maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh

Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah
yang lain dari Allah itu
tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya
dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka
mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya
lemah yang meminta
dan lemah yang diminta

Mereka (orang musyrik) itu tidak menghormati Allah menurut penghormatan yang selayaknya
sesungguhnya Allah adalah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa

[Al-Hajj:73-74]
 
Last edited:
betul juga ye..keliru pulak aku..

baca al-Quran jadi jelas..
baca kitab jadi keliru..
sama jer seperti zaman sebelum turun al-Quran
dikelirukan oleh Ahli Kitab...
yang kerjanya tulis kitab, kumpul kitab, dan banyak kitab.. sbb tu nama Ahli Kitab :D
 
Last edited:
Tak salah aku macam dah belajar apa "ta sa wuf" sejak aku masih murid sekolah Agama Johor... darjah 5 kot...

ada persamaan rasanya... sapa yang pernah belajar "sekolah petang" kat johor mesti kana jumpa subjek tasauf..

sama cam pubin tulis.. ta=taubat
 
Tak salah aku macam dah belajar apa "ta sa wuf" sejak aku masih murid sekolah Agama Johor... darjah 5 kot...

ada persamaan rasanya... sapa yang pernah belajar "sekolah petang" kat johor mesti kana jumpa subjek tasauf..

sama cam pubin tulis.. ta=taubat

step dalam al-Quran, ini yang Rasulullah SAW buat..
rujuk sini

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang yang Ummiyyin
seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri

yang MEMBACAKAN kepada mereka ayat-ayat Allah

dan MEMBERSIHKAN mereka (taubat dan bersedekah, dibersihkan daripada segala syirik)

serta MENGAJARKAN mereka Kitab Allah

dan HIKMAH

Dan sesungguhnya mereka sebelum itu adalah dalam kesesatan yang nyata

(Al-Jumu’ah:2)

FORMULA...

1. membacakan ayat-ayat Allah - ayat Allah, bukan ayat pendita... dan baca mesti faham, tak faham maka tak baca (peringkat ilmu)

2. membersihkan - iaitu bertaubat daripada menjadi pendusta agama dan orang musyrik, dan memperbaiki amal (Ta)

3. mengajarkan - iaitu beramal dan mensucikan diri, mengajar diri sendiri mematuhi ayat Allah (sebab kita bukan nabi, diri dulu)... (Sa)

4. Hikmah (rujuk sini)

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya
Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu
maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak
Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya

[al-Baqarah:269]

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. [an-Nur: 35]

Ta..Sa..Wwu..Uf
 
Last edited:
jadi yang ikut hadis selama ni sesat ke tuan:-?

Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan [..................... mazhab apa nak letak kat sini?]...
Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja

sesat dan tak sesat, dalam dunia ni semua Allah bagi percentage betul dan benar...
supaya kita "kenal-berkenalan" ... belajar apa yang "betul" dalam semua masyarakat ... :)

apa yang utama?

Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula:
Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani”​

Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja

Katakanlah:
“Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu
jika betul kamu orang-orang yang benar”
(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar)
bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah
sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya

maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya
dan tidaklah ada kebimbangan terhadap mereka
dan mereka pula tidak akan berdukacita.

1. menyerahkan diri bulat-bulat kepada (ayat2) Allah
2. berusaha memperbaiki amal

hadap ler kat mana pun.. mazhab atau agama2 ahli kitab, Allah redha kat orang macam ni..
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat
maka ke mana sahaja kamu arahkan diri maka di situlah arah yang diredhai Allah
"Islam" tu sistem jer (buku manual), dan "iman" tu objektifnya...
kalau perumpamaan universiti..
Agama itu "kursus"... let say kursus komputer..
Islam tu "syllabus" pengajian komputer, perkara2 yang perlu dilakukan untuk tamat pengajian
Iman tu "degree" apabila berjaya tamat pengajian
so.. jangan tersalah fokus kepada "syllabus" pula, sampai semua syllabus lain nak berselisih...
padahal semua kursus melibatkan penggunaan dan applikasi komputer..
(iaitu perangai suka berselisih pasal syariat)
kita kejar "degree", fokus kepada belajar.. supaya boleh grad dan dapat kerja (syurga)

dan orang Islam tak semestinya orang beriman
orang beriman pula tak semestinya orang Islam

Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab
melainkan dengan cara yang lebih baik
kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka
dan katakanlah (kepada mereka):
“Kami beriman kepada yang diturunkan kepada kami dan kepada yang diturunkan kepada kamu
dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu
dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri
[Al-’Ankabut:46]

see? jawapan Rasulullah SAW.... dan perintah Allah.
 
Last edited:
Adapun orang-orang yang ada penyakit dalam hati mereka
maka surah Al-Quran itu menambahkan kekotoran kepada kekotoran yang ada pada mereka
dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir

[at-Taubah:125]
 
Last edited:
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register